Saya sering sakit bahu, tengkok dan pinggang bila bekerja di depan komputer. Mana tidaknya, masa dihabiskan buat kerja depan komputer memang lebih daripada 8 jam. Kadangkala sampai 12 jam hanya semata nak selesaikan masalah blog, dan juga menyiapkan kerja-kerja advertorial serta review.
12 Senaman Depan Komputer - Kurangkan Stress

Nak tak nak, masa depan komputer memang melampau-lampau. Ada satu waktu, saya habiskan masa sehingga dua hari mengadap komputer sahaja, dengan tidur minima; tapi bukan sebab buat blog ... :) tapi hal lain yang ada kaitan dengan penerbitan sebuah buku manual. Stress; perghhh jangan cakaplah .. sakit seluruh badan dibuatnya.

Mudaratkan Kesihatan Jika Berada Lama Depan PC
Berada lama depan komputer juga boleh mudaratkan kesihatan. Ada kajian menyatakan ia boleh jadi penyumbang kepada dua penyakit berbahaya, iaitu darah tinggi dan kencing manis. Ia mungkin secara tidak langsung kerana berada di depan komputer, selain tekanan atau stress, ia juga membuatkan kita kurang berpeluh, dan agen-agen perkumuhan kurang efektif. Maka, banyaklah toksin dalam badan sehingga jejaskan sistem pertahanan, perkumuhan dan benda lain.Senaman Depan Komputer - Kurangkan Stress atau Tekanan
Jadi, saya nak kongsikan sedikit bagaimana nak kurangkan tekanan atau stress bekerja di depan komputer. In sha Allah, kita sama-sama boleh amalkan setiap hari. Boleh ikuti 12 senaman depan komputer yang ditunjukkan di bawah ini ye ..
[Baca] Senaman Automatik Depan PC Anda
Semoga sama-sama boleh amalkan ehh .... kongsikan kepada rakan-rakan lain yang mungkin anda kenal sangat stress bila buat kerja depan PC ni ...
Semoga bermanfaat. In sha Allah.
Dulu sya slalu wat senaman mcm tue....kerja sebagai typist n kerani pentadbiran banyak tekanan terutama klu kerja di audit firm...byg kan 1 hari kena taip audit report sebanyak 20 company ..fuh ..lenguh segala otot2....termasuk jari jemari sya....
BalasPadamgood info abg hasrul
BalasPadamSaya selalu buat macam nie. Atau pun setiap setengah jam saya akan bangun berjalan. Ke toilet ke, ke tempat punch card ke...janji melangkah. Tapi kadang2 kalau terlalu sibuk, sampai terlupa nak buat senaman juga.
BalasPadamEna kalau mengadap lappy je, memang sakit betul belakang dengan tengkuk. Itu baru satu blog nak kena handle. Apapun, minta izin nak share gambar senaman automatik depan PC tu ye. Cam best pula
BalasPadamyup, betul tu, bila dah hadap depan komputer, memang tak ingat dunia...
BalasPadamsampai perjalanan darah pun jadi tak lancar akibat terlalu banyak duduk..
apa-apa pun, syukurlah, time azan yang selalu mengingatkan...
bersolat sambil bersenam...
hardcore 8 jam sehari? perghhh masa muda dulu boleh la... sekarang ni nak stay 4 jam sehari pun susah dah haha
BalasPadamVIDEO: Cokelat Haram? Haram Mak Kau.. Kata Pondan Ini
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/05/video-cokelat-haram-haram-mak-kau-kata.html
Emma Maembong Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Razak Kalah
http://syokbah.com/emma-maembong-bidas-dakwaan/
Boleh buat dpn laptop sambil update blog. Izin share ye :-)
BalasPadamsekarang kurang masa bersama laptop..kadang-kadang lebih masa pula dengan telefon pintar..
BalasPadamselalu lupa utk buat senaman. biasanya rehat dengan makan jajan. hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.