Dah semak bila tarikh mula berpuasa Ramadan untuk tahun 2020 (1441H)? Ok, rasanya ramai kot yang dah tahu bahawa tarikh mula berpuasa bagi seluruh Malaysia telahpun 'ditetapkan' pada 24 April 2020. Malah, ramai yang telah membuat persediaan untuk menghadapi ramadan sebulan sebelumnya.

Tetapi, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak persediaan untuk Ramadan tahun ini terbantut. Pun begitu, ini tidak bermakna Ramadan tidak boleh disambut, cuma kita perlu tukar kebiasaan yang sebelum ini kita buat.

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Perak, Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Perak

Walaupun kerajaan Malaysia telah memanjangkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April, yang pasti jadual berbuka puasa Ramadan tahun ini sedikit pun tidak berubah atau berganjak. Permulaan puasa tetap pada 24 April seperti yang tertera dalam kalendar di rumah.

Kebanyakan tempat, ramai yang akan mendengar alunan azan Maghrib sebagai tanda boleh berbuka puasa, manakala azan Subuh pula menandakan sudah tamat waktu untuk bersahur atau waktu imsak.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Negeri Perak Tahun 2020

Bagi memudahkan anda terutama mereka yang tinggal dan menetap di negeri Perak, boleh merujuk kepada jadual berbuka puasa dan waktu imsak yang disediakan di bawah ini, sumber adalah dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP).

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Perak

Anda boleh cetak paparan di atas dengan klik 'save-as' pada gambar tersebut, gambar asal beresolusi 1300px X 1700px (1.59 MB). Jadikan ia rujukan dan panduan dalam menempuh ibadah puasa sepanjang Ramadan tahun 2020/1441H ini.

Atau boleh sahaja ambil dari sumber asal dalam bentuk pdf di bawah ini:



Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Sebagai tambahan, saya tampilkan juga niat untuk mengerjakan puasa Ramadan tahun ini, selain beberapa doa berkaitan sebagai ingatan bersama, in Sha Allah, mudah-mudahan Ramadan tahun ini akan jadi lebih baik dari sebelumnya.

Niat Berpuasa di Bulan Ramadan

Niat Menunaikan Puasa Bulan Ramadan

Video oleh Ustaz Don Daniyal Mengenai Niat Melaksanakan Puasa Ramadan


Niat berpuasa bulan Ramadan boleh dibuat pada malam sebelum bermulanya puasa. Kita sama-sama boleh amalkan niat sebulan berpuasa, dan memperbaharui niat berpuasa pada setiap hari.

Yang paling penting ialah kita sama-sama melaksanakan perintah Allah ini dengan cara paling baik, bukan setakat meninggalkan makan minum dalam tempoh ditetapkan tetapi juga meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan sia-sia sepanjang bulan Ramadan.

Di bawah ini pula adalah adab berbuka puasa mengikut sunah Nabi Muhammad S.A.W dan juga doa yang dianjurkan ketika berbuka puasa.

Adab Berbuka dan Doa Berbuka Puasa

1. Membaca Bismillah
2. Minum, kemudian boleh dilanjutkan dengan memakan kurma basah atau kurma kering.
3. Membaca doa berbuka puasa:

Adab dan Doa Berbuka Puasa

Doa di atas adalah daripada sebuah hadith riwayat Abu Daud dan disanadkan sebagai hasan:

Dari Ibnu Umar r.a, beliau mengatakan: "Rasulullah S.A.W, apabila berbuka, baginda membaca: "Dzahaba-zh Zoma’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, In Sha Allah"" [H.R. Abu Daud 2357]

Doa Buka Puasa Yang Popular

Satu lagi doa berbuka puasa yang popular dan banyak diamalkan dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:


Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi S.A.W bersabda apabila hendak berbuka, membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka". [H.R Abu Daud 2358]

Hadith ini walaubagaimanapun disifatkan sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini. Jadi, kesahihanya itu boleh diperdebatkan.

Sebenarnya ada beberapa lagi doa berbuka puasa, tetapi menerusi pembacaan saya yang terhad dan sumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, doa yang pertama adalah yang paling baik kerana ia lebih sahih.

Namun, Pejabat Mufti W.P berpandangan bahawa setiap orang boleh berdoa dengan apa jua doa selagi mana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah S.A.W.

Ok, begitulah adanya sedikit sebanyak info berkaitan puasa, termasuklah jadual berbuka puasa dan imsak untuk seluruh negeri Perak, selain niat berpuasa dan doa yang boleh diamalkan ketika berbuka puasa.

Semoga sama-sama dapat dimanfaatkan bersama, in Sha Allah.

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/820-irsyad-al-hadith-siri-ke-195-doa-berbuka-puasa

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle