Beli barang online sebab nak dapatkan benda percuma? Heh .. siapa yang macam tu? Isteri saya biasa macam ni setiap kali keluar shopping, termasuklah secara online.

Err ... saya pun sebenarnya macam isteri saya juga. Lagi-lagi kalau tengok hadiah percuma tu seperti berkali-kali ganda berbaloi dengan barang yang nak dibeli.

Shopping Nak Dapatkan Thermos Percuma


Baru-baru ni, isteri saya shopping online di Shopee. Kali ini, beli barangan produk berkaitan pembasmian kuman di dalam rumah. Yelah, kerajaan dah nasihat suruh pastikan kebersihan rumah dipertingkatkan time wabak Covid-19, jadi .. itulah yang kami lakukan.

Beli produk Follow-Me lagi?

Ya, dulu isteri saya borong produk Follow-Me sebab nak dapatkan periuk tahan karat jenama Eagle. Periuk tu memang best. Besar.

Saya ada cerita dalam blog post sebelum ni .. rasanya posting tahun lepas .. huhu

Kali ini, isteri saya borong lagi produk-produk Follow-Me. Kali ni sebab terpikat dengan tawaran hadiah percuma sebuah mug Thermos. Mug ni tahan panas. Nampak segak. Saya pun suka.


Thermos. Memang jenama yang terkenal kalau bab macam bekas simpanan air panas ni. Ia sesuailah kalau nak nikmati minuman panas sambil nonton TV tak pun sambil buat kerja depan komputer.

[ads id='ads1']

Jenama Thermos ni sampaikan ia dah jadi macam nama produk lazim. Kalau apa je bekas yang simpan air panas, mesti kita akan panggil dengan nama termos .. betul kan?

Ala .. macam ubat gigi la. Colgate.

Kena Shopping Online - Lebih Selamat dan Jimat Waktu PKP


Waktu sekarang, memang tak boleh nak shopping macam biasa kat kedai atau pasaraya. Cara paling baik cumalah beli-belah secara online macam di Lazada atau Shopee.

Nasib baiklah, saya dan keluarga dah memang ada pengalaman dok jual beli online ni.

[Dah Baca?] Bina Kedai Online Percuma dengan Exabytes

Dan sebenarnya, lagi untung shopping online ni sebab biasanya barang dijual harganya jauh lebih murah dan boleh dapat benda percuma macam Follow-Me buat ni. Lepas tu, promosi pula dibuat pada barangan yang memang diperlukan dan digunakan.

Hmm .. sejak kerajaan Malaysia laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, ekosistem dalam perniagaan secara dalam talian (online) semakin rancak. Ramai dah mula tahu berniaga secara online.

Hatta yang menjual karipap, pisang goreng dan air katira pun dah boleh ditemui secara online. Memang terbaiklah.

Jual-Beli Online Waktu Ramadan

Sekarang ni, waktu bulan Ramadan, banyak juga saya lihat orang menjual juadah berbuka puasa di laman sosial terutama di Facebook. Malah, ada yang wujudkan group 'Bazar Ramadan Online' untuk orang ramai.

Cuma setakat ini, saya secara peribadi tak cubalah lagi. Memadai dengan apa yang boleh dimasak sendiri di rumah sewaktu bulan Ramadan ni.

Err ... anda macamana?

Pilihan mana lebih baik? Shopping online atau masih lagi lebih suka untuk pergi ke pasaraya atau kedai bagi mendapatkan barang keperluan harian?

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement