Lempeng Pisang Bakar. Hmmm ... memang sedap menyelerakan untuk hidangan petang atau berbuka puasa. Saya memang suka menu simple berbuka puasa seperti Lempeng Pisang ni. Ia adalah makanan tradisional yang sangat mudah nak dibuat jika ada bahan-bahannya.

Juadah seperti Lempeng Pisang sesuai disediakan oleh mereka yang mungkin mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan hidangan petang atau berbuka puasa. Mereka yang pulang kerja petang, atau perlu masuk kerja di awal malam .. bolehlah mencuba resepi Lempeng Pisang.

Resepi Mudah Lempeng Pisang Bakar

resepi mudah lempeng pisang bakar

Baru-baru ini, isteri saya dapatlah sesikat Pisang Embun daripada keluarga jagaan anak bongsu saya. Aha .. apa lagi, daun pisang pun memang dah ada .. maka bolehlah buat menu simple juadah petang iaitu Lempeng Pisang.

Ada banyak cara orang buat Lempeng Pisang ni. Cara yang saya suka ialah dengan membakarnya atas dapur menggunakan daun pisang. Malah, waktu saya remaja dulu, saya biasa jual Lempeng Pisang yang berbalut daun pisang di Medan Gopeng dengan harga RM1.50 satu.

[ads id='ads1']

Uhh ... memang laku keras Lempeng Pisang yang saya buat ... sekejap je habis.

Bahan-Bahan

Ok, jom .. kita tengok bahan-bahan untuk memasak Lempeng Pisang.
  1. Pisang masak, boleh gunakan pisang emas, pisang embun
  2. Tepung beras
  3. Garam secukup rasa
  4. Sedikit gula
  5. Kelapa parut putih
  6. Daun pisang

Cara Menyediakan

resepi mudah lempeng pisang bakar

  1. Lenyek pisang masak sehingga lumat, tetapi jangan terlalu lumat. Jika rasa pisang agak kelat, boleh tambah gula sedikit.
  2. Tambahkah tepung beras kepada lenyekan pisang tu sedikit demi sedikit. Tetapi pastikan biar nampak isi pisang tu, jangan pula penuh dengan tepung semata.
  3. Kelapa parut pula perlu digaul dengan sedikit garam. Gaul sehingga sebati.
  4. Letakkan adunan pisang atas daun pisang.
  5. Kemudian letakkan kelapa parut sebagai inti pada adunan. Lipat daun pisang supaya kelapa parut tadi berada di dalam adunan pisang.
  6. Masak atau bakar di atas kuali leper.


Senang je kan?

Resepi ni tak jauh beza pun dengan cara membuat Lepat Pisang. Bezanya ialah Lepat Pisang dibungkus rapi dengan daun pisang yang kemudiannya dikukus. Jenis tepung pun tak sama. Ramai yang akan gunakan tepung gandum.Bagi membuat lempeng, anda kena bakar .. tu je.

resepi mudah lempeng pisang bakar

Hidangan menyelerakan ni memang sedap dimakan ketika panas di waktu petang dan juga ketika nak berbuka puasa.

Ia ada rasa manis buah pisang dengan aroma daun pisang yang menusuk, kemudian bila makan ... ada rasa masin daripada inti kelapa yang berlemak ... perghhh .. sedap weih!!

Bagi saya, dapat segelas teh O panas, sebiji buah kurma, dan dua keping Lempeng Pisang bakar .... uhhh dah cukup dah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement