Sejak dua menjak ini, nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Liew kerap diperkatakan. Nama beliau menjadi bualan rakyat Malaysia terutama di media sosial kerana kemurahan hati Ustaz Ebit Liew membantu golongan susah seluruh Malaysia.

Jika anda tidak kenal siapa Ustaz Ebit Liew, boleh baca post yang telah saya sediakan sebelum ini berkaitan biodata ringkas pendakwah berbangsa Cina ini. Beliau berasal dari sebuah keluarga Cina yang agak senang dengan mempunyai 12 orang adik beradik dari dua orang ibu.

Pesanan Dari Ebit Liew Supaya Allah Sayang Kita

Pesanan Dari Ebit Liew

Saya tak nak ulas isu dan perkara yang menjadi viral diperkatakan netizen yang dikaitkan dengan nama Ustaz Ebit Liew ini. Apa yang saya nampak, banyak dah kebaikan dilakukan oleh lelaki yang bernama Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew. Banyak golongan yang telah dibantu oleh beliau, malah ada di antaranya terdiri dari bukan Islam.

[ads id='ads1']

Video-video kisah Ustaz Ebit Liew membantu golongan memerlukan sejak awal penularan wabak Covid-19 termasuklah memberikan bantuan kepada para petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mendapat perhatian para netrizen termasuklah yang bukan beragama Islam.

Keluarga Ebit Liew

Ustaz Ebit Liew bukan setakat seorang pendakwah bebas, beliau juga seorang usahawan berjaya dan juga seorang motivator atau pakar motivasi. Beliau juga dah banyak menulis serta menerbitkan buku-buku berkaitan kerohanian dan motivasi.

Dalam seminar dan bengkel serta ceramah yang dibuat oleh beliau, banyak kali beliau memberikan kata-kata nasihat dan pesanan buat semua yang hadir. Jom kita tengok beberapa pesanan dan nasihat daripada Ustaz Ebit Liew ini sebagai panduan.

Pesanan Ebit Liew

  1. Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia
  2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah
  3. Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia
  4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.
  5. Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita
  6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang
  7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan
  8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang
  9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.
  10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka
  11. Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar
  12. Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang
  13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.
  14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan
  15. Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia
  16. Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.
  17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.
  18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik
  19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak
  20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.
  21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata, tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang

Sumber: Tazkirah

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement