Best .. memang best. Best sebab apa? Best sebab baru-baru ni wife saya shopping online di Shopee, borong produk Follow Me dan dapat sebijik periuk stainless steel Jepun jenama Eagle yang sah-sah berkualiti. Terasa berbaloi-baloi bershopping di Shopee.

Ini bukan pertama kali kami shopping online di Shopee dan dapat barang percuma. Dah banyak kali sebenarnya. Cuma kali ini kami agak overwhelm sebab dapat sesuatu yang tak dijangka. Periuk besar jenama Eagle 30cm kot, harganya saya agak-agak dalam RM60 - RM80 seunit. Malah, ada seller Shopee jual sehingga RM100 lebih seunit.

Shopping di Shopee - Borong Produk Follow-Me, Dapat Periuk Eagle Percuma

Shopping di Shopee
Alkisahnya, isteri saya sajalah browse produk yang ada tawaran istimewa di Shopee. Kemudian ternampak tawaran set barang Follow-Me yang pelbagai dalam store rasmi Follow-Me tu. Dah memang nak mencari produk mandian di rumah, lalu isteri saya pun tengok la.

Sekali, ada tawaran belian dan dapat percuma seunit periuk 30cm jenama Eagle.

Jadi, apalagi, dah la tawaran harga borong Follow-Me tu dah cukup murah, jadi isteri saya pun masukkan ke shopping-cart.

Sambung shopping lagi. Sebab nak dapatkan kos penghantaran percuma.

Selesai je shopping, tunggulah barang Follow-Me nak sampai.


[Dah Baca?] Senarai Laman Web Shopping Online Paling Popular di Malaysia

Alhamdulillah, tak perlu nak tunggu lama, sebab biasanya official store kat Shopee ni akan hantar barang ke pelanggan dengan cepat. Aha ... ni tips nak shopping di Shopee .. beli produk dari official store, in Sha Allah dapat produk original bukan klon dan boleh dapat kos penghantaran murah selain cepat dan pantas.

Sampai je barang dibeli dari Shopee, terus je kami buka.

Shopping di Shopee
Shopping di Shopee
Ia dalam dua kotak berasingan. Satu kotak produk-produk Follow-Me dan satu lagi adalah kotak besar yang ada periuk percuma jenama Eagle.

Best Gila Dapat Periuk Saiz 30cm Jenama Eagle Secara Percuma

Masa itulah wife saya agak terkejut. Tak sangka pula periuk Eagle yang diberikan percuma tu bersaiz besar, tertera pelekat jenama dan stainless steel Japan.

Shopping di Shopee
Semua produk yang kami terima berada dalam keadaan baik. Produk Follow-Me pun bukan produk rejected atau dah tamat tempoh. Semuanya ok. Memang puas hati sangat-sangat.

Lepas ni bolehlah sebahagian produk Follow-Me kami bawa balik ke kampung. Al maklumlah, ramai akan balik berhari-raya, setidaknya adalah sabun, shampoo dah tersedia untuk digunakan.

Kalau anda nak shopping cari barang keperluan macam isteri saya buat ni, boleh terus ke sini - Shopee Malaysia

Shopping di Shopee
Saya pun jadi teruja bila dapat periuk percuma yang besar, dan sesuai nak masak hidangan untuk Raya nanti. Alhamdulillah. Tak sia-sia shopping kat Shopee ni.

Sekarang ni, ada kempen jualan di Shopee sempena Ramadan dan Raya. Jadi, kalau anda nak lebih jimat berbelanja, nak cari barang dan produk idaman, inilah masanya yang sesuai. Jangan lupa main Goyang Goyang Shopee Coins tu .. nanti leh gunakan untuk shopping.



Kempen ni akan berlangsung sampai hari raya, jadi .. bolehlah belek web Shopee atau aplikasi Shopee untuk cari tawaran menarik. Ada tawaran produk harga RM1 .... ada potongan 70% dan banyak lagi. Kod diskaun pun merata-rata dalam Shopee tu.

Okeh. Selamat bershopping ya. Terus ke link ini untuk dapatkan tawaran menari Shopee - https://invol.co/clfd5n

Ingatan mesra - jangan over shopping sudah la. Berpada-pada ikut kemampuan dan bajet. Yang paling penting, beli barang yang benar-benar berbaloi dengan kemampuan kewangan anda. :)

[Baca] Dapatkan 1000 Senarai Produk Dropship untuk Mula Berniaga di Shopee

Oh ya, satu lagi ... jika ada sesapa nak berniaga di Shopee, gunakan panduan di bawah untuk anda bermula, panduan ni dah bantu ramai peniaga online buat sales sampai 4-5 angka seminggu jual barang di Shopee tu. Jadi, ia satu panduan Shopee yang terbaik, malah antara yang terlaris dijual secara online.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement