Shopee dah menjadi antara tempat shopping online popular sekarang. Bukan setakat tempat untuk membeli-belah secara dalam talian, tetapi juga tempat untuk menjual produk secara online. Adanya Shopee, ia telah memberikan peluang berbisnes secara mudah buat orang ramai.

Bagus kan Shopee ni? Saya memang suka bershopping di platform percuma ini. Salah satu ciri best yang saya suka ialah, kita boleh buat pemulangan barang yang dibeli di Shopee dengan mudah tanpa kos.

Cara Nak Buat Pemulangan Barang & Dapatkan Duit Refund Shopping di Shopee

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee

Isteri saya pernah ada pengalaman tidak best satu waktu dulu bila bershopping online ni (bukan Shopee atau Lazada). Waktu tu, isteri saya telah menerima produk yang rosak, langsung tak boleh digunakan. Dah la harganya cecah ratusan ringgit, dibeli menerusi satu platform beli-belah online.

Produk tu pula berharga ratusan ringgit.

Saya minta isteri saya hubungi pihak penjual untuk dihantar atau ditukar dengan unit yang lain.... tapi ... huhuhu....

[ads id='ads1']

Bila hubungi pihak penjual, isteri saya diminta untuk hantarnya kembali dengan kos sendiri. Uhh memang taklah .. sebab bukan salah isteri saya ataupun kurier. Produk memang dah tak boleh digunakan sebab spesifikasi salah.

Akhirnya, benda yang dibeli dibiarkan begitu sahaja. Nak dijual pada orang, memang tak bolehlah sebab memang tak boleh nak digunakan. Rugi begitu sahaja.

Bila adanya Shopee, lepas tu ada jaminan pemulangan barang secara percuma, memang kami seronoklah nak bershopping online. Kalau ada masalah, boleh terus pulangkan balik untuk dapatkan kembali wang. Bagus kan macam tu?

[Dah Baca?] Cara Berniaga di Shopee Tanpa Produk Sendiri

Tak ramai yang tahu pasal benda ni. Jadi, post kali ini nak berkongsilah sedikit mengenai cara nak buat pulangan barang dibeli kat Shopee tu. Apa syarat dan termanya. Bagaimana nak dibuat?

Langkah-Langkah Nak Buat Pemulangan (Refund) Barang Beli di Shopee

Rujuk pada gambar-gambar yang saya sertakan. Semuanya jelas dinyatakan di situ.

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee
  1. Semak barang diterima itu adalah betul dan boleh digunakan atau tidak mengalami sebarang kerosakan.
  2. Gunakan aplikasi Shopee untuk mohon pemulangan barang yang dibeli/diterima.
  3. Bungkus produk yang telah diterima dan masukkan borang pemulangan yang disertakan (airwaybill).
  4. Hantar ke mana-mana pusat Poslaju berdekatan.
  5. Produk yang dihantar akan disemak oleh pihak Shopee.
  6. Pemulangan wang akan dibuat ke dalam akaun Shopee anda setelah validasi dan pengesahan dibuat. Makluman akan diberitahu menerusi akaun Shopee anda.

Borang pemulangan adalah seperti ditunjukkan di bawah ini. Borang ini hanya ada dalam bungkusan jika anda beli barangan atau produk dari Shopee Mall atau Official Shopee Store ya .. bukan semua seller dalam Shopee tu. Penting ni untuk tahu ...!!

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee

Pun begitu, terdapat terma dan syarat atau polisi pemulangan yang perlu dipatuhi. Bukan semua produk yang dijual di Shopee tu boleh dipohon untuk pemulangan wang. Jadi, benda ni kena ambil perhatian betul-betul. Tak nak timbul isu pula nanti.

Polisi Pemulangan (Refund) Shopee

Polisi berkaitan pemulangan barang/tuntutan wang ada dinyatakan pada borang pemulangan barang Shopee. Jika barang yang anda terima dari Shopee tiada borang pemulangan ini, maka produk tersebut tidak termasuk dalam program pemulangan produk.

Polisi pemulangan adalah seperti ditunjukkan di bawah. Baca betul-betul supaya anda faham ya. Sekali lagi saya ingatkan bahawa, polisi pemulangan dan borang ini hanya terdapat dalam bungkusan anda jika anda beli dari Official Shopee Store atau Shopee Mall sahaja!

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee

Baik. Jelas tak?



Sekali lagi, untuk kesimpulan ..
  • Bukan semua barang yang dijual tertakluk dalam polisi pemulangan ini.
  • Produk mesti dikembalikan dalam original packaging (pembungkusan produk dalaman). Macam kalau barangan elektrik/elektronik, mesti berada dalam kotak asal (kotak rasmi) barangan tersebut.
  • Semua borang pesanan serta tag yang disertakan mesti disertakan sekali.
  • Hanya barang yang dijual pada KEDAI RASMI dalam SHOPEE MALL sahaja yang boleh dibuat proses pemulangan barang ni. Jadi, nak selamat .. beli kat kedai rasmi dalam Shopee Mall ya.
  • Mesti dalam 15 hari. Jika barang dah diterima tu dah lebih 15 hari, maka tak boleh tuntut dah.

Untuk lebih info mengenai polisi pemulangan barang yang dibeli dari Shopee ni, boleh rujuk ke link berikut - www.shopee.com.my/15daysreturnpolicy

18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Good info sebagai pengguna shoppe perlu juga tahu serba sedikit

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi panduan return barang. Setakat ni tak pernah lagi kena return barang yang beli kat shopee.

    BalasPadam
  3. Baru sekali beli di shoppe.. memang berpuas hati :)

    BalasPadam
  4. Saya nak buat aduan berkaitan dengan scammer dalam shopee.. saya nak pihak shoppe bertanggunjwab atas kedai yang telah melakukan penipuan . Saya nak penjual tu refund balik duit saya.

    BalasPadam
  5. borang return tu print sendiri ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada disediakan, tak perlu. Kalau takde, kena masuk Shopee, print dari sana, ia akan hantar semula ke gudang Shopee.

      Padam
    2. maksud disediakan tu macam mana ye

      Padam
    3. Mmg ada siap2 dah alamat ke penghantar/penerima .. lihat gambar yang saya letak kat atas tu .. nampak tak?

      Padam
  6. caj penghantaran barang utk pemulangan nti tu kena guna duit sndri ka?

    BalasPadam
  7. Macam mana nak bungkus barang yang nak pulangkan tu?

    BalasPadam
  8. Bagaimana cari return label, boleh tunjukkan step by step

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia diberi bersama dengan parcel atau bungkusan. Cuma nak bagitahu, hanya syarikat yang ambil pakej khas Shopee dan juga syarikat yang berada dalam Shopee Mall sahaja ada pelekat return ni.

      Padam
  9. Saya baru je dapat order hari ini.. Beli kasut dari shoope ..penghantaran dia dari cina.. Kasut yang saya dapat tu langsung tak sesuai dengan kasut yang saya order.. Saya pun dah bayar guna online banking..kecewa sangat2..lain yang di order lain pula yang dapat..macam mana nak refund balik yer? Please advise.. Terimakasih 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... kalau dapat seller yang baik hati, mungkin boleh pulangkan balik. Tapi biasanya kalau dari oversea susah sikit, sbb saya pernah beli PAM SUSU ELEKTRIK .... dari China, sampai Malaysia tak leh guna. Contact seller, dia kata boleh pulangkan balik .... tetapi ... kos hantar kena tanggung sendiri. Dan sbb kosnya tinggi, saya biarkan benda tu jadi simpanan je .. tak pakai pun. MAHAL lak tu, dekat Rm800.

      Padam
  10. saya ada beli tv di shopee malangnya tv yang sampai screen pecah..saya telah massage pihak kedai dan mereka kata barang perlu dipulankan kepada kedai dan gdex akan datang ambil disebabkan tiada airway bill tetapi pihak shopee pula minta saya pulangkan kepada mereka..macam mana pendapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kedua2nya ikut keperluan:

      1. Hantar balik ke kedai boleh dapat barangan tu. Dengan syarat dengan betul chat dan berhubung dengan pihak kedai tersebut. Kedai suh tukar untuk elakkan dapat review buruk dan juga dimerit dari Shopee.

      2. Boleh saja ke shopee, tapi jarang dapat barangl. Ia akan pulangkan duit, dalam bentuk Shopee coin.

      Padam

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Dropship USD
Terbaru Lebih lama
Rahsia Shopee