Puas Hati Betul Mouse & Speaker Gaming Beli Online

Hari tu saya ada tunjuk dan kongsi cerita pasal beli komputer gaming kat Shopee. Sampai ke saat ini, saya rasa sangat puas hati dapat beli pc gaming yang gunakan pemproses AMD Ryzen 5 tu. Specs pc gaming saya beli secara custom built tu taklah tinggi sangat, tapi masih boleh main game PUBG, Mobile Legend dan beberapa game lain dengan high setting tanpa masalah.

Bila dah ada pc gaming yang best, saya pun mula rasa nak cari aksesori sesuai. Antara aksesori pelengkap yang saya masih belum ada ... mouse dan juga mini speaker untuk gaming.

Shopping Mouse dan Speaker PC Gaming kat Shopee

Saya tak cari tempat lain dah, memandangkan saya dah ada ratusan Shopee Coins .. jadi, saya terus je cari dalam Shopee.

Memang banyak pilihan menarik yang mengancam poket kat Shopee tu. Saya kena pilih mana yang sesuai...lebih-lebih lagi pasal nak beli speaker pc tu.

Bukan apa, saya ada beli speaker pc kat kedai biasa .. tapi ... berasa amat-amat kecewa ... sound kejap ada .. kejap tak ada. Bila ada sound yang keluar, macam tak berapa sedap pada pendengaran ... adakala tu sayuppp je walhal dah full volume. Bass lak memang hauppp la.

Lagi hangat hati, kena bayar sampai seratus lebih. Kecewa dan rasa rugi betul beli.


Alhamdulillah. Saya jumpa speaker pc gaming yang saya nak dan juga mouse gaming pada harga yang cukup murah. Mungkin rezeki saya, waktu nak beli tu memang ada tawaran harga murah.

Saya dapatkan sepasang mini speaker SonicGear dan juga mouse gaming jenama HP.

Harga memang lebih murah dari mana-mana kedai, hatta dalam kedai Shopee tu sendiri.

Speaker dan juga mouse gaming ada RGB lights. Memang sesuai la untuk pc gaming saya yang dah saya tambah dengan triple RGB fan .. yang juga saya beli secara online di Shopee.

Seronok dan puas hati. Dah la murah. Berfungsi dengan baik. Speaker nampak comel tapi kuasa suara yang keluar memang power. Bass pun sedap di telinga. Main game online .. fuh macam dalam arked je.



Nak cari benda-benda macam aksesori gaming ni .. cari je dalam Shopee tu. Kadang produk tu datang dari luar negara, jadi agak lambat sedikitlah nak dapat. Check 3 perkara ni sebelum nak beli online kat Shopee.
Okeh. Semoga bermanfaat.


Copywritting template

Post a Comment

1 Comments

  1. review tu boleh jadi satu bentuk penipuan jugak hahaha bpernah lah terkena beberapa kali

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com