Shopee dah menjadi antara tempat shopping online popular sekarang. Bukan setakat tempat untuk membeli-belah secara dalam talian, tetapi juga tempat untuk menjual produk secara online. Adanya Shopee, ia telah memberikan peluang berbisnes secara mudah buat orang ramai.

Bagus kan Shopee ni? Saya memang suka bershopping di platform percuma ini. Salah satu ciri best yang saya suka ialah, kita boleh buat pemulangan barang yang dibeli di Shopee dengan mudah tanpa kos.

Cara Nak Buat Pemulangan Barang & Dapatkan Duit Refund Shopping di Shopee

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee

Isteri saya pernah ada pengalaman tidak best satu waktu dulu bila bershopping online ni (bukan Shopee atau Lazada). Waktu tu, isteri saya telah menerima produk yang rosak, langsung tak boleh digunakan. Dah la harganya cecah ratusan ringgit, dibeli menerusi satu platform beli-belah online.

Produk tu pula berharga ratusan ringgit.

Saya minta isteri saya hubungi pihak penjual untuk dihantar atau ditukar dengan unit yang lain.... tapi ... huhuhu....

[ads id='ads1']

Bila hubungi pihak penjual, isteri saya diminta untuk hantarnya kembali dengan kos sendiri. Uhh memang taklah .. sebab bukan salah isteri saya ataupun kurier. Produk memang dah tak boleh digunakan sebab spesifikasi salah.

Akhirnya, benda yang dibeli dibiarkan begitu sahaja. Nak dijual pada orang, memang tak bolehlah sebab memang tak boleh nak digunakan. Rugi begitu sahaja.

Bila adanya Shopee, lepas tu ada jaminan pemulangan barang secara percuma, memang kami seronoklah nak bershopping online. Kalau ada masalah, boleh terus pulangkan balik untuk dapatkan kembali wang. Bagus kan macam tu?

[Dah Baca?] Cara Berniaga di Shopee Tanpa Produk Sendiri

Tak ramai yang tahu pasal benda ni. Jadi, post kali ini nak berkongsilah sedikit mengenai cara nak buat pulangan barang dibeli kat Shopee tu. Apa syarat dan termanya. Bagaimana nak dibuat?

Langkah-Langkah Nak Buat Pemulangan (Refund) Barang Beli di Shopee

Rujuk pada gambar-gambar yang saya sertakan. Semuanya jelas dinyatakan di situ.

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee
  1. Semak barang diterima itu adalah betul dan boleh digunakan atau tidak mengalami sebarang kerosakan.
  2. Gunakan aplikasi Shopee untuk mohon pemulangan barang yang dibeli/diterima.
  3. Bungkus produk yang telah diterima dan masukkan borang pemulangan yang disertakan (airwaybill).
  4. Hantar ke mana-mana pusat Poslaju berdekatan.
  5. Produk yang dihantar akan disemak oleh pihak Shopee.
  6. Pemulangan wang akan dibuat ke dalam akaun Shopee anda setelah validasi dan pengesahan dibuat. Makluman akan diberitahu menerusi akaun Shopee anda.

Borang pemulangan adalah seperti ditunjukkan di bawah ini. Borang ini hanya ada dalam bungkusan jika anda beli barangan atau produk dari Shopee Mall atau Official Shopee Store ya .. bukan semua seller dalam Shopee tu. Penting ni untuk tahu ...!!

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee

Pun begitu, terdapat terma dan syarat atau polisi pemulangan yang perlu dipatuhi. Bukan semua produk yang dijual di Shopee tu boleh dipohon untuk pemulangan wang. Jadi, benda ni kena ambil perhatian betul-betul. Tak nak timbul isu pula nanti.

Polisi Pemulangan (Refund) Shopee

Polisi berkaitan pemulangan barang/tuntutan wang ada dinyatakan pada borang pemulangan barang Shopee. Jika barang yang anda terima dari Shopee tiada borang pemulangan ini, maka produk tersebut tidak termasuk dalam program pemulangan produk.

Polisi pemulangan adalah seperti ditunjukkan di bawah. Baca betul-betul supaya anda faham ya. Sekali lagi saya ingatkan bahawa, polisi pemulangan dan borang ini hanya terdapat dalam bungkusan anda jika anda beli dari Official Shopee Store atau Shopee Mall sahaja!

Cara Nak Buat Pemulangan Barang (Refund) Shopee

Baik. Jelas tak?



Sekali lagi, untuk kesimpulan ..
  • Bukan semua barang yang dijual tertakluk dalam polisi pemulangan ini.
  • Produk mesti dikembalikan dalam original packaging (pembungkusan produk dalaman). Macam kalau barangan elektrik/elektronik, mesti berada dalam kotak asal (kotak rasmi) barangan tersebut.
  • Semua borang pesanan serta tag yang disertakan mesti disertakan sekali.
  • Hanya barang yang dijual pada KEDAI RASMI dalam SHOPEE MALL sahaja yang boleh dibuat proses pemulangan barang ni. Jadi, nak selamat .. beli kat kedai rasmi dalam Shopee Mall ya.
  • Mesti dalam 15 hari. Jika barang dah diterima tu dah lebih 15 hari, maka tak boleh tuntut dah.

Untuk lebih info mengenai polisi pemulangan barang yang dibeli dari Shopee ni, boleh rujuk ke link berikut - www.shopee.com.my/15daysreturnpolicy

58 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Good info sebagai pengguna shoppe perlu juga tahu serba sedikit

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi panduan return barang. Setakat ni tak pernah lagi kena return barang yang beli kat shopee.

    BalasPadam
  3. Baru sekali beli di shoppe.. memang berpuas hati :)

    BalasPadam
  4. Saya nak buat aduan berkaitan dengan scammer dalam shopee.. saya nak pihak shoppe bertanggunjwab atas kedai yang telah melakukan penipuan . Saya nak penjual tu refund balik duit saya.

    BalasPadam
  5. borang return tu print sendiri ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada disediakan, tak perlu. Kalau takde, kena masuk Shopee, print dari sana, ia akan hantar semula ke gudang Shopee.

      Padam
    2. maksud disediakan tu macam mana ye

      Padam
    3. Mmg ada siap2 dah alamat ke penghantar/penerima .. lihat gambar yang saya letak kat atas tu .. nampak tak?

      Padam
  6. caj penghantaran barang utk pemulangan nti tu kena guna duit sndri ka?

    BalasPadam
  7. Macam mana nak bungkus barang yang nak pulangkan tu?

    BalasPadam
  8. Bagaimana cari return label, boleh tunjukkan step by step

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia diberi bersama dengan parcel atau bungkusan. Cuma nak bagitahu, hanya syarikat yang ambil pakej khas Shopee dan juga syarikat yang berada dalam Shopee Mall sahaja ada pelekat return ni.

      Padam
  9. Saya baru je dapat order hari ini.. Beli kasut dari shoope ..penghantaran dia dari cina.. Kasut yang saya dapat tu langsung tak sesuai dengan kasut yang saya order.. Saya pun dah bayar guna online banking..kecewa sangat2..lain yang di order lain pula yang dapat..macam mana nak refund balik yer? Please advise.. Terimakasih 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... kalau dapat seller yang baik hati, mungkin boleh pulangkan balik. Tapi biasanya kalau dari oversea susah sikit, sbb saya pernah beli PAM SUSU ELEKTRIK .... dari China, sampai Malaysia tak leh guna. Contact seller, dia kata boleh pulangkan balik .... tetapi ... kos hantar kena tanggung sendiri. Dan sbb kosnya tinggi, saya biarkan benda tu jadi simpanan je .. tak pakai pun. MAHAL lak tu, dekat Rm800.

      Padam
  10. saya ada beli tv di shopee malangnya tv yang sampai screen pecah..saya telah massage pihak kedai dan mereka kata barang perlu dipulankan kepada kedai dan gdex akan datang ambil disebabkan tiada airway bill tetapi pihak shopee pula minta saya pulangkan kepada mereka..macam mana pendapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kedua2nya ikut keperluan:

      1. Hantar balik ke kedai boleh dapat barangan tu. Dengan syarat dengan betul chat dan berhubung dengan pihak kedai tersebut. Kedai suh tukar untuk elakkan dapat review buruk dan juga dimerit dari Shopee.

      2. Boleh saja ke shopee, tapi jarang dapat barangl. Ia akan pulangkan duit, dalam bentuk Shopee coin.

      Padam
  11. Kalau dah tekan barang dah terima, tak boleh nk refund dah kn??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sistem akan anggap dah terima. Tu sbb dia ada 3 hari extended waranti barang refund tu. Kalau tak sampai juga barang, masih tertakluk dengan 3 hari extended tu

      Padam
  12. Seller cancel order selepas saya bertanya mengenai lambat ship out.. Saya terima refund duit berjumlah penuh dari pihak shoppe. 2hari selepas itu, barang tersebut sampai di depan rumah.. Apakah yg perlu saya lakukan? Sebab dalam sistem shoppe langsung tk ada return item

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertanggungjawab dan jujur, chat dengan seller tersebut, beritahu anda terima barang dengan selamat. Nanti dia akan minta anda masukkan duit ke akaun syarikat seller tersebut.

      Pernah terjadi pada saya, seller hantar barang yang silap, saya terima. Tetapi seller telefon saya untuk minta bayaran tambahan. So, saya byr sbb masih lagi jauh lebih murah daripada mana2 tempat.

      Padam
    2. Tapi rasanya seller pon da dpt pampasan dri shopee.

      Padam
  13. Saya ada refund barang kpd seller, tapi tidak ikut cara shoppe, saya terus ke poslaju hantar barang. macam mana saya nak berurusan dengan shoppe ye untuk pemulangan duit? Lagi satu, kalau seller dah dpt barang tu, kene tunggu seller approve dulu ye baru dapat duit semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tak ikut cara Shopee, tak boleh dapat refund dari Shopee. Anda perlu berurusan dengan seller, guna chat yang disediakan. Kena berhubung dengan seller tu jika dah pulangkan, untuk dapat duit semula dalam Shopee.

      Padam
  14. Kalau kita dah pulangkan barang, tapi seller taknak approve refund kita macam mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dipulangkan menerusi Shopee 14 guarantee ke? Boleh report pada Shopee jika dia langgar syarat

      Padam
  15. Cara membuat pulangan di pos laju office senang tak? Perlukah ambil nombor tunggu counter atau ada box special untuk drop saja?

    BalasPadam
  16. Sy baru terima barang yg slh.. order lain dpt yg lain.. Ade chat dgn seller dia minx return..sy tnya mcmana nk return, seller xjwb pulak... sy baru je berjinak bertatih membeli dlm shoppee ni😅, jd xberapa fhm.. 2nd time order jd gni pulak, sy kena htr brng yg slh ni ke kurier ker? Dan adakah brng yg sy order yg asal seller akan post semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada terms pemulangan 14 hari dinyatakan dan ada waybill pemulangan disertakan, maka boleh hantar ke kurier tanpa sebarang caj.

      Kalau terima barang salah, boleh cuba dapatkan refund balik.

      Cuma nak tahu, beli dari seller tempatan ke seller dari luar/china? Kalau dari China memang susah skit melainkan ada terms yang saya sebutkan tu.

      Apa boleh anda buat ialah, cuba jgn lepaskan bayaran dulu atau jgn confirm payment. Report pada Shopee mengenai masalah anda. Chat balik dengan seller untuk beritahu pasal barang salah.

      Padam
  17. saya ada beli almari laci. sebelum buat pembayaran saya tanya dulu seller mana saiz yang paling besar. sebab ada 2 jenis almari laci yg berlainan iaitu warna hijau dgn mix colour. ukuran mix colour tu dah tertera cumanya ukuran laci warna hijau tu tadak ukuran. so sebab tu saya tanya seller dulu. then seller suggest warna hijau paling besar. so saya buat pembayaran. tapi bila sampai saiznya lebih kecil dari warna hijau. saya tanya seller boleh tak return and refund dengan item lain

    BalasPadam
  18. means tukar dengan item baru iaitu almari laci mix colour tu. tapi seller tak respond. so boleh tau tak boleh tak kita nak return and refund utk digantikan dengan item baru? ka mmg refund dapat duit jaa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk pada seller, ada yang akan kawtim dengan arrange ganti item (lagi2 kalau rosak). Tapi biasanya kalau nak refund, akan dapat duit atau BAUCER untuk beli balik barang yang lain.

      Spt saya kata, tgk pada seller.

      Padam
    2. if nak post out balik pada seller plastik yang dibalut tu boleh diguna pakai tak? atau kena beli plastik yang baru? plastik tu dah digunting tapi gunting sikit saja. kowd lah boleh digunapakai then kita salotep jaa

      Padam
    3. Plastik pembalut .. mana2 pun boleh digunakan semula. Tetapi, kena terbalikkan dia sbb dia nak tampal WAYBILL tu.

      Padam
  19. Saya nak refund barang.airwaybill saya ada.yang nak saya tanyakn tu ialah...time nnti saya pi pos laju...sya ckp macm mna y dekat dia orang.cas hantar ta da k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terus hantar je..letak kat kaunter penyerahan barang tu. Semua dah dibayar, kat WAybill tu ada beritahu "PAID"

      Padam
  20. sy terima salah kod belian...mcm mana ye.oder no 2..dpt lain

    BalasPadam
  21. Selepas dah pos barang utk return..kita kena sent pic x dekat shoppe/seller sebagai bukti..dan nak sent pic tu kat link apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat yang diketahui... tak ada lak suh buat macam tu

      Padam
  22. Sy ada beli barang , tapi barang tu x sampai². Masih dekat Poslaju , dh nak 4 hari x jalan .. boleh ke kite refund balik ? Dpt tk duit balik agak² ? .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh. Bukan salah seller untuk dapatkan refund. Saya ok je .. dua minggu lbih baru sampai. :)

      Padam
  23. kalau seller tak nak refund macam mane

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgk terma sebelum kita beli tu la. Jika ada terma macam JAMINAN PULANGAN, atau AUTHENTIC .. etc ... semua2 tu ... ada tindakan boleh diambil menerusi Shopee.

      Report ke Shopee pun boleh dengan sertakan bukti - sebb nak refund, terma yang kata boleh refund, dan sebagainya.

      Padam
  24. Kalau sy beli brg dan salah pilihan. Bolehkah sy return balik utk beli balik brg yg betul. Sy dh pm seller, dia jwb xboleh return. Dia suruh sy juai sendiri kat kwn. Adakah sy mmg xboleh return brg tsbt?

    BalasPadam
  25. Saya ada beli barang di shoppe.. poslaju dah sahkan barang hilang tidak dapat di kesan.. siapa yang perlu tuntut gantirugi saya ataupun penjual, Kerna saya masih boleh memohon refund di shoppe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuntut refund jika masa buat pembelian tu ada nyatakan refund policy

      Padam
  26. Hi . Nk tnye , if kite beli brg borong dkt shopee,brg sampai. Semua cukup,semua brg elok. Tapi cuma ada satu je brg rosak..saya belum sahkan butiran pesanan diterima.. Mcm mana ya kalau sy nk dptkn balik refund atas brg yg rosak tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena berhubung dengan seller. Pengesahan penerimaan akan auto selepas 3 hari. Kecuali jika anda buat report pada shopee yang ada brg rosak. Refer juga masa beli ada tak refund policy disertakan sekali.

      Padam
  27. salam bro, masalah saya ni item yg dipesan x sampai2 dah dekat sebulan, walaupun dah buat 3 hari tambahan shopee guarantee, seller masih tidak menghantar item pada tarikh yg ditetapkan. Saya ada pm seller 2 kali berkaitan item yg tidak dihantar but malang sekali, seller tidak reply pm saya. So mcm mna saya nk buat pulangan wang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah macam ni agak sukar nak setelkan. Apa yang boleh anda buat ialah pergi ke bahagian Order Details, klik pada request refund, pilih produk tersebut, pilih alasan ...'barang belum diterima'.

      Padam
  28. Salam bro, item yg dipesan masih tidak sampai. Sebulan tunggu barang tetap x sampai walaupun dah buat 3 hari tambahan shopee guarantee. pm seller masih x berbalas sampai sekarang. So mcm mna nk buat pemulangan wang. Item yg bakal dihantar tu dari KL..

    BalasPadam
  29. Kalau terima brg rosak dr shopee tp dh return n req nk refund tp seller xnak refund dan barang seller dah terima..macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa nak beli tu,ada semak tak jika ada dinyatakan boleh refund? sbb dia mesti ada label 14days refund tu. Kalau ada tu, boleh report pada shopee, dan dapatkan refund.

      Saya ada nyatakan di atas tu. Kalau tak ada benda tu, tak boleh nak buat apa...cuma beritahu je pada Shopee dapat barang rosak, dan dah buat refund pada seller, berikan gambar barang rosak, bukti dah refund, dan bukti pembayaran dibuat pada Shopee Customer Support (chat je).

      Padam
  30. saya nak tanya. saya beli 2item yg sama. tpy 1 ok 1 rosak. sye mintak refund dia kata suruh pos balik. sya pos keduanya sekali. tapi boleh ke hanta ke duanya sekali? sebab yang rosak hnta 1. tapi saya rase takde pulak pilihan untuk sye hanta 1. sbb sye beli 1 kali jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tanya dengan seller tersebut untuk lebih kepastian. Biar dpt persetujuan bersama.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement