Amri Kekalkan Kecemerlangan di Sekolah TMUA

Syukur alhamdulillah. Majlis Iftihal Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim untuk tahun 2019 dah selesai. Dan syukur sekali lagi, Amri berjaya kekalkan kecemerlangan untuk tahun ini.

Kejayaan ini amat penting untuk kami sebagai dorongan khususnya buat Amri melakukan persediaan untuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kiranya, ia sebagai satu bentuk motivasi untuk menambah keyakinan agar mampu melakukan yang terbaik di dalam PT3 kelak.

Amri Kekal Jadi Pelajar Cemerlang di Sekolah Ulul Albab

Untuk tahun 2019, anak sulong saya .. Hasif Amri berjaya mendapat kedudukan pertama dalam keseluruhan tingkatan 3. Walaupun tidak berjaya menguasai kecemerlangan dalam matapelajaran tertentu, Amri secara puratanya mampu memastikan gred pencapaian berada pada tahap yang sangat baik.

Bukan mudah nak menguasai banyak matapelajaran apabila belajar di sekolah tahfiz model ulul albab (TMUA) seperti SMKA Sheikh Abdullah Fahim ni. Apatah lagi, pelajar-pelajar perlu pastikan penguasaan dalam hafazan Al Quran mengikut jadual atau silabus yang telah ditetapkan.


Memang kena struggle. Lagi-lagi bila belajar di sebuah sekolah berasrama.

Kena berdikari.

Saya sendiri melihat anak saya, Amri perlu bekerja keras untuk berada dan kekalkan kecemerlangan dalam akademik, selain memastikan hafazan Al-Quran tidak tercicir jauh dengan rakan-rakan halaqah yang lain.

Tahun 2019 - Tahun Penuh Cabaran Buat Pelajar Tingkatan 3 (PT3)

Semasa saya menghadiri majlis iftihal Amri di sekolah, pengetua beritahu memang tahun 2019 adalah tahun mencabar buat pelajar tingkatan 3. Apatah lagi, saya juga diberitahu bahawa silabus untuk beberapa subjek PT3 telah diubah.

Cara perlaksanaan dan pembelajaran beberapa subjek teras juga berubah berbanding dengan batch pelajar sebelum ini.

Ini mungkin berlaku kerana Menteri yang bertanggungjawab telah bertukar, dan pastinya seperti yang pernah saya katakan dahulu, mesti ada polisi, tatacara, kaedah, teknik pembelajaran diubahsuai untuk memenuhi aspirasi kerajaan baharu.

Sebagai ibubapa, memang perlu menjadi 'lalang' dalam hal ini. Nak tak nak .. kena pastikan anak-anak yang terlibat berusaha sehabis baik. Kena bagi dorongan, dan paling penting memberikan sokongan moral supaya anak-anak mampu melakukannya.

Kali ini, Amri berjaya muncul sebagai pelajar terbaik keseluruhan tingkatan 3 ... pencapaian ini tidak semestinya kekal. Ia mungkin berubah esok lusa. Andai Amri tidak kuat ... ia mungkin pencapaian terbaik terakhir buatnya.

[Dah Baca?] Cara Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Kawalan KPM

Alhamdulillah.

Allah S.W.T masih berikan kekuatan dan petunjuk untuk terus menjadi pelajar dan anak yang cemerlang... in Sha Allah, dunia dan akhirat.

Bisnes Kambing

Post a Comment

0 Comments