27 August 2017

Amri Cemerlang Matematik di Sekolah Ulul Albab


Alhamdulillah. Ketika saya dan isteri memasukkan anak kami Amri ke Sekolah Ulul Albab SMKA Sheikh Abdullah Fahim Nibong Tebal, kami agak risau takut kecemerlangan Amri semasa UPSR 2016 akan terbantut. Namun, baru-baru ini, Amri buktikan bahawa dia boleh berjaya di sekolah menengah.

Amri berjaya cemerlang dalam matapelajaran matematik di sekolah. Kami tahu, Amri memang sukakan matapelajaran ini. Malah sejak dari sekolah rendah lagi, Amri tunjukkan bahawa matematik adalah antara subjek yang berjaya dikuasai dengan baik.

Amri Cemerlang Dalam Matapelajaran Matematik di Sekolah Ulul Albab

Amri Cemerlang Matematik di Sekolah Ulul Albab
Amri Cemerlang Matematik di Sekolah Ulul Albab
Sekolah Ulul Albab bukan sekolah biasa. Itu sebab kami merasa risau ketika Amri menerima tawaran ke sekolah ini. Ia sekolah yang menerapkan hafazan Al Quran dalam pembelajaran. Tujuan dan misi sekolah seperti ini adalah untuk melahirkan profesional atau modal insan yang berteraskan ilmu Al Quran dan agama.

Risau. Itulah antara perasaan kami sebagai ibu bapa apabila menghantar Amri ke sekolah Sheikh Abdullah Fahim Nibong Tebal. Apatah lagi, Amri adalah satu-satunya calon UPSR 2016 yang berjaya 6A yang belajar di situ. Tentu sekali Amri menjadi tumpuan para ustaz dan guru yang mengajar di situ.

Untuk peperiksaan pertengahan tahun tingkatan satu 2016 ini, Amri telah berjaya menduduki tempat kedua di dalam kelas, dan alhamdulillah ... syukur kepada Allah S.W.T, Amri berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik tingkatan satu di dalam matapelajaran Matematik.

Bukan mudah untuk belajar di sekolah seperti ini. Anak-anak perlu menghafaz Al Quran dan kenal selok-belok mengenainya, termasuklah tafsirannya. Jika berjaya cemerlang di sekolah teras Ulul Albab ini, memang satu yang luar biasa dan hebat.

Ia satu cabaran besar buat anak-anak.

Semasa saya bertemu dengan ustaz yang mengajar Al Quran di sekolah Amri, diakui ramai pelajar tingkatan satu yang baru masuk ke sekolah ulul albab hadapi masalah nak sesuaikan diri dengan bentuk pembelajaran Ulul Albab ini.

Ramai yang keluar dan rebut peluang belajar di sekolah lain yang bukan Ulul Albab, termasuklah beberapa rakan Amri yang cemerlang di dalam UPSR 2016.
[Panduan] Mahu Jadikan Anak Anda Bijak dan Pintar? Gunakan Panduan Didik Anak Ini !!
Alhamdulillah, Amri masih kekal di sekolah menengahnya walaupun isteri saya ada buat usaha untuk memasukkannya ke MRSM. Jenuh buat surat rasmi ke Kementerian Pelajaran supaya menempatkan Amri ke mana-mana MRSM setelah Amri tidak menerima sebarang tawaran ke MRSM semasa awalnya.

Akhirnya kami berdua redha dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T agar Amri belajar di Sekolah Menengah Sheikh Abdullah Fahim Nibong Tebal.
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Bacalah olehmu Al Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa’at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya)."" (HR. Muslim)

Semoga Amri terus cemerlang dan berjaya menjadi antara pelajar yang dapat menghafaz Al Quran dengan baik. Doakan ye. In Sha Allah.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

4 Komen

tahniah tahniah..semoga Amri berjaya dunia dan akhirat..untung tuan ada anak sebijak dan sebaik amri..lepasni jadi tahfiz pula..alhamdulillah..

Matematik dan agama seharusnya bergerak selari..

Tahniah untuk anak bro HH.

Anak saya sulung masuk MRSM dan anak kedua masuk asrama agama.. Setakat ini semuanya ok

Tahniah buat Amri.
Semoga terus cemerlang.

Alhamdulillah, teruskan kecemerlangan dalam bidang matematik

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon