Sebagai sebahagian daripada kerjasama serantau, kedua-dua syarikat akan memperbaharui komitmen mereka untuk memberi pengguna kemudahan dan capaian tambahan kepada produk berkualiti di dalam talian. Shopee juga akan melancarkan ciri-ciri penglibatan pengguna interaktif untuk menghiburkan pengguna sambil mereka membeli-belah.
Shopee dan Samsung Electronics Bentuk Pakatan Serantau Pertama untuk Memperluas Capaian Pengguna
“Samsung sukacita untuk menyaksikan pertumbuhan kerjasama kami dengan Shopee di Asia Tenggara menerusi pakatan serantau ini,” kata Grace Yi, Ketua Bisnes Online Serantau, Samsung Electronics, Asia Tenggara dan Oceania. “Di Samsung, kami sentiasa mencari cara inovatif untuk menarik penglibatan dan memenuhi keperluan para pelanggan kami.Menerusi pakatan ini, kami berharap untuk membawakan produk dan pengalaman kami kepada pelanggan dengan cara yang baharu dan bermakna untuk menambah baik perkhidmatan kepada mereka.
Memandangkan lebih daripada 95% pesanan di Shopee dibuat menerusi telefon mudah alih, kerjasama ini akan memberi tumpuan terhadap penglibatan mudah alih terlebih dahulu. Ini sangat penting lebih-lebih lagi dengan pengguna Asia Tenggara adalah antara pengguna Internet mudah alih dengan penglibatan paling besar di dunia*.
Antara muka Shopee dioptimumkan untuk peranti mudah alih, menyenangkan lagi proses pembelian produk Samsung menerusi telefon mudah alih. Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata,
“Kami berbesar hati untuk mengukuhkan pakatan kami dengan Samsung menerusi kerjasama serantau ini. Jualan produk Samsung di Shopee telah meningkat lebih empat kali ganda tahun lepas, membuktikan bahawa Samsung ialah jenama yang dipercayai oleh pengguna di seluruh rantau.
Pakatan ini menunjukkan komitmen kami untuk menyokong jenama menghasilkan produk yang lebih mudah dicapai oleh semua pihak dalam usaha menambah baik pengalaman pengguna;Samsung dan Shopee juga akan melancarkan kempen mudah alih “Now’s Your Chance”,sebuah kempen yang bertujuan untuk menggiatkan lagi penglibatan pengguna.
Dari 29 Julai hingga 1 Ogos 2019, kempen ini mempunyai ciri-ciri interaktif untuk menghiburkan pengguna dan tawaran menarik serta diskaun untuk produk-produk Samsung terpilih di platform.
Sorotan kempen termasuk - Ciri-ciri Permainan: Main Spin the Wheel dan anda berpeluang memenangi jumlah hadiah bernilai sehingga RM12,500, termasuk 200,000 Shopee Coins, Samsung 55" 4K SMART QLED TV, Samsung Galaxy A80 Blackpink Edition, Samsung Galaxy Earbuds.
- Shopee Live: Nantikan sesi penstriman langsung, Shopee LIVE yang akan berlangsung pada 31 Julai pukul 1 petang:
- Anda berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy A50 bernilai RM1,199 apabila anda berjaya meneka kod yang betul untuk membuka telefon pintar tersebut.
- Blinks dapat menikmati unboxing khas Samsung Galaxy A80 BLACKPINK Edition
- Pengguna boleh dapatkan tawaran dan promosi Samsung eksklusif dan beli produk yang diketengahkan serta-merta semasa sesi penstriman langsung.
- Tawaran eksklusif 24/7:
- Dapatkan diskaun sehingga 40% untuk alat mudah alih yang popular seperti Samsung Galaxy A30, Samsung Galaxy S10 dan Samsung Galaxy Tab A 7.0.
- Pada 31 Julai, 250 pelanggan yang pertama yang membeli Samsung Galaxy A80 BLACKPINK Edition akan menerima baucar tunai Shopee bernilai RM80.
- Semasa jualan tiga hari sahaja, dapatkan Samsung Galaxy M10 dengan harga RM389 (RRP: RM449) dan Samsung Galaxy M20 hanya untuk RM659 (RRP: RM799).
- Anda akan dapatkan lebih nilai untuk wang anda dengan penjimatan sehingga 45% untuk Peralatan Rumah Samsung seperti ketuhar gelombang mikro Samsung Grill, Samsung Smart Full LED TV, mesin basuh Samsung dan banyak lagi.
Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play Store.
Wow bestnya..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.