Baru-baru ini, saya menerima satu email daripada seorang ayah, bertanyakan kepada saya bagaimana untuk memohon masuk ke SMKA Sheikh Abdullah Fahim (SMKASAF). Anak saya bersekolah di SMKASAF ini, yang merupakan sekolah menengah kebangsaan Agama bantuan penuh kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SMKASAF adalah salah sebuah sekolah KPM berasrama yang telah dipilih untuk menjadi sebuah sekolah tahfiz model Ulul Albab di Pulau Pinang. Saya difahamkan setiap negeri mempunyai paling tidak sebuah sekolah tahfiz model Ulul Albab ini, samada di bawah SMKA KPM, SBP atau MRSM.

Cara Mohon Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) KPM

Cara Mohon Sekolah Tahfiz Ulul Albab KPM

SMKA tahfiz model Ulul Albab (TMUA) telah menjadi antara pilihan alternatif yang semakin popular di kalangan ibu bapa sejak akhir-akhir ini untuk anak-anak ke sekolah menengah. Ia dianggap sama bagus dengan sekolah berasrama penuh dan juga Maktab Rendah Sains Mara.

Cara Mohon Sekolah Tahfiz Ulul Albab KPM

Saya pernah ceritakan serba sedikit mengenai sekolah TMUA ini. Secara amnya, ia merupakan sekolah menengah yang bagus untuk anak-anak. Mungkin ia sebuah sekolah yang jauh tarafnya dari Sekolah Berasrama Penuh mahupun MRSM tetapi cabaran belajar di SMKA Ulul Albab bukannya mudah.

Apakah Itu TMUA?

Untuk ibu bapa yang masih tak tahu, TMUA merupakan gabungan antara kurikulum kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan program Ulul Albab yang berteraskan tiga komponen utama iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik.

Model tersebut bagi menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi dan melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja.

Itulah sebab ramai di kalangan ibu bapa yang anaknya mengambil UPSR mahu memohon masuk anak mereka ke sekolah tahfiz model Ulul Albab ini untuk ke tingkatan satu.

[Baca Juga] Kos Masuk Sekolah Menengah Agama Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Setakat yang saya tahu, ia dilaksanakan di empat buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan 11 SMKA yang terpilih seluruh negara, manakala MRSM pula mempunyai empat buah sekolah TMUA ini yang bakal menjadi 9 buah tidak lama lagi.

Cara Mohon Sekolah Tahfiz Ulul Albab

Anak saya, Hasif Amri yang sebelum ini berjaya mendapat keputusan UPSR 6A 2016 telah memilih untuk belajar di SMKA Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan salah sebuah sekolah menengah agama Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Ianya dibawah selenggara Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk memohon ke tingkatan satu sekolah tahfiz model Ulul Albab di bawah KPM, calon UPSR mesti memenuhi syarat-syarat di bawah:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Sekolah-sekolah di negeri pemohon; contohnya jika pemohon mahu memohon ke SMKASAF mesti datang dari sekolah rendah sekitar Pulau Pinang.
  • Murid yang memohon boleh dari: 
    • Sekolah Kebangsaan (SK/SRK)
    • Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK(C)/SJK(T)
    • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
    • Sekolah Agama Negeri (SAN)
    • Sekolah Agama Rakyat (SAR)
    • Sekolah Agama Swasta
  • Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) 

Syarat Asas Kelayakan

  • Memperolehi keputusan cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti berikut:
    • Mendapat 6A atau 4A 2B bagi SK dan SABK; 
    • Mendapat 7A atau 6A 1B bagi SJK(C)/SJK(T); dan
    • Mendapat 5A bagi SAN, SAR dan Swasta.
  • Perlu lulus temuduga khas yang selalunya dilakukan di sekolah dipohon.


Syarat tambahan lain adalah semua calon UPSR yang mahu memohon ke SMKA TMUA mesti cemerlang dalam UPKK, selain cemerlang dalam Ko Kurikulum. dan wajib untuk tinggal di asrama serta mematuhi peraturan asrama dan sekolah.

Cara Untuk Memohon

Untuk memohon, ada dua cara:
Pertama - Menerusi permohonan secara online di Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM di https://public.moe.gov.my dan pilih 'Sekolah Kawalan Menengah'.

Setelah mengisi segala butiran dan maklumat diperlukan, anda boleh pilih senarai sekolah SMKA untuk memohon seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara Mohon Sekolah Tahfiz Ulul Albab KPM
Anda juga boleh rujuk panduan yang telah disediakan untuk permohonan ke sekolah-sekolah menengah KPM itu di SINI.

Permohonan kemasukan tingkatan 1 ke Sekolah Tahfiz Ulul Albab (TMUA) di bawah KPM turut boleh melakukan dengan 3 cara:

  1. Login masuk ke portal berikut - https://public.moe.gov.my/ dan pilih 'Sekolah Kawalan'
  2. Login masuk ke portal pejabat pendidikan negeri, dan lihat bahagian Sektor Pendidikan Islam masing-masing, samada anda muat-turun borang atau buat permohonan online di situ:
    1. Perlis
    2. Kedah
    3. Pulau Pinang
    4. Perak
    5. Selangor
    6. Melaka
    7. Negeri Sembilan
    8. Terengganu
  3. Borang yang boleh didapati di sekolah rendah masing-masing.



Contoh borang permohonan adalah seperti di bawah (mengikut sekolah SMKA TMUA dipohon)...



Buat ibu bapa yang mahu memilih sekolah Tahfiz Model Ulul Albab bawah KPM untuk anak-anak UPSR, harapnya blog post saya ini membantu. Semoga urusan dipermudahkan dan tahniah kerana memilih sekolah TMUA untuk anak-anak anda.

p.s: Jadual belajar di SMKA TMUA agak ketat, jadi pastikan anak anda ada ketahanan yang tinggi.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahh, yang penting anak2 mesti kena cemerlang.

    BalasPadam
  2. Info yang amat berguna. Tapi pasti lak boleh apply ker tak.Tggu result dulu. Anw thanks for the info.

    BalasPadam
  3. Tahfiz Ulul Albab cuma ada beberapa buah je kat M'sia ni..syarat nak masuk punyalah ketat, nak kena interview tasmik beberapa ayat dlm ms yg singkat, lulus ujian math, science n mcm2 lg la..tp sapa dpt masuk ni mmg power =)

    BalasPadam
  4. Anak saudara saya pun belajar di Sek Ulul Albab di Negeri Sembilan. Bagus pembelajaran sistem ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. saya memang sangat berharap anak saya akan keluar sebagai seorang hufaz, yang mahir ttg al Quran.

      Padam
  5. Info yang bagus. Terima kasih untuk perkongsian ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement