Elakkan Salah Pilih Saiz Bila Beli Pakaian Secara Online

Murahnya seluar H&M beli online kat Shopee. Aha .. isteri saya beli seluar viral ... saya tak tahu apa jenis seluar ni, tetapi memang sesuailah seluar ni untuk seorang muslimah moden zaman sekarang. Seluar panjang, seluar yang mempunyai getah .. dan ianya seluar yang longgar tidak ketat.

Sebenarnya memang banyak pilihan menarik dan best yang boleh anda cari bila membeli-belah secara online ni. Paling penting, dalam mencari pilihan yang sesuai tu, anda tidak perlu nak keluar rumah, tak perlu nak bersesak, jauh dari hiruk-pikuk orang ramai ... lebih selesa gitu.

Tips Untuk Shopping Online Barangan Bentuk Pakaian

Tips beli belah pakaian secara online
Tambahan lagi, laman web shopping online seperti Lazada, Zalora dan Shopee ada banyak kempen jualan murah dan diskaun menarik. Saya boleh katakan, hampir setiap minggu ada sahaja promosi yang mengujakan ditawarkan.

Kalau bab nak beli pakaian secara online ni, ada tertib dan cara kalau tak mahu tersilap beli.

Ia tak sama macam kita beli di kedai. Kalau shopping secara konvensional, kita boleh mencuba setiap helai pakaian agar sesuai dengan saiz. Bila shopping secara online lebih-lebih pakaian, agak sukar malah dikira mustahil nak mencuba pakaian yang kita minat nak beli.


Tips Beli-Belah Pakaian Secara Online

Tips beli belah online pakaian secara online
Untuk bantu rakan-rakan yang nak shopping online barangan berbentuk pakaian ini, boleh ikuti tips yang saya berikan ini.

Jadi, apa perlu dibuat ialah ...

  • Ukur sendiri saiz anda menggunakan tali pengukur. Jika baju, ukur bahagian dada dan juga panjang. Untuk ukuran dada, ada seller online yang mengukur bidang dada .. iaitu dari sisi ke sisi. Ada seller pula yang menyatakan ukuran dalam ukur lilit (pusingan).
  • Ukur mengikut pengukur disediakan .. samada dalam sentimeter, meter atau inci. 
  • Cari seller yang ada carta ukuran pakaian. Lihat carta dengan betul, samada ukuran tersebut untuk orang Asia, orang US atau UK. Pilih untuk orang Asia.
  • Jika anda pilih saiz mengikut ukuran orang Asia, lebihkan ukuran yang anda buat dalam 2 -10 cm atau 1-3 inci. Ini penting lebih-lebih lagi kalau produk itu dari luar negara. Katakan anda buat ukuran dada, 23 cm .. jadi, bila buat pesanan ... cari saiz yang lebih daripada 23 cm atau 25 cm.
  • Jika seller ada sediakan carta saiz berbentuk S, M, L, XL ... bila saiz lebih daripada yang biasa anda pakai. Katakan anda biasa pakai saiz S, jadi bila beli pakaian secara online ni, pilih saiz M.


  • Jangan takut untuk hubungi seller anda menerusi ruangan disediakan. Tanya berkaitan saiz dan jenis kain.
  • Lihat review bergambar. Jangan baca review bertulis. Anda perlu lihat saiz disertakan sesuai atau tidak bila dipakai. Kalau tak ada review sebegini, saya syor elak membeli.
  • Pilih pakaian contohnya seluar yang menggunakan getah, di mana saiznya lebih fleksibel.
  • Elakkan beli pakaian yang cuma nyatakan free size. Biasanya kalau beli pakaian terutama baju saiz free size ini .. biasanya akan kecil atau ketat... lebih-lebih lagi andai seller tu dari luar negara.
  • Cari seller yang berikan polisi pemulangan percuma. Manalah tahu, kot-kot tak berkenan .. boleh pulangkan balik atau ganti. Pun begitu, agak sukar nak cari seller yang buat tawaran begini di laman web shopping online.
  • Cari seller yang mempunyai rating yang bagus.
  • Cari seller yang 100% menjual pakaian, sebab kalau rosak, koyak, saiz tidak sesuai .. boleh dicari ganti dengan mudah. Mereka lebih faham dan berpengalaman.
  • Jika cari pakaian berjenama, pilih kedai online official brand tersebut. Jangan beli dari seller yang sekadar tawarkan harga murah, tetapi kualiti produk mendukacitakan.
Okeh?

Harapnya perkongsian ini sedikit sebanyak akan bantu anda membeli-belah secara online dengan lebih baik dan berpuas hati dengan apa yang anda bayar.

Sebelum ini, saya dah beberapa kali beli pakaian yang tersilap saiz, kecewa dengan kualiti dan banyak lagi. Jika tidak dari pengalaman-pengalaman tersebut, saya mungkin akan terus banyak buat silap.

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni, dari pengalaman lampau .. saya dah kurang tersilap beli pakaian secara online. Isteri saya pun dah banyak buat pesanan beli pakaian ... khas untuk diri sendiri dan untuk anak-anak. Semuanya ok .. :)

Bisnes Kambing

Post a Comment

1 Comments

  1. Dulu pernah beli baju and seluar kat salah satu laman web ni. Tak ingat dah. Beli dalam 3 pasang baju kemeja, seluar, kasut. Sampai2 je test, semuanya tak muat. Nasib baik pakai voucher.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com