5 Idea Simple Cara Dapatkan Duit Poket Untuk Lepasan IPT

Jutawan Homestay
Saya fikir masih ramai lagi graduan dan lepasan IPT yang belum dapat kerja. Ramai yang dok termenung di rumah menunggu tawaran kerja dan panggilan temuduga. Hmm dari termenung tak buat apa-apa, apakata ikuti 3 idea simple ni untuk jana pendapatan sendiri. Paling tidak, adalah duit poket untuk berbelanja dan menampung kos kehidupan akan datang kalau-kalau dapat kerja.

Idea ni simple yang tak memerlukan kos tambahan yang tinggi untuk dapatkan duit poket sendiri. Ia sebagai alternatif mendapatkan income sebelum mendapat kerja tetap. Dari duduk termenung, goyang kaki .. baik buat kerja simple ini yang boleh mendatangkan duit.

5 Idea Simple Untuk Dapat Duit Poket Bagi Lepasan IPT yang Masih Menganggur

Buat Servis Penghantaran

Idea Simple Untuk Dapat Duit Poket
Jika anda ada kenderaan sendiri samada kereta atau motorsikal, buatlah servis penghantaran macam Grab atau Mat Despatch. Anda boleh buat servis hantar student - ke kuliah ke, tempat makan ke. Kalau di IPT, boleh iklankan servis penghantaran di board asrama atau di 7 Eleven.

Jika anda berada di kampung, tawarkan jadi penghantar budak-budak ke sekolah. Tak pun hantar barang basah dari kedai atau pasar ke rumah. Ambil upah yang berpatutan, janganlah pula cekik darah.


Jual Barang Terpakai Atau Koleksi Peribadi

Marvel's Action Figures
Lihat apa yang ada dalam rumah anda, contohnya mesin kira-kira (kalkulator), pakaian, kasut, buku-buku akademik, novel, beg atau apa sahaja yang anda rasa sudah tidak diperlukan. Aha .. daripada dibiarkan usang dan berhabuk, baik anda jual. Anda boleh jual secara online atau jual secara offline.

Platform macam Mudah.my, Ebay, Shopee adalah antara tempat yang membolehkan anda jual barang-barang anda ini secara dalam talian. Lagipun, tak ada kos besar pun nak jual produk anda di situ. Paling busuk pun, jual je kat Facebook atau Instagram.


Lagi masyuk kalau anda ada koleksi peribadi yang rare atau collectable item macam patung aksi adiwira ke, kad Pokemon ke, kereta Hot Wheel ke ... ada je orang yang akan beli, lagi-lagi kalau serious buyer yang sanggup bayar mahal untuk mendapatkannya.

[Baca] Panduan Lengkap Berniaga di Shopee

Buat Servis Proofreading

Kalau anda pakar dalam penulisan akademik dan fasih Bahasa Inggeris, apa kata anda tawarkan khidmat proofreading tesis. Biasanya, orang sanggup bayar sampai RM10 untuk proofread satu muka surat.

Jika kat Universiti, servis ni memang ramai pelajar tahun akhir dan pelajar pasca-siswazah guna. Iyalah, kalau nak hantar tesis untuk graduate, mestilah nak hantar yang berkualiti tinggi. Betul tak?

Apa yang anda perlukan cuma komputer, internet, dan marketing yang baik. Biasanya proofreader akan iklankan khidmat ini di komuniti pelajar universiti, terutamanya pasca-siswazah. Paling efektif, iklankan di page atau group pelajar pasca-siswazah di Facebook. Berdasarkan pengalaman, respon dari students memang memberansangkan.

Jual Nota-Nota Kuliah & Soalan Exam Lepas

Bagi yang tak tahu, sebenarnya ada banyak website di luar sana yang berminat untuk beli nota-nota, soalan past year, dan soalan latihan dari student universiti. Salah satunya ialah website StuDocu. StuDocu ni merupakan platform yang boleh diakses oleh pelajar dari seluruh dunia untuk bertukar-tukar bahan pembelajaran.

Jadi, macam mana nak jual nota di StuDocu ni?

Caranya senang. Anda hanya perlu muat naik bahan-bahan akademik yang anda ada, kemudian anda akan dibayar mengikut kualiti dan kuantiti bahan yang anda tawarkan. Bayaran akan melalui PayPal.

Buka akaun Paypal mudah dan percuma. Jadi, tak ada kos pun untuk anda keluarkan.

Jadi, apa tunggu lagi? Hanya dengan kongsi nota-nota lama yang anda dah tak baca, boleh dapat duit dengan mudah. Best kan?

Jadi Guru Tuisyen

Anda boleh jadi guru tuisyen sambilan. Tak perlu ajar subjek yang susah-susah, ajar subjek yang sering mendapat permintaan tinggi seperti Matematik Moden, Bahasa Inggeris. Tapi, kalau anda memang hebat dalam matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan .. lagi bagus.

Jadi guru tuisyen di rumah sahaja. Samada anda pergi ke rumah pelajar atau pelajar datang ke rumah anda untuk jalani tuisyen. Pada masa sama, boleh jual buku rujukan dan ambil komisen.

Bisnes Tuisyen 
Kalau anda pandai mengaji, buat je kelas mengaji kat surau atau masjid. Bayaran murah-murah je, RM10 seorang untuk sebulan pun dah ok. Kalau ada 10 orang pelajar mengaji Iqra' .. dah boleh dapat RM100 sebulan. Ambil masa 2 atau 3 kali dalam seminggu cukup.

Yang ni kalau anda lakukan, bukan sekadar boleh dapat duit poket, pahala pun dapat .. :)

Jadi, sebenarnya memang ada jalan dan cara simple untuk jana pendapatan sampingan atau dapatkan duit poket sendiri. Tak perlu lagi bergantung pada orang, walhal ada otak pancaindera sempurna, ada kaki tangan dan kudrat.

In Sha Allah, kalau sentiasa berusaha, mesti ada habuannya.

p.s: Kalau nak dptkan tips temuduga boleh ke ikerjayagraduan.com ya .. :)


Post a Comment

2 Comments

  1. tak sangka pelbagai cara boleh dibuat kan. memang menarik sangat ^_^

    ReplyDelete
  2. kalau lah mama baca ni masa mama belajar kt u dulu bestnya.. ni pegi keje kilang aje haha

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.