11 Tips Menjadi Guru Home Tuition Untuk Dapat Income Sampingan

Tahukah anda kerja sambilan atau sampingan sebagai guru tuition menjanjikan pendapatan yang lumayan? Apatah lagi jika anda menjadi guru home tuition tanpa perlu anda menyewa bangunan atau mewujudkan pusat tuisyen.

Tambahan lagi permintaan untuk home tuition terutama di Lembah Klang, Putrajaya, Johor Bharu, Ipoh dan beberapa bandar besar lain semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ramai ibu bapa melihat bahawa servis home tuition ini lebih baik dan lebih selamat untuk anak-anak mereka.

Tips Untuk Menjadi Seorang Guru Home Tuition

Malah, trend home tuition ini telah menjadi satu pilihan buat ibu bapa di Singapura dan beberapa negara Asia yang lain. Menyedari trend ini, kerjaya sampingan sebagai guru tuisyen atau home tuition tutor adalah antara pilihan yang bagus untuk menambah pendapatan.

Pun begitu, ada beberapa kriteria penting untuk menjadi seorang guru tuisyen di rumah yang bagus.

Cabaran paling besar ialah untuk memasarkan diri sebagai seorang guru home tuition dan mendapat kepercayaan daripada ibu bapa yang mahu anak mereka mengambil kelas tuisyen di rumah.

Untuk itu, saya sudi nak kongsikan beberapa tips untuk memulakan langkah menjadi seorang guru tuisyen, khususnya untuk menjadi home tuition tutor.

11 Tips Menjadi Seorang Guru Home Tuition - Jana Income Sampingan Lumayan


1. Anda perlu ada ilmu yang hendak diajar, contohnya Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan/atau Sains. Ini paling penting, kalau tak ada ilmu yang nak diajar, bagaimana dapat menjadi seorang guru tuisyen?

2. Anda perlu ada minat. Ini adalah kerana anda akan menjana wang berterusan dengan menjadi guru tuisyen kerana anda ada minat. Jika minat tiada, anda akan banyak mengeluh di pertengahan jalan. Akhirnya, anda akan berhenti menjadi seorang guru tuisyen kerana cabarannya besar.
Tips Menjadi Guru Home Tuition Untuk Jana Income Sampingan
3. Anda perlu ada transport, paling tidak sebuah motorsikal atau basikal... aha .. ada seorang guru home tuition di kawasan Pasir Gudang, hanya menaiki basikal sahaja untuk mengajar tuisyen di rumah kerana pelajarnya kebanyakkanya di kawasan perumahan beliau.

4. Anda perlu pasarkan diri anda. Ini kerana, andalah produknya dan anda perlu market produk itu untuk dijual. Cara pemasaran untuk mendapat student adalah melalui pengikalan secara online dan juga offline. Jangan malu untuk tampal iklan diri anda atau memasukkan pamplet diri anda ke dalam peti surat. Nyatakan servis yang anda berikan iaitu sebagai home tuition tutor atau guru tuisyen di rumah.

5. Interview pertama. Ini sangat penting kerana ibu bapa atau student akan menilai diri anda samada ok atau tidak ok. Interview ini mungkin dilakukan dalam banyak cara, mengikut kehendak ibu bapa student tersebut. Biasanya, untuk jimatkan masa dan wang serta tenaga, interview ini akan dibuat secara online - chating, email dan juga menerusi telefon.

Namun, kadangkala ada juga ibu bapa dan student yang nak jumpa dahulu.
Tips - Kebanyakkan ibu bapa suka mengambil guru tuisyen di rumah yang smart dan simple. Jadi, andai interview melibatkan pertemuan, pastikan memakai baju yang sopan dan menampakkan diri sebagai seorang guru yang kemas dan nampak santai. Elakkan gaya formal seperti memakai kemeja dengan tali leher. 

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya oleh ibu bapa yang mahukan servis tuisyen di rumah ini:
  • Jadi guru tuisyen part-time ke atau sepenuh masa?
  • Berapa caj untuk sejam?
  • Subjek apa diajar?
  • Waktu untuk datang mengajar tuisyen.
  • Boleh mengajar di hari cuti hujung minggu?

6. Anda perlu ada material pengajaran. Dapatkan buku-buku rujukan terbitan terkini dengan format peperiksaan terbaru dari Kementerian Pelajaran. Anda tentu tidak mahu mengajar silabus lama untuk student home tuition anda. Sediakan juga buku latihan khas untuk tuisyen.
Tips - Menjadi satu kelebihan jika anda berkawan dengan kawan yang bergelar cikgu sekolah kerajaan.
7. Anda perlu ada skill mengajar dan membimbing. Ini memerlukan sedikit masa dan kesabaran. Jika tiada skill, bina skill. Setiap orang ada cara masing-masing. Cari gali cara anda dan gunakan semasa sedang mengajar.

Jangan risau dan takut jika anda terasa macam salah. Teruskan dengan penuh keyakinan dan perbetulkan dari semasa ke semasa.

Jika anda ada masa, sertai mana-mana kursus yang berkaitan dengan teknik belajar dan juga teknik mengajar. Ia penting untuk membantu meningkatkan mutu pengajaran anda dalam home tuition ini. Jika anda tak ada masa nak pergi kursus .. gunakan sahaja medium seperti blog, Youtube untuk cari kaedah terbaik perbaiki skill home tuition anda.

8. Skill berkomunikasi dengan ibu-bapa. Komunikasi ini penting untuk mewujudkan perhubungan yang agak rapat dan mesra dengan ibubapa. Inilah ciri istimewa dalam home tuition, iaitu wujudnya hubungan akrab dengan ibu bapa student.

Inilah 'senjata' ampuh untuk terus kekal menjadi seorang guru tuisyen di rumah. Untung jika ibu bapa tersebut mempunyai ramai anak-anak yang masih bersekolah.

Ia ibarat menjadi guru peribadi kepada anak-anak ibu bapa tersebut.

Dan dengan komunikasi serta perhubungan yang baik ini, ia akan membantu untuk memasarkan diri anda sebagai seorang guru home tuition yang bagus, pasti akan direkemen oleh mereka kepada rakan-rakan mereka yang lain.
Kena ada jadual, rekod pengajaran untuk home tuition


9. Anda perlu ada rekod pengajaran. Apa jua kerja sampingan atau sambilan yang anda buat, mesti direkodkan, samalah juga dengan kerja sampingan sebagai seorang guru tuisyen di rumah.

Rekod ini sangat penting untuk merekodkan progress pengajaran anda. Rekod yang berbentuk jadual
yang simple yang mempunyai bahagian, tarikh, perkara yang diajar, masa mula mengajar dan masa habis mengajar. Siapa student dan alamat rumah setiap student yang diajar.

10. Anda perlu ada kad bisnes, resit dan cop 'rasmi' sebagai seorang guru tuisyen. Barulah nampak anda seorang guru tuisyen yang profesional, teliti dan ada wibawa. Kos pun tak berapa mahal untuk disediakan, jadi janganlah kedekut untuk buat semua perkara ini.

Kad bisnes adalah untuk pemasaran, manakala resit adalah untuk menunjukkan kreadibiliti anda dan  cop rasmi menunjukkan anda seorang yang profesional. Anda kena ada cop pada setiap resit bayaran anda, barulah resit bayaran itu nampak 'mahal'.

Adanya benda-benda ini membuatkan ibu bapa akan lebih yakin dengan anda dan jangan lupa, apabila ibu bapa yakin, maka tunggulah nama anda untuk dijual kepada kawan-kawan atau jiran-jiran tetangga.

[Promo] Kad Bisnes Buat Secara Online, Diskaun 40%

11. Anda perlu ada motivasi. Apatah lagi kalau anda menjadikan kerjaya guru tuisyen sebagai kerja sampingan selan kerja hakiki anda. Ini adalah kerana kadang-kadang, sebagai guru tusyen yang masih bekerja, waktu rehat itu adalah minimum.
Perlu ada motivasi untuk menjadi guru home tuition


Biasalah, adakala wujud bisikan-bisikan yang membuatkan anda malas nak mengajar. Sangat bahaya kalau tidak diambil serius.

Cara yang efektif adalah dengan mempunyai ketegasan diri dan semangat untuk mencapai impian. Anda perlu ada target tersendiri dan berusaha dengan gigih untuk capai target tersebut.

Selain dari itu, sokongan orang di sisi anda juga boleh menjadikan anda bersemangat untuk melakukan tuisyen. Contohnya isteri, suami (bagi yang sudah berkahwin), ibubapa (bagi yang masih duduk dengan ibubapa) dan kawan-kawan yang berfikiran positif.

Sesekali bacalah buku-buku motivasi diri untuk menjadi seorang yang lebih baik dan cemerlang. In Sha Allah, ia akan membantu diri anda untuk terus bersemangat.

Kesimpulan

Untuk menjadi seorang guru tuisyen tak susah, tapi nak kena ada minat dan kesungguhan. Lihat balik kriteria-kriteria di atas .. boleh tak anda buat? Jika boleh, maka anda sudah boleh memulakan langkah untuk kerjaya sebagai seorang guru tuisyen .. atau home tuition tutor.

Income dari guru home tuition agak lumayan. Ia juga tidak ambil masa yang banyak kalau anda bijak mengatur jadual kerja sebagai guru tuisyen.

Cukup kenakan bayaran RM50 (atau lebih rendah) seminggu untuk seorang student, anda boleh jana pendapatan sampingan sehingga 3 angka seminggu tanpa masalah.

Pun begitu, untuk berjaya dalam apa jua bidang, niat kita perlu betul. Niatlah untuk mengajar anak-anak orang lain untuk menjadi lebih baik, lebih bijak, lebih berpengetahuan. In Sha Allah, jika niat kita betul, semuanya akan menjadi ok ... 

Sumber asal: http://masteryus.com/12-tips-memulakan-tuisyen/

Post a Comment

6 Comments

  1. Nice tips. Memang nak buat pekerjaan yang ada tanggungjawab besar ni, kalau boleh nak kena ada minat kan baru lah berkat bila kerja ikhlas🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, mengajar anak-anak sememangnya satu tanggungjawab hebat, lagi kalau anak orang lain.

      Delete
  2. wow wow wowwww...bagus sangat tips cemni.Kebetulan mak saudara bagi memulakan kerja ni.Boleh lah nak share entri ni.Teerima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Alhamdulillah. In Sha Allah, moga bermanfaat untuk mulakan home tuition sendiri.

      Delete
  3. Alhamdulillah dpt side income dgn home tuition. Penat tapi berbaloi. Tp ape yg disenaraikan tu xbuat sgt pon..kikiki..tapi mmg betul. Kne promote diri utk dptkn client ��

    tumpang promote ye boss ��

    Sape nak home tuition Sains PT3 dan Kimia SPM area Negeri Sembilan dan Melaka boleh contact saya ye ��
    http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Tips yang bermanfaat. Terima kasih Hasrul Hassan atas perkongsian tips ini

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.