5 Teknik Lariskan Jualan di Shopee

Cara nak melariskan jualan di Shopee. Ehem ... ada yang tercari-cari cara nak melariskan barang yang dijual di Shopee tak? Kalau ada, saya nak kongsikan sedikit pengetahuan dan ilmu yang saya tahu. Ia mungkin bukan teknik terhebat, tetapi ia merupakan cara yang telah digunakan ramai penjual di Shopee bagi meningkatkan jualan.

Namun begitu, masih juga terdapat penjual di Shopee yang tak tahu cara nak tingkatkan jualan, walhal tools di Shopee memang sudah tersedia untuk digunakan secara percuma!

Teknik Melariskan Produk di Shopee Gunakan Tools Tersedia

Teknik Lariskan Jualan di Shopee
Sebenarnya ada pelbagai cara, teknik dan kaedah untuk melariskan jualan di Shopee. Itu sebab ramai penjual dan usahawan online yang sebelum ini menjual menerusi Facebook dan Instagram beralih ke Shopee.

Saya juga dapati ada beberapa penjual di Lazada, 11Street, dan beberapa laman web shopping online lain juga membuka kedai online percuma di Shopee. Ini bukan satu kebetulan. Ada sebab mengapa ramai yang menggunakan platform Shopee untuk menjual produk.

Kalau anda perasan, CJ Wow Shop di rangkaian Media Prima pun turut ada kedai online di Shopee Malaysia.

Tarikan utama orang mula menjual di Shopee adalah kerana ia membolehkan anda menggunakan segala tools yang ada di dalam dashboard penjual (seller) Shopee secara percuma. Ia cuma perlukan sedikit pengetahuan, ilmu dan juga tindakan.

Benda dah ada, kalau tak digunakan sebaiknya, ia tidak akan jadi apa-apa. Begitulah adanya tools promosi di dalam Shopee tu.

Ada beberapa teknik percuma di Shopee yang boleh anda gunakan untuk lariskan produk anda.

Letak Gambar Sempurna dan Mengundang

Apabila anda meletakkan gambar produk di dalam Shopee, anda pasti akan nampak satu pemberitahuan oleh Shopee tentang cara bagaimana nak letakkan gambar sempurna dan mengundang pelanggan.

Gambar produk yang sempurna ini mestilah berlatar-belakang kosong tanpa ada apa-apa benda lain yang membuatkan gambar produk itu tenggelam. Biasanya latar putih untuk menyerlahkan produk.

Jika anda menjual produk seperti pakaian, selain meletakkan gambar pakaian tersebut, letakkan juga model yang mengayakannya. Ia pasti akan menarik perhatian, kerana ramai pelanggan yang ingin tahu 'rupa' pakaian tersebut apabila dipakai.

Gambar kena jelas. Untuk lebih menjelaskan produk anda, letaklah banyak gambar secara lebih detail mengenai produk anda. Pelanggan tentu nak tahu gambaran produk ini selain daripada deskripsi produk yang telah anda tulis.

Boost Now

Jangan abaikan tools ini sebaik sahaja produk anda telah selesai dimuat-naik ke kedai online Shopee anda. Boost now ini akan diberikan secara percuma kepada anda setiap kali produk telah berada di dalam database produk untuk dijual di Shopee.

Apabila produk anda telah dimuat-naik ke Shopee, pihak Shopee akan menyenaraikan produk anda sebagai produk terbaru di dalam web tersebut. Itu sebab saya katakan, penampilan produk anda sangat penting di saat ini.

Okey.

Boost now ini anda boleh gunakan untuk lima produk anda setiap 4 jam. Jadi, pilihlah produk terbaik anda untuk boost ini. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan tools ini.

Perkhidmatan Penghantaran Percuma Poslaju

Program penghantaran percuma Shopee Poslaju untuk penjual di Shopee
Saya pasti ramai usahawan yang dah tahu mengenai program ini. Anda boleh hantar produk yang dibeli oleh pelanggan tanpa dikenakan sebarang kos oleh Poslaju selagi tidak melebihi 5kg.

Jika anda mahu produk anda dilihat dan dinilai oleh para pengunjung di Shopee, gunakan servis ini sebaiknya. Apabila kedai online anda memilih untuk memasuki program Poslaju ini, secara automatik akan keluar label 'free postage' pada produk anda.

Pengunjung pastinya tertarik untuk membeli apabila sudah tahu kos penghantaran adalah percuma. Untuk memohon program ini, boleh ke link ini - https://shopee.com.my/poslaju


My Discount

Tetapkan harga produk yang ingin anda jual pada harga diskaun. Apabila harga diskaun ditetapkan, secara automatik produk anda akan ada label berwarna kuning yang menunjukkan kadar diskaun pada produk anda.

Pengunjung, pelanggan dan bakal pembeli di Shopee sangat sukakan diskaun. Label diskaun tersebut pasti akan menarik minat mereka untuk singgah di kedai online Shopee anda.

My Campaign

Satu lagi tools yang sangat hebat untuk melariskan jualan produk anda di Shopee. Anda tentu dah sedia maklum yang Shopee ada banyak melakukan kempen promosi samada di media cetak mahupun media elektronik.

Kempen khas seperti 11.11 dan juga jualan hari lahir Shopee 12.12 adalah antara kempen yang sering dibuat dan biasanya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ketika kempen ini berlangsung, ramai kaki shopping online akan menerjah ke Shopee.

Dengan teknik-teknik yang telah dikongsikan di atas, disertakan dengan tool My Campaign serta promosi besar-besaran Shopee, pasti jualan anda akan meletup.

[Baca] Panduan Part-Time Berniaga di Shopee Laris

Aha, sekarang anda dah tahu lima teknik yang sering digunakan oleh usahawan Shopee untuk melariskan jualan. Cuba anda praktikkan teknik-teknik ini dan lihat hasilnya. Anda kena berusaha sedikit kalau nak pastikan kedai online Shopee anda dikenali dan mendapat banyak pelanggan.

Shopee adalah merupakan platform yang boleh dikatakan lengkap dah untuk anda. Tak perlu bayar apa-apa, segala proses pembelian oleh pelanggan diuruskan oleh sistem Shopee .. anda cuma perlu ikut sahaja langkah yang ditunjukkan semasa membuat akaun penjual (seller) di Shopee ni.

[Baca] 5 Kelebihan Berniaga Online Menerusi Shopee

Okeh.

Tak berapa nak jelas? Nak tahu lebih banyak teknik untuk berniaga serta melariskan jualan di Shopee ni, anda boleh dapatkan Panduan Part-Time Shopee yang disediakan oleh sebuah syarikat usahawan bumiputera yang dah berjaya buat jualan sehingga 5 angka sebulan.
Cara nak dapatkan jualan tinggi di Shopee
Baik ikut cara mereka yang dah berjaya, ye tak? Gunakan panduan yang mereka dah sediakan, klik pautan di bawah untuk info lanjut..

[+] Panduan Part Time Shopee

Panduan (ebook/pdf) ini adalah terhad, dan hanya dibuka untuk tempahan sehingga 12.12 ini sahaja. Jadi, ia adalah panduan untuk mereka yang serius nak menjana keuntungan dan jualan di Shopee. Bukan untuk mereka yang dah buat sales berganda-ganda atau dah ada banyak follower di kedai Shopee mereka.

Di bawah ini adalah salah satu kejayaan usahawan baharu di Shopee yang telah menggunakan panduan tersebut ...
Rahsia jualan tinggi di Shopee


Post a Comment

3 Comments

  1. Rezeki dia hebatnya ..wajib bersyukur kiranya titik peluh juga tu

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing. dah lama ada kedai di shopee tp brg x laku2.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.