Happy Birthday Zikri dan Maira

Bisnes di Shopee
Selamat Hari Lahir kepada dua orang anak saya, Zikri dan Maira. Masing-masing lahir dalam minggu yang sama. Alhamdulillah, masing-masing dah jangkau umur 11 tahun dan 9 tahun. Saya dan isteri bersyukur, anak-anak kami ini telah membesar dengan sihat dan mendapat apa yang diperlukan sebagai seorang anak.

Sudah menjadi tradisi kot, kami akan sambut harijadi anak-anak di Secret's Recipe. Di situ ada pelbagai pilihan kek yang sedap dan menarik.

Sambut Birthday Dengan Kek Secret's Recipe

majlis harijadi secret recipe
Kami tak buat majlis besar, sekadar beli kek dan makan-makan seisi keluarga. Lagipun, ia bukan amalan sunah ... huhu... ia sekadar nak menggembirakan hati anak-anak supaya mereka rasa dihargai dan disayangi.

Kalau orang berduit, mungkin akan hadiahkan macam-macam benda, tapi kami ... majlis ringkas makan kek dan makan sedap-sedap (yang disukai) di tempat yang 'istimewa' sudah mencukupi.

Anak-anak pun suka dengan cara macam ni. Alhamdulillah.

Salah satu cara untuk mengeratkan kasih sayang sesama keluarga adalah dengan buat majlis macam ni untuk perkara-perkara penting dalam kehidupan mereka. Mungkin mereka akan ingat, mungkin juga tidak, namun ... waktu semasa itu yang penting.

[Dah Baca?] Nasi Ayam Rhonda

Anak-anak akan rasa gembira kerana ibubapa ingat akan harilahir mereka seperti mana ibubapa akan rasa gembira bila anak-anak ingat akan tarikh lahir mereka. :)

Seronok kan bila suasana gembira penuh kasih sayang menjadi sebahagian atmosfera dalam keluarga.

majlis harijadi secret recipe
majlis harijadi secret recipe
majlis harijadi secret recipe
majlis harijadi secret recipe

Post a Comment

1 Comments

  1. sanah helwah Zikri dan Maira semoga menjadi anak soleh dan solehah

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.