Pertama Kali Menginap di Symphony Suites Hotel Ipoh, Hotel Terbersih Perak

Jutawan Homestay
Kalau anda ke Ipoh, keluar tol Simpang Pulai dari arah selatan pasti akan jumpa sebuah hotel baharu yang dikenali sebagai Symphony Suites Hotel. Kalau waktu malam, hotel ini sangat mudah dicam kerana ia berwarna-warni dengan lampu neon. Di waktu siang, memasuki sahaja bandaraya Ipoh, anda akan nampak sebuah bangunan tinggi di sebelah kanan sebelum tiba ke hentian Limau Bali.

Symphony Suites Hotel adalah hotel di bawah 100 bilik dengan harga cukup berpatutan selain terletak di pinggiran bandaraya Ipoh. Hotel ini pernah dinobatkan sebagai hotel terbersih pada tahun 2017 kategori bawah 100 bilik di Perak.

Pertama Kali Menginap di Symphony Suites Hotel, Ipoh

Saya dan famili pertama kali menginap di hotel ini apabila isteri saya ada mesyuarat di bandaraya Ipoh yang memakan masa selama 2 hari. Kami ambil keputusan nak menginap disebabkan ia hotel baharu. Kalau ikutkan boleh sahaja kami menginap di kampung saya di Batu Gajah atau kampung isteri saya di Parit.

Lagi satu sebab ialah kerana mesyuarat isteri juga dibuat waktu malam, jadi agak sukar buat anak bongsu si Najmi yang menyusu badan.

Pengalaman menginap di Symphony Suites ini amat baik sekali. Walaupun hotel ini tidak mempunyai kolam renang, yang selama ini menjadi kriteria utama kami; tetapi suasana dalam hotel ini amat menyenangkan.

Dinobatkan Hotel Terbersih di Perak 2017



Bilik di Symphony Suites agak luas, dengan terbahagi kepada dua bahagian dipisahkan menerusi pintu dalaman seperti sebuah apartmen. Bilik air bersih dan selesa.

Bilik tidur ada tv. Ruang tamu juga dilengkapi dengan tv dan sofa. Ruang 'dapur' juga disediakan seperti sebuah apartmen. :)

Saya kongsikan beberapa gambar hotel ini untuk tatapan anda, mana tahu ia boleh menarik hati anda untuk menginap di Symphony Suites Hotel yang terletak di pinggiran bandaraya Ipoh ini.


Kalau nak menginap di hotel ini, bolehlah cuba dapatkannya dengan harga menarik menerusi Agoda.

Oh ya, hotel ini berdekatan dengan beberapa lokasi menarik. Tempat makan pun mudah nak didapati di sekitar hotel ini. Mungkin boleh jadi tempat singgahan atau bermalam jika nak ke Cameron Highlands (by day).

Okeh.

Post a Comment

0 Comments