Yeay, pertama kali saya sambut ulangtahun kelahiran di Secret's Recipe. Terima kasih pada isteri dan anak-anak yang bawa saya ke restoran ini walaupun secara peribadinya saya bukanlah peminat Secret's Recipe.

Saya agak naif bila cakap mengenai restoran makanan segera ni. Secret Recipe bukanlah kegemaran saya, dan jujur saya cakap ... bila sebut Secret's Recipe, saya cuma tahu satu benda je - ia jual kek. Dan saya lak, tak suka kek .. haha.

First Time Sambut Birthday Kat Secret's Recipe

First Time Sambut Birthday Kat Secret Recipe
Selama lebih 40 tahun diberi nyawa oleh Allah S.W.T, inilah pertama kali saya sambut harijadi sendiri di Secret's Recipe. Tua bangka dah saya ni...hahaha... (sedor diri).

Bila masuk restoran Secret's Recipe, baru saya tahu rupanya ada banyak menu lain selain kek. Hmm .. patutlah isteri dan anak-anak ajak saya ke sini. Selain kek, ada menu western food macam Chicken Chop dan juga Steak.

Ingatkan Secret's Recipe Hanya Jual Kek

Bukan setakat western food, ada juga makanan kegemaran tempatan seperti Laksa dan Mee Kari. Isteri saya tahu yang saya sukakan Steak dan juga Mee Kari. Pandai isteri saya kan?
First Time Sambut Birthday Kat Secret Recipe
Sempena harijadi saya yang ke 4x tahun, isteri saya telah pesan signature cake Secret's Recipe. Lupa pulak nama kek tu, tapi ia perisa coklat. Sedap jugalah bila merasa sesudu dua... hehe. Saya tak boleh nak makan banyak memandangkan saya seorang diabetik.

Pastu menu lain yang telah dipesan isteri adalah Mee Kari dan juga Steak. Mee Kari untuk saya, dan Steak untuk dua orang anak saya. Zikri yang sebenarnya pesan Steak tu .. huhuhu.. rasanya pertama kali tu anak saya Zikri (10 tahun) pesan Steak. Boleh tahan juga harga Steak Secret's Recipe ni .. huhu...
Steak Secret Recipe
Hmm ... boleh tahan juga rasa Mee Kari Secret's Recipe ni. Agak besar juga saiz hidangan, rasanya sesuailah dengan harganya. Kenyang betul saya makan.

Alhamdulillah.

Syok dapat sambut harijadi bersama keluarga. Ia salah satu cara untuk eratkan dan beri kegembiraan buat semua. Anak-anak rasa seronok, saya turut rasa seronok.
[Dah Baca?] Hadiah Istimewa Sempena Harijadi daripada Isteri Saya
Uhh .. tengok baby baru saya si Najmi, fuhhh .. lepak kat Secret's Recipe macam boss .. hahaha....
First Time Sambut Birthday Kat Secret Recipe
Najmi
Bila dok sambut majlis harijadi macam ni, terus sedarkan saya mengenai umur yang dah semakin meningkat.
[Dah Baca?] Lan Catering - Pilihan Katering Harga Bajet Untuk Majlis Birthday
Kesempatan ini, saya harap rakan-rakan pembaca blog ini dapatlah mendoakan kebaikan untuk diri saya ye.

Doakan saya supaya diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan berkekalan dengan keluarga tercinta, diberikan rezeki yang diredhai melimpah ruah selain diampunkan dosa-dosa. Amin.

Terima kasih pada isteri yang sudi belanja makan di Secret's Recipe dan hadiahkan kek coklat sedap.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Selamat hari jadi! Kek kat secret recipe ni sedap. Makanan western dan makanan lain pun boleh tahan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. :) Mungkin nanti saya akan cuba lagi

      Padam
  2. Happy birthday bro HH
    Nina pun belum pernah makan kat Secret Recipe. Nampak sedap menarik! Nanti nak try laaa

    BalasPadam
  3. Sanah helwah HH.. sedap makanan semua Tu kt sr

    BalasPadam
  4. hepy besday,.mmg sedap mee kari die tu..bsr, puas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Puas saya makan semangkuk. Memang besar portion dia.

      Padam
  5. happy belated birthday HH!
    ow, kek chocolate indulgence tu..
    hrga memang mhal, tapi portion dia byk..hihi..nnti HH try tomyam dia, sedap jugak..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha .. tula nama kek tu. Ohh tomyam pun sedap ehh .. orait, nanti saya pi lagi.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement