Nasi Ayam Ronda Parit Buntar

Borong Online dari China
Uhh sedapnya Nasi Ayam Ronda Parit Buntar.... anak-anak saya cukup suka makan Nasi Ayam di restoran ini. Restoran Ronda (Ronda Cafe), antara restoran yang sering menjadi tumpuan untuk warga sekitar Parit Buntar menjamu selera. Antara menu yang sedap di restoran ini adalah Nasi Ayam dan juga Bihun/Mee Sup.

Walaupun ada pelbagai menu makanan menarik di restoran ini, ramai yang kenal Ronda Cafe kerana kepelbagaian jenis minuman yang ada. Uniknya ia dihidang dalam bekas yang besar. Memang puas.

Nasi Ayam Ronda Cafe Parit Buntar

Nasi Ayam Ronda Cafe Parit Buntar
Bila tekak rasa nak makan Nasi Ayam yang sedap, restoran ini memang terlintas di kepala otak. Tak banyak kedai makan atau restoran yang jamu Nasi Ayam waktu tengahari. Restoran Ronda atau Ronda Cafe adalah antara restoran yang saya tahu di Parit Buntar yang ada jual dan hidangkan Nasi Ayam.
Nasi Ayam Restoran Kafe Ronda di Parit Buntar
Nasi Ayam Restoran Kafe Ronda di Parit Buntar
Nasi Ayam di Ronda Cafe memang sedap. Walaupun penampilannya di atas pinggan tak lah nampak apa-apa yang unik atau menarik, namun bila dah nasi dan ayam masuk ke mulut .. memang tak akan berhentilah daripada terus menyuap.

Mula Dikenali Kerana Ice Blended Cofee

Kalau ikutkan, restoran ini lebih dikenali penduduk setempat kerana hidangan air minumannya. Ia dihidang dalam gelas atau bekas cup yang besar.

Saya dan isteri mula-mula kenal restoran ini kerana kepelbagaian kopi yang dijual di sini. Ala .. kan dulu ada trend orang jual kopi dalam bekas besar, ahaaa .. di Parit Buntar, Ronda Cafe adalah antara pioneer yang sediakan menu macam tu.
[Dah Baca?] 4 Mitos Tentang Makanan Ramai Rakyat Malaysia Tak Percaya
Sekarang, bukan setakat kopi .. tetapi minuman lain seperti jus buah-buahan, minuman biasa macam teh ais, teh o ais, milo ais semuanya dihidangkan dalam gelas besar dengan ais dikisar (blend). Jadi kalau order air ais, memang anda akan dapat air ais yang dah dikisarlah. Puas minum gitu .. hehehe.

Portion Nasi Ayam dijual di sini pun memuaskan hati dan selera. Saya fikir ia sesuai dengan harga yang ditawarkan. Apatah lagi restoran ini adalah restoran hawa dingin dan suasana pun agak selesa.
Nasi Ayam Sedap Makan Tengahari di Parit Buntar
Nasi Ayam Restoran Kafe Ronda di Parit Buntar
Rasa ayam dia memang sedap. Sos cili dan kicap yang disediakan bersama ayam tu memang ada ummmphhh lah. Tu sebab anak-anak saya kalau makan Nasi Ayam di sini, jarang tak habis.

Jika anda kebetulan ke atau berada di Parit Buntar, boleh cuba makan Nasi Ayam Ronda Cafe ni. Restoran ini terletak di bandar baru Parit Buntar. Lokasinya boleh dikatakan berdekatan dengan Old Town White Cofee dan juga bersebelahan dengan Secret's Recipe Parit Buntar.
Restoran Cafe Ronda Parit Buntar, Perak
Ronda Cafe adalah antara restoran yang sediakan makanan tengahari yang sedap. Ada beberapa restoran atau kedai makan lain yang sediakan makanan tengahari antaranya Selera Intan, Mak Su Selera Kampung, Kedai Makan Pak Ngah dan beberapa lagi.
[Dah Baca?] Nasi Kandar Beratur di Parit Buntar
Boleh selongkar blog saya ni kalau nak tahu lebih banyak tentang pekan Parit Buntar ni. Banyak yang menarik dan istimewa sebenarnya di pekan kecil yang bersempadanan tiga negeri ini.




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.