Weihh ... ada peluang keemasan ni untuk rakan-rakan pelabur terutama mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah. Errr .. kalau belum, rasanya masih belum terlewat untuk membuat pelaburan awal serendah RM100 dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Ingin membuat pelaburan awal dalam AHB tak susah mana, malah amat senang. Apa yang perlu anda buat adalah pergi ke mana-mana cawangan Maybank terdekat dan beritahu sahaja pada pegawai berkaitan yang anda mahu membuat pelaburan dalam Amanah Hartanah Bumiputera.

Jom Simpan, Labur dan Menang Bersama Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Saya antara yang terawal membuka akaun pelaburan dalam AHB. Malah, sebelum Neelofa menjadi duta (tukang iklan) berkaitan pelaburan ini yang dijamin kerajaan di bawah PNB.
Simpan, Labur dan Menang Bersama Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Bestnya mengenai pelaburan ini ialah ianya patuh Syariah, dan anda akan dapat pulangan setiap 6 bulan. Apa yang perlu anda buat ialah maitain sahaja jumlah pelaburan dalam akaun AHB anda.

Pelaburan AHB ini tidak mempunyai buku. Jadi, kalau nak tahu berapa jumlah pelaburan yang anda telah buat, anda boleh semak di ruangan pelaburan di Maybank2u.com.my. Anda juga boleh semak jumlah pulangan atau keuntungan yang anda terima dari pelaburan ini di akaun simpanan anda secara online ... pastinya di M2U.


Untuk butiran pelaburan serta keuntungan bagi kegunaan pelaporan cukai pendapatan (income tax) LHDN, anda akan diberikan satu penyata di akhir setiap tahun - biasanya diterima pada bulan Februari atau awal Mac. Ianya akan dihantar menerusi pos. Maka, bolehlah anda simpan dan jadikan bukti untuk pengurangan cukai nanti.

Saya suka nak warkan pasal pelaburan ini sebab ianya sangat bagus. Bukan kerana kadar keuntungan yang diberikan dua kali setahun adalah antara tertinggi; tetapi kerana ia satu pelaburan jangkamasa panjang yang terjamin.

[Dah Baca?] Kelebihan dan Kekurangan Melabur dalam AHB

Hadiah RM400,000 Dalam Bentuk Unit AHB

Nak tambahkan lagi kenapa ianya best ialah ia ada promosi menarik seperti kempen Simpan, Labur dan Menang AHB 2019.

Aha .. anda bakal berpeluang untuk menang unit pelaburan AHB sehingga RM400,000 !!


  • Hadiah Pertama: 200,000 AHB Units
  • Hadiah Kedua: 100,000 AHB Units
  • Hadiah Ketiga: 50,000 AHB Units
  • 50 Hadiah Saguhati: 1,000 AHB Units


Ianya terbuka kepada semua penyimpan dan pemegang unit amanah AHB ini, samada akaun dewasa mahupun akaun remaja. Pengecualian kepada pelabur individu di bawah skim pelaburan KWSP.

Cara Nak Sertai?

Untuk menyertai, anda hanya perlu maintain minim 1,000 unit AHB dalam akaun selama 6 bulan bermula dari 1 Oktober 2018 hingga 31 Mac 2019.

Setiap 1,000 unit membolehkan anda mempunyai satu penyertaan. Jadi, jika nak lebih peluang untuk menang hadiah dalam kempen Simpan, Labur dan Menang AHB ini, kenalah tambah pelaburan lebih sedikit.

Ala .. tak rugi pun.

Untuk menambah pelaburan, ianya sama sahaja proses seperti membuka akaun AHB. Anda hanya perlu ke mana-mana cawangan Maybank atau Maybank Investment untuk tambah pelaburan ini.

Orait?

Butiran lain boleh anda peroleh di sini - https://www.maybank-am.com.my/ahbdraw


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement