Jadual tarikh tempahan dibuka untuk Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) tahun 2019. RPP adalah merupakan tempat penginapan berupa banglo, apartment, bilik dan juga dorm yang disediakan oleh kerajaan untuk disewakan khas buat kakitangan kerajaan Malaysia dan juga badan berkanun. Ia merupakan pilihan terbaik, murah dan selesa bagi penginapan untuk kakitangan kerajaan di beberapa lokasi tumpuan percutian di Malaysia.

Saya dan keluarga seudah beberapa kali merasa menginap di RPP ini, antaranya RPP Fraser Hill, RPP Cameron Highlands, RPP Penang, RPP Port Dickson, RPP Kenyir, RPP Langkawi, RPP Labuan dan RPP Morib.

Tempahan RPP Untuk Kakitangan Awam Kini Dibuka Untuk 2019

Tempahan RPP Untuk Kakitangan Awam Kini Dibuka Untuk 2019
Jika anda merupakan kakitangan kerajaan atau pernah bekerja dalam sektor awam, jangan abaikan kelebihan ini kerana anda boleh bercuti ke tempat menarik di Malaysia dengan mendapatkan penginapan yang cukup best, murah dan paling penting selesa.

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) untuk tahun 2019 sudah dibuka sejak awal November 2018 lagi. Tempahan boleh dilakukan menerusi link berikut - http://www.bph.gov.my/sbbphv2
Tempahan RPP Untuk Kakitangan Awam Kini Dibuka Untuk 2019

Tempahan HANYA boleh dilakukan menerusi laman web SBBPH sahaja. Tiada cara lain. Anda boleh terus login dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda, dan buat tempahan mengikut kelayakan.

Menariknya ialah, sistem tempahan di SBBPH telah dikemaskini dengan agak baik, malah ia mengehadkan tarikh tempahan untuk tempoh dua minggu. Bermakna, anda hanya boleh tempah penginapan dalam mana-mana tarikh dalam tempoh 2 minggu yang anda pilih.

[Dah Baca?] 43 Tempat Menarik di Langkawi - Dah Pergi Semuanya?

Ini membolehkan lebih ramai penjawat awam termasuklah pesara kerajaan merasai pengalaman dan kemudahan penginapan ini.

Anda boleh menginap di sebuah apartment dari serendah RM50 sebilik !! Lengkap dengan perabot, tv dan sesetengahnya tu dengan dapur.

Harga Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

Harga Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)

RPP Cameron Highlands
  • Banglo 3 Bilik - RM150
  • Apartmen 2 Bilik - RM100
  • Bilik Biasa - RM50
RPP Bukit Fraser
  • Banglo 6 Bilik - RM250 
  • Bilik Besar - R60
  • Bilik Kecil - RM50
RPP Langkawi
  • Bilik Suite - RM180
  • Bilik Deluxe - RM100
  • Bilik Standard - RM80
RPP Labuan
  • Banglo 5 Bilik - RM100

Harga Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)


Saya dah banyak kot tulis dan kongsi gambar-gambar penginapan di RPP ni. Lihat komen-komen dalam post-post tersebut, ramai yang dah pergi memang puas hati dengan tempat penginapan. Lokasi tempat penginapan pun cukup strategik.

[Dah Baca?] Senarai Tempat Menarik di Port Dickson Untuk Percutian Keluarga

Macam RPP Cameron Highlands tu, depan RPP tu dah ada Strawberry Farm. Kalau kat RPP Langkawi, ada pantai cantik dan juga kemudahan kolam renang.

Serius, memang berbaloi.


Jika anda pasangan yang dua-dua bekerja dalam sektor awam, maka bolehlah anda buat tempahan lebih ... dan bawa bersama keluarga yang lain. Syarat tempahan memang mudah, siapa yang buat tempahan mesti ada bersama.

Tempahan RPP untuk 2019 dah dibuka, jadikan jadual yang saya lampirkan di atas itu sebagai rujukan untuk mula menempah.

Semoga bermanfaat.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. staff jawatan kontrak layak memohon tak rpp ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba masuk ke dalam sistem. Sbb sistem tu ambil nombor IC ... kalau ada dalam pengkalan data sistem, maksudnya bolehlah tempah ikut gred yang dipaparkan dalam sistem tempahan tu nanti.

      Padam
  2. salam mcm sy dah buat pembayaran pastu skrg ni sy nak tahu sy dapat ke tidak mcm mn ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk dalam sistem tu .. dia akan keluarkan butiran tempahan yang perlu anda cetak dan berikan masa nak check-in nanti.

      Masuk dalam sistem, lihat bahagian TEMPAHAN

      Padam
    2. salam sejahtera, En. Hasrul
      saya first time nak buat tempahan secara online. Boleh minta tunjuk ajar sikit. Saya tempah hari ini (3/6) utk check in 15/6 ini, tapi kenapa sistem kata "Permohonan tempahan hanya boleh dibuat pada 7 hari sebelum menginap"

      Padam
  3. Laman web RRP tu dh tk blh buka ye ? Kenapa ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je buka, mungkin sbb penyelenggaraan. Boleh cuba lain kali. Memang biasa berlaku ketika setiap awal bulan.

      Padam
  4. Askm saya ingin bercuti ke Pulau Langkawi pada 31/7 hingga 2/8/2020 dan ingin menginap di RBP Langkawi... adakah saya perlu mohon sekarang / tempahan @ 2 minggu sebelum tarikh bercuti?

    BalasPadam
  5. Kalo mcm kita dah buat tempahan kalo pembayaran tunai masa check in blh ke x

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement