Mencari tempat menarik untuk dikunjungi di Port Dickson dalam percutian keluarga anda? Aha .. kali ini saya nak kongsikan sedikit pengalaman serta info berkaitan tempat menarik yang terdapat di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan. Port Dickson memang dikenali sebagai lokasi dan tempat menarik untuk bercuti buat seisi keluarga.

Saya bersama keluarga sudah beberapa kali ke Port Dickson. Ia memang satu pilihan yang terbaik jika nak bercuti panjang buat keluarga saya memandangkan kami menetap di utara Semenanjung Malaysia.

Tempat Menarik di Port Dickson Untuk Percutian Keluarga

Tempat Menarik di Port Dickson Percutian Keluarga
Tempat Menarik di Port Dickson Percutian Keluarga
Saya pasti ramai yang tak tahu bagaimana tempat menarik di Negeri Sembilan ini boleh mendapat namanya sebagai Port Dickson... kan kan? Orait, sebelum saya senaraikan tempat menarik yang best di Port Dickson yang sesuai untuk percutian keluarga, saya nak kongsi sedikit info menarik mengenai asal usul nama Port Dickson.

Sejarah Nama Port Dickson

Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19.

Sebelum tu, tempat ini dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan ketika itu. Ini adalah kerana kedudukannya yang berada di sebuah teluk kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang. Hal demikian adalah kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya.

Aha .. begitulah serba sedikit mengenai Port Dickson yang akhirnya itu dimajukan menjadi sebuah pelabuhan strategik oleh Sir John Frederick Dickson, dan juga sebagai tempat  istirehat untuk pegawai-pegawai tinggi dan peladang British.

Pantai-Pantai Menarik Di Port Dickson

Pantai-pantai Menarik di Port Dickson
Jika anda nak tahu, Port Dickson mempunyai banyak pantai peranginan yang cantik. Kalau tak silap saya, ada lebih 10 pantai menarik terdapat di Port Dickson. Kesemuanya merupakan pantai awam, dan anda boleh samada mandi manda atau melakukan aktiviti pantai bersama keluarga. Rugilah kalau ke Port Dickson kalau tidak ke pantai-pantainya.

Antara pantai yang terdapat di Port Dickson:
  1. Pantai Tanjung Gemuk - Batu 2, Jalan Seremban
  2. Pantai Seaview - Batu 1, Jalan Seremban
  3. Pantai Batu 1 - Batu 1, Jalan Pantai
  4. Pantai Bagan Pinang - Batu 2, Jalan Seremban
  5. Pantai Saujana - Batu 4, Jalan Pantai
  6. Pantai Cahaya Negeri - Batu 4 1/2, Pantai Cahaya Negeri
  7. Pantai Teluk Kemang - Batu 8, Teluk Kemang
  8. Pantai Purnama - Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang
  9. Pantai Cermin - Batu 10, Jalan Pantai
  10. Pantai Tanjung Biru - Batu 10, Jalan Pantai
  11. Pantai Teluk Pelandok - batu 12, Jalan Pantai
Pantai Menarik di Port Dickson
Ada pantai-pantai ini yang tidak sesuai untuk mandi-manda, tetapi boleh melakukan aktiviti lain seperti berkhemah, berBBQ, main layang-layang, berkayak, berkelah malah ada pantai yang menyediakan ruang untuk aktiviti seperti ATV dan juga memancing.

Jarak antara lokasi pantai-pantai menarik di Port Dickson ini tidak berapa jauh, malah ia cuma berjujukan bersebelahan sahaja. Jika anda berjogging dengan anak-anak pun boleh sampai hingga 2-3 tempat atau lokai pantai di Port Dickson ini.

Muzium-Muzium di Port Dickson

Selain pantai-pantai yang best di Port Dickson, saya sering bawa keluarga ke beberapa muzium yang terdapat di Port Dickson ini. Ada dua buah muzium menarik yang ada di Port Dickson ini iaitu
Muzium Tentera Darat dan juga Muzium Lukut.

Muzium Tentera Darat

Muzium Tentera Darat
Muzium Tentera Darat menampilkan tinggalan sejarah berkaitan perang dunia kedua dan juga kempen menghapuskan komunis di Malaysia (ketika itu Malaya). Ia sebuah kompleks yang agak luas menempatkan beberapa bangunan pameran selain dataran terbuka. Dataran terbuka di Muzium Tentera Darat mempamerkan kenderaan-kenderaan Tentera Darat selain jet pejuang dan pesawat pengangkut.

Malah, anda boleh menyusuri ke dalam terowong bawah tanah yang dulunya digunakan pengganas komunis di Semenanjung Malaysia untuk berlindung. Anda pasti akan kagum dengan struktur dan apa yang ada di dalam terowong komunis ini.

Muzium Tentera Darat terletak di Kem Si Rusa, Batu 4, Port Dickson. Ianya berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Lokasi tempat menarik ini mudah dikunjungai kerana terletak di jalan susur keluar lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang. Anda mesti tak miss ... :)

Muzium Lukut

Muzium Kota Lukut Port Dickson
Muzium Lukut pun tak kurang menarik. Jika mahu mempelajari dan mengetahui sejarah lama zaman Kesultanan Melayu lama, maka saya syor anda untuk pergi ke Muzium Lukut yang terletak di Kota Lukut.

Di sinilah anda akan belajar dan tahu bagaimana Perang Lukut yang cukup terkenal boleh berlaku. Anda juga akan menambah pengetahuan tentang bagaimana komoditi timah satu masa dahulu mencorakkan kegiatan ekonomi, struktur sosial selain perkembangan politik negara ketika itu.
Muzium Lukut
Tahukah anda landasan keretapi pertama di Negeri Sembilan telah mula dibina di sini, menghubungkan Port Dickson (Tanjung) dengan Seremban (Sungai Ujong) untuk mengangkut bijih timah selain barang dagangan lain termasuklah rempah ratus?

PD Ostrich Farm

Selain pantai dan juga muzium, ada beberapa lagi pilihan tempat menarik di Port Dickson yang harus anda lawati bersama keluarga. Salah satu yang saya syorkan ialah PD Ostrich Farm yang terletak di Batu 9, Jalan Pantai .. berdekatan dengan Politeknik Port Dickson.
PD Ostrich Farm
Di sini, anak-anak boleh melihat haiwan seperti kambing, burung unta, kuda, arnab dan macam-macam lagi dengan lebih dekat .. malah boleh menyentuh dan memberi makan. Mesti anak-anak akan seronok apabila pergi ke PD Ostrich Farm ini.

Anda juga boleh mencuba kekuatan tubuh anda untuk cuba memecahkan telur burung unta atau Ostrich yang ada dipamerkan. Memang susah ... dan sangat-sangat sukar. Kalau anda berjaya, anda memang seorang yang sangat hebat ..!!

Ehh .. jangan lupa juga untuk mencabar diri menunggang sendiri burung unta di tempat ini. Ia akan menjanjikan satu pengalaman baru yang anda akan ingat sampai bila-bila ..

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Minat nak bawa keluarga terutama anak-anak melihat ikan-ikan cantik? Aha .. di Port Dickson ada satu lokasi atau tempat yang mempamerkan banyak ikan-ikan hiasan yang cantik iaitu di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini terletak di Batu 7, Jalan Teluk Kemang. Ia sebuah bangunan yang pamerkan ikan-ikan hiasan di dalam akuarium. Tempat ini dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Upside Down Art Gallery

Satu lagi tempat menarik yang boleh dikatakan agak baru di Port Dickson. Seperti kebanyakkan lokasi tumpuan pelancong di Malaysia, di Port Dickson juga ada tempat untuk merasai suasana rumah terbalik. Itulah yang anda boleh rasa di Upside Down Art Gallery yang terletak di Kampung Teluk Kemang, Jalan Pantai, Port Dickson.

Andai ke Port Dickson, nak simpan kenang-kenangan dengan bergambar unik, bolehlah ke lokasi ini. Anak-anak pasti seronok.

Alive 3D Art Gallery

Alive 3D Art Gallery
Satu lagi tempat menarik yang menjadi perhatian pelancong iaitu Alive 3D Art Gallery. Ianya terletak Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson. Satu tempat yang sesuai untuk mengambil gambar yang unik sebagai kenang-kenangan. Tak jauh pun dengan Muzium Lukut ... jadi, ia boleh menjadi alternatif terbaik apabila sudah sampai ke Lukut ni dalam jadual percutian keluarga.

Uhh banyak juga tempat-tempat menarik yang ada di Port Dickson kan? Sebenarnya ada lagi yang tidak dapat saya senaraikan memandangkan ia tak berapa sesuai untuk percutian keluarga.

Pilihan Penginapan Pelbagai

Oh mengenai penginapan di Port Dickson .. hmm sebenarnya pilihan ada banyak di sini. Tak susah pun untuk mencari hotel penginapan. Tapi kalau nak rasa penginapan yang betul-betul awesome, boleh lihat tawaran menarik yang diberikan oleh Lexis Hibiscus.

Bercuti biar berbaloi, lihat beberapa great deals at Lexis Hibiscus Port Dickson

Kalau ada sanak-saudara, kawan-kawan atau kenalan yang tak tahu nak pergi mana apabila tiba di Port Dickson, boleh kongsi artikel ini dengan mereka, atau anda bookmark sahaja post ini untuk rujukan. Manalah tahu .. anda ada perancangan untuk bercuti dengan keluarga di Port Dickson tahun ini.

Moga bermanfaat ya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement