Tempat Menarik Bukit Fraser Pahang

Bisnes di Shopee
Tempat menarik Bukit Fraser, Pahang. Anda pernah sampai ke Bukit Fraser? Saya dan famili sudah kali kedua pergi ke Bukit Fraser. Kali pertama pergi sekadar nak jenguk-jenguk dulu apa yang menarik, dan kali kedua ... adalah percutian terancang untuk berhimpun semua ahli keluarga.

Sedikit info mengenai Bukit Fraser.

Info Fraser's Hill, Pahang, Malaysia

Fraser’s Hill is a highland resort destination nestled among the mountains of Pahang, located about two hours away from Kuala Lumpur. Locally known as Bukit Fraser, this cooling holiday retreat is popular for its nature activities and cooling climate, attracting not just locals escaping the city heat, but visitors from Singapore and other international locations. It is also one of the last hill stations of Malaysia, an imprint left behind by former British colonial masters. Fraser’s Hill has its roots in the 1890s, when the tin ore trade was bustling. After a failed gold mining venture in Australia, Scottish prospector Louis James Fraser arrived to explore the remote Titiwangsa mountains of Pahang.
Tempat Menarik di Bukit Fraser, Pahang

Haaa itu sedikit sebanyak sejarah ringkaslah mengenai Bukit Fraser yang saya cedok dari sini - Fraser's Hill, Pahang, Malaysia

Saya nak kongsikan sedikit mengenai tempat menarik yang ada di Fraser's Hill ini. Walaupun setengah orang kata .. "Apa ada kat Bukit Fraser tu ... bukan macam Cameron ...."

Ok. Bagi yang belum benar-benar tahu akan apa yang ada di Bukit Fraser, sukacitalah saya nak bercerita .... sebenarnya Bukit Fraser boleh menjadi tempat percutian terbaik bersama keluarga jika anda tahu cara nak 'bercuti' .... hehehe..

Bukit Fraser boleh saya katakan satu percutian bajet kerana hampir kesemua tempat yang anda lawati boleh dilawati dengan percuma, cuma kalau kena bayar pun tak adalah mahal sangat. Dan yang dibayar cuma aktiviti yang ada di situ.
Allan's Water, Fraser's Hill, Pahang Malaysia
Salah satu sebab saya dan keluarga pergi bercuti di Fraser's Hill ialah sebab tempat ini sangat nyaman dan dingin. Jam satu petang pun masih terasa nyaman. Jika hujan di malam hari, memang berkabuslah di Bukit Fraser ini .... sejuk sampai ke sumsum tulang dibuatnya.

Tempat-Tempat Menarik di Bukit Fraser, Pahang

Tempat menarik di Bukit Fraser yang sempat saya pergi .... Monumen Bukit Fraser, Allan's Water, The Paddock, Taman Flora Bukit Fraser, Laman Golf dan beberapa lokasi menarik seperti Air Terjun Jeriau.

Allan's Water, Fraser's Hill, Pahang Malaysia
Fraser's Hill Food COurt
Fraser's Hill Food COurt
Fraser's Hill Food COurt
Tempat Menarik di Bukit Fraser, Pahang
Tempat Menarik di Bukit Fraser, Pahang
Taman Flora Bukit Fraser

Tips Bercuti Fraser's Hill

Fraser's Hill sesuai untuk mereka yang nak santai-santai tanpa fikir banyak. Di sini tempat makan mencukupi dan harga makanan adalah biasa, tak terlalu mahal dan tidak juga semurah kat tempat sendiri (tempat sayalah). Boleh saya katakan, kalau makan nasi tengahari nasi campur ... bajet dalam RM5 je seorang, in Sha Allah cukup kenyang dah.

Melainkan kalau makan kat tempat-tempat yang nampak agak eksklusif, jadi padanlah dengan reganya .. ye tak?

Nak murah makan, boleh makan di kedai makan sebelah masjid Bukit Fraser atau di Medan Selera (Food Court) yang ada. Sarapan pun boleh didapati di lokasi saya sebutkan ini. Dan ada satu kedai makan cukup fames dan pernah masuk dalam TV3...:)

Kalau honeymoon, memang saya sangat sangat syorkan ... sebab tempat ni sejuk nyaman serta tak sibuk. Ada banyak tempat yang boleh pasangan jenjalan dan merasa keseronokkan berdua-duaan.

Bagaimana kalau percutian bersama keluarga? Ok .. yang itu akan saya ceritakan kemudian nanti.



Post a Comment

50 Comments

  1. saya belum sampai lagi kat sini...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehemm .. pergilah dengan yang tersayangg .... :)

      Delete
    2. ajak kawan2 ramai2 pegi best nih ,, boleh release tension - kedaionlinemy.com

      Delete
  2. Waaa very nice. teringin nak pergi :D

    ReplyDelete
  3. Entahla belum sampai seru nk kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah pergi .... rasa kelainan dengan Cameron dan Genting.

      Delete
  4. Dekat dengan rumah saya... Dah banyak kalik ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke? Wahh beruntung tu .. mesti dah jadi pakar selok belok apa yang ada di Fraser's Hill ni ...

      Delete
  5. pegi masa bulan satu lepas..sejuk gila la malam malam..lagi sejuk dari cameron..best bagi ikan makan ..satu gambar yang takde kat sini...paddlock house (tempat tunggang kuda :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gambar tu .. tapi nak publish kat entri lain Nadia .. hehehe

      Delete
    2. lebih sejuk dari cameron? wah2 nak pegilah ke bukit fraser, thanks for info ^-^

      Delete
    3. Ya betul, memang lebih sejuk dari Cameron Highlands

      Delete
  6. pernah sampai dan sangat nyaman udaranya..

    ReplyDelete
  7. YB belum sampai lagi... akan sampai juga nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah selagi masih lagi DARA dengan pembangunan

      Delete
  8. Dah lama tak gi Fraser Hill... last sekali gi sana tahun 2000 rasanya...masa tu jalan nak naik ke sana masih lagi kena ikut jadual masa sbb jalan sehala jer.... seronok gak lepak sana ni....kena planning trip ngan wife untuk ke sana la pasni...ekekeke... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ok jalan satu hala .. jadi tak gerun sangat nak naik takut berselisih .... :)

      Delete
  9. Rasa nak honeymoon lagilah..hee. kalau musim hujan sejuk sangat dan terganggu sikit nak ronda-ronda.

    ReplyDelete
  10. Hohohoh,dah lama tak singgah bukit fraser...

    ReplyDelete
  11. nur belum pernah pergi sini lagi..sobs..sobs :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rancanglah ... best oo gi ... :)

      Delete
    2. aku dah sampai dah wow memang nyaman yang tak tahan bila malam hingga subuh sejuk sampai melipat kaki bila bercakap berasap mulut family aku berbungkus dalam selimut sampai tengahari

      Delete
  12. best nie teringin nak pegi...

    ReplyDelete
  13. Zaman muda-muda selalu pi, Paling kurang sekali setahun. last tahun 2007. Dulu nak naik atau turun sebelum kul 6 petang jer. Turun naik pun ikut turn, Jalan naik sempit. sekarang dah tak pasti macam tu lagi ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak macam tu dah .. skang ni ramai bikers naik ... sebab jalan dah jadi sehala ... turun tempat lain, tak ada curfew jalan cam dulu ... :)

      Delete
  14. Bila lah agaknya nak jejakkan kaki ke sini...memang menarik suasana ni..

    ReplyDelete
  15. aikk ade juga sticker group kitaorang kat restoran tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grup mana ehhh? Waaa mesti pelanggan setia ni ...

      Delete
  16. Saya belum sampai lagi ke sana...nak g honwymoon may be..hihi

    ReplyDelete
  17. Wahhh teringin nak pergi... walaupun dudk pahang... haha tak pernah sampai kesana..

    ReplyDelete
  18. Penginapan mcm ye. Dr segi harga, apartment atau hotel. Sbb kami pergi beramai2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari banglo, banyak ada di sana .... jika anggota kerajaan, syor menginap di RPP ... saya ada ceritakan di dalam blog ini.

      Tapi, kalau nak .. ada juga homestay di Bukit Fraser, kena pergi rikie dulu tempat tu ... saya pernah ambil no telefon homestay di sana tapi tak tahu mana simpan dah.

      Delete
  19. Bolehlah pergi ramai2 buat family gathering kat sana kan...

    ReplyDelete
  20. Agk2 brp bajet ye hasrul? kos penginapan,mkn,jln2,minyak..sng cite semua lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. kalau dari tempat saya di Penang ni .. kos tinggi sikitlah ... tapi secara kasar bawah RM1000 ... sbb penginapan saya dapat murah, yang penting sini penginapan, bab tol minyak tu, itu berkadaran ngan tempat dan cara bawa kereta.

      Makan minum sini harga biasa. Selalu suka beli sebelum naik, kat atas leh panaskan balik.

      Delete
  21. ooook .thx for info... wah..best la awk dpt penginapan murah..cer cite sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah citer, kalau tak .. klik kat pautan yang dah diberikan tu .. ada cerita detail .. :P

      Delete
  22. saya belum pernah sampai lagi. Keindahan yang amat menarik dan suasana yang damai. Betul ke?

    ReplyDelete
  23. tempat ini best.. tapi langkawi lagi best :-) sapa yang dah pergi...pasti nak datang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkawi best kalau ada banyak duit ... hahahaa... tapi memang best sbb ada banyak aktiviti leh buat walaupun tempat tu agak panas ... :P

      Delete
  24. Kerja berjalan ja bang Hasrul Hassan. Saya dah pernah pegi 2 kali gak. Pepagi nak mandi perghhh kebetulan air panas rosak.

    ReplyDelete
  25. Salam,
    Bole saya tau bagaimana penginapan di sana? kene book awal or bole walk in? saudara g sana aritu menginap kat mane ye?

    plan nk g ngan family ujung bln ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh walk-in. Penginapan ada banyak tapi kena pandai cari. Saya pergi dengan famili booking rumah penginapan persekutuan, cuba gunakan SEARCH dalam blog ni ada cerita pasal penginapan saya.

      Delete
  26. Jln ok x ke sane?mksd sy jln x blubang atau rosak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Boleh lagi memecut naik ke atas tanpa ada masalah sangat, cuma kena hati2 takut ada pokok tumbang atau tanah runtuh. In Sha Allah, tak ada apa.

      Delete
  27. muntah koi pegi sini.. memusing taliperut

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.