Yeay... akhirnya kami sampai juga ke Port Dickson. Lama betul kami tak bercuti ke Port Dickson ni. Kami sedar bila belek gambar-gambar lama yang ada dalam Photobook yang dah isteri saya buat. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk pergi ke Port Dickson bersama dengan keluarga ipar yang ada rumah percutian di Port Dickson.

Antara tempat pertama kami singgah adalah Port Dickson's Waterfront. Isteri dan anak-anak tak pernah lagi ke sini, jadi saya bawalah mereka tengok apa yang ada di Waterfront Port Dickson (PD Waterfront) ini. Lagipun, abang isteri saya yang cadangkan ke sini sementara menunggu mereka sampai.

Najmi Seronok 'Main' Belon Buih di PD Waterfront

PD Waterfront
PD Waterfront sebenarnya satu projek pembangunan pesisir pantai di Port Dickson. Ia merupakan satu projek hartanah yang dibangunkan oleh TSR Ocean Park Sdn Bhd.

Ok. Apa yang ada di PD Waterfront ini?

Ada kawasan rekreasi. Ada spot untuk memancing.. dan banyak tempat makan. Tapi tempat makan di PD Waterfront ini lebih kepada restoran makanan segera.

Sesuai ke sini pada waktu petang sebab ramai orang yang berkumpul. Ada yang bersantai, ada yang saja lepak-lepak menikmati angin laut.

Najmi, anak saya paling bongsu memang seronok la ke sini sebab boleh jejak tanah dan merasa lepas bebas. Tapi awas ehh ..  ada kawasan di PD Waterfront ini yang tak berapa selamat. Jadi, kena waspada dan awasi pergerakan anak.

Semasa kami sampai, ada pakcik tu jual belon buih.

Sewa.

Tapi kami tak sewa...hehe.

Tumpang main je belon buih orang lain .. ..

Najmi cukup seronok.

Beberapa gelagat Najmi bila pakcik jual belon buih buat demo .. hehe.
PD Waterfront


PD Waterfront

PD Waterfront
Port Dickson ada banyak lokasi dan tempat menarik lain selain daripada PD Waterfront ini. In Sha Allah, saya akan kongsikan lagi kisah percutian saya sekeluarga ini di lain post.

[Dah Baca?] Kadar Sewa Murah Rumah Peranginan Untuk Kakitangan Awam

Teruskan membaca post-post lain ye, manalah tahu ia dapat memberikan idea percutian anda yang akan datang. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement