Kadar sewa penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan adalah merupakan satu kemudahan untuk kakitangan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan penginapan di kawasan peranginan terpilih di Malaysia dengan kadar mampu bayar dan berbaloi. Kadar sewa ini bergantung dengan jenis penginapan samada sebuah banglo, bilik dalam banglo, bilik hotel, atau apartment.

Ianya diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri. Tempahan untuk penginapan ini boleh dilakukan secara online di portal SBBPH. Saya ada sediakan tutorial ringkas untuk melakukan tempahan ini menerusi blog post ini - Cara Tempah Rumah Peranginan Persekutuan
RPP Tasik Kenyir

Kategori Rumah Penginapan Persekutuan

Terdapat 3 kategori rumah penginapan yang disediakan:
  1. Rumah Peranginan Persekutuan Premier
  2. Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif
  3. Rumah Transit
Setiap kategori ini dibuka untuk gred perjawatan tertentu sahaja, iaitu bermula dari Gred 48. Mereka yang merupakan kakitangan awam Persekutuan, Negeri dan Badan Berkanun boleh memohon untuk menginap. Begitu juga dengan pesara kerajaan dengan syarat memiliki Kad Pesara.

Saya nak kongsikan mengenai kadar sewa untuk penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan yang selalunya menjadi tumpuan saya dan isteri setiap kali mahu pergi bercuti di tempat-tempat menarik seperti di Langkawi, Penang, Port Dickson, Morib, Cameron Highlands, Bukit Fraser dan juga Tasik Kenyir.
RPP Langkawi
Destinasi yang selalunya popular adalah di Langkawi, Port Dickson, Morib, dan Cameron Highlands. Selalu sahaja penuh. Baru-baru ini destinasi seperti RPP Port Dickson Tanjung Tuan kurang sambutan bila ada rumour mengatakan rumah peranginan tersebut berhantu, samalah juga dengan RPP Fraser... :)

Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Premier

Kadar Sewa Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan
Kadar Sewa Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan

Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif

Kadar Sewa Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan
Kadar Sewa Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan
Boleh baca cerita saya mengenai penginapan di RPP ini di entri-entri berikut:
  1. RPP Langkawi Federal Villa - Banglo Mengadap Laut
  2. Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir 
  3. Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Buit Fraser
  4. Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Langkawi 
  5. Berkayak di Tasik Kenyir
  6. Tempat Menarik di Bukit Fraser Pahang
RPP Bukit Fraser
Dan tengok senarai harga sewaan tu? Murah kan? Dan la murah, tempat penginapan memang selesa, dan rasanya tidak keterlaluan saya katakan bahawa ia menyamai hotel penginapan 4-5 bintang!.

Sedikit Tips

Cuma satu sahaja, jika anda sebagai kakitangan awam nak menginap, pastikan anda menginap dengan mengikut peraturan yang diberikan. Jangan sesekali rosakkan alatan yang ada, dan jaga kebersihan setiap penginapan ini. Ini adalah kerana anda mungkin kena blacklisted, dan akan sukar untuk mendapatkan tempahan di Rumah Peranginan Persekutuan ini.

Untuk lebih tips bagaimana nak dapat tempahan menginap di RPP ... boleh baca post terkini saya di sini - 11 Tips Untuk Dapat Booking Rumah Peranginan Persekutuan


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement