Kompleks Nasyrul Quran. Kompleks ini terletak di Presint 14 Putrajaya. Baru-baru ini, saya sekeluarga telah pergi ke kompleks ini semasa singgah di Putrajaya sebelum bercuti ke Port Dickson. Kompleks ini yang menghimpun pelbagai nashkah mushaf Al Quran seluruh dunia turut merupakan tempat kajian, pameran selain percetakan Al Quran.

Nasyrul Quran Putrajaya merupakan kompleks percetakan Al Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan Al Quran Raja Fahd di Madinah.

Gambar Semasa Lawatan Nasyrul Quran Putrajaya

Gambar Semasa Lawatan Nasyrul Quran Putrajaya
Anda nak tahu apa yang ada dalam kompleks Nasyrul Quran ini?

Saya kongsikan beberapa gambar dalam kompleks ini, terutama di bahagian dewan pameran Kompleks Nasyrul Quran.

Bahagian Galeri Mushaf Antarabangsa

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Jika anda bersama kumpulan tertentu atau mengikuti kumpulan tertentu, akan ada seorang jurupandu yang akan memberi penerangan pada setiap bahagian ruang di kompleks Nasyrul Quran ini.

Jadi, anda bukan sekadar akan melihat pelbagai naskah Al Quran mushaf antarabangsa, tetapi juga akan mengetahui sedikit sebanyak asal-usul setiap mushaf dipamerkan.

Gambar Mushaf-Mushaf Antarabangsa

Al Quran Cetakan Darul Khair dari Lebanon

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya

Al Quran Mushaf Iran

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya

Al Quran Mushaf Sundawi

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya

 Al Quran Mushaf Inggeris

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya

 Al Quran Mushaf Russia

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya

Al-Quran Mushaf Alif India

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Gambar di bawah adalah naskah Al Quran mushaf Iran yang ada terjemahan di bawahnya dalam bahasa Parsi.
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya

Al Quran Mushaf Jerman

Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Di ruangan galeri mushaf antarabangsa, ada juga beberapa pameran seni khat yang indah dan cantik-cantik belaka. Seninya sungguh halus dan mempesonakan.

Untuk info, kalau nak lihat seni khat cantik yang melibatkan pelukis dan pengukir khat dari Yayasan Restu Nasyrul Quran ini boleh lihat di Hotel Muzaffar, Melaka dan juga Masjid Terapung Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor.

Aha .. nak tahu kenapa masjid itu digelar Masjid SERIBU SELAWAT? Tonton video di akhir post ini ya.
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Di bawah ini adalah antara ruang jualan pelbagai produk Al Quran selain dari kedai Restu yang ada bersebelahan dengan galeri Mushaf Malaysia.
Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya
Alami sendiri apa yang ada di Nasyrul Quran Putrajaya ini. In Sha Allah, di lain post saya akan kongsikan beberapa gambar galeri Mushaf Malaysia yang diusahakan oleh Yayasan Restu dan Nasyrul Quran ini.

Anda mesti kagum dengan ciri-ciri menarik dan unik pada Mushaf Malaysia.

Lagi gambar boleh dilihat menerusi post terdahulu ini - Lihat Cara Mushaf Al Quran Disalin dan Dicetak di Nasyrul Quran

Oh ya, tadi saya ada beritahu nak kongsikan mengenai Masjid 1000 Selawat kan? Ni video disediakan oleh AnakPerak.com

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ada cakap kalau nak masuk kesana kena buat temujanji dulu. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temujanji lebih bagus. Ia beri peluang untuk anda dapatkan JURU IRING yang akan terangkan segala proses cetakan al quran, apa yang ada di galeri, nak pergi mana dulu, pastu 'pass' nak masuk ke dewan penerangan.

      Kalau datang sendiri, kena join dengan mana-mana group yang ada - tapi kena tebalkan muka la.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement