Merasa Nasi Ayam Mafia by Chef Joe at The Dangau. Semasa on the way ke Port Dickson untuk bercuti baru-baru ini, saya sekeluarga telah singgah makan tengahari di sebuah kedai di tepi jalan area Sepang. Waktu itu, saya tak sedar pun kedai makan yang disinggahi itu pernah viral dengan menu nasi ayam yang dijenamakan menjadi Nasi Ayam Mafia.

Ia tak disengajakan. Kedai makan ini yang agak tersorok dari jalan besar (jalan lama) dari Putrajaya - Sepang untuk ke Port Dickson rupanya kedai makan yang popular dengan nasi ayam serta cendol.

Merasa Menjamu Selera di Nasi Ayam Kampung Mafia, Sepang

Chef Joe Nasi Ayam Kampung Mafia
Waktu tu hujan. Memang perut dalam kelaparan. Selepas tamat lawatan singkat kami ke Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya, saya terus ambil keputusan untuk ikut jalan lama menuju ke Port Dickson.

Semasa on the way itulah, saya ternampak banner gambar ayam jantan. Ia terletak berdekatan dengan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Bila nampak je, saya terus 'tangkap' .. "Ni mesti kedai makan nasi ayam".

Nasi Ayam .. menu simple yang mengenyangkan. Anak-anak saya semua suka. Tak susah nak pilih-pilih menu dah.

Bila dah masuk ke kedai, baru perasan yang kedai makan nasi ayam kami singgah ini adalah milik Chef Joe at The Dangau.

Nasi Ayam Kampung Mafia Menu Istimewa

Nasi Ayam Kampung Mafia Menu Istimewa


Menu istimewa kedai makan ni ialah Nasi Ayam Kampung Mafia. Tapi, kami tak pilih menu istimewa tu .. al maklumlah, kena bajet sikit untuk bercuti ke Port Dickson. Jadi, kami pesan menu downgrade sikit .. hehe .. iaitu Nasi Ayam Mafia (spt dalam gambar di atas).

[Dah Baca?] 12 Sebab Kenapa Nasi Kukus Ayam Berempah Faizal Jadi Pilihan Makan Malam di Parit Buntar

Restoran ini bukan sekadar menyajikan nasi ayam semata. Ada menu lain ...

Menu Menarik Lain di Nasi Ayam Mafia Sepang

Ni beberapa menu yang ada di kedai makan Nasi Ayam Mafia, Chef Joe at the Dangau ni. Hmm harga pun boleh tahan kan kan? Hehehe.....
Menu Menarik Lain di Nasi Ayam Mafia Sepang
Menu Menarik Lain di Nasi Ayam Mafia Sepang
Nasi ayam di sini memang tak mengecewakan la. Tapi anak-anak saya makan tak berapa nak habis. Jadi, sebagai warga prihatin dengan pembaziran makanan di Malaysia, saya terpaksalah menjadi 'tong sampahnya' ...huhu.

Itu sebab saya tak masukkan gambar kami makan Nasi Ayam Mafia ni... huhu.

Selain menu unik yang ada di sini, satu lagi tarikan di sini ialah ada banyak ayam-ayam dan itik lepas bebas. Dan menariknya, setiap ayam di situ ada namanya tersendiri.

Anak bongsu saya, si Najmi cukup seronok dapat tengok ayam-ayam ni. Jenuh nak kekang bila Najmi dok berlari nak kejar ayam.

Suasana di kedai makan ini juga agak nyaman, mungkin sebab hujan gerimis ketika kami singgah makan di situ. Terasa macam berada di kampung, siap ada kokokan ayam, dan bunyi angsa dan ayam Piru.

Kalau anda ikut jalan lama untuk ke Port Dickson, in Sha Allah akan lalu jalan ini. Ia berada betul-betul dekat selekoh, di kawasan berhampiran Bandar Baru Salak Tinggi. Rasanya dalam Waze dan Google Map dah ada dah lokasi serta peta ke sini.


[Dah Baca?] PD Waterfront, Tempat Santai Waktu Petang Bersama Keluarga

Kenyang je, kami terus ke Port Dickson, dan tempat pertama kami singgah dalam percutian kali ini adalah Muzium Tentera Darat Port Dickson.

In Sha Allah, saya akan kongsikan cerita berserta gambar terkini Muzium Tentera Darat ini dalam post yang akan datang.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement