Lagi tips berkaitan Adsense. Saya harap anda tak jemu nak membaca dan timba sedikit sebanyak ilmu berkaitan Google Adsense ni. Sebelum ini, saya dah bercerita tentang beberapa perkara mengenai Adsense, paling mendapat perhatian ialah mengenai cara nak block iklan yang nampak lucah pada pandangan kita.

Adsense adalah antara cara blogger seluruh dunia mendapat income menerusi blog. Sejak Adsense dibolehkan untuk blog berbahasa Melayu, maka makin ramailah pemilik blog berbahasa Melayu yang dah apply akaun Adsense ini.

Insufficient Content - Penyebab Permohonan Adsense Tak Lepas

Walaupun cara nak apply Adsense sudah dipermudahkan untuk blog berbahasa Melayu, namun masih ada ramai rakan blogger yang gagal mendapat kelulusan (approve) daripada pihak Adsense.

Ada banyak faktor dan sebab.

Antara yang paling sering diterima mereka yang memohon Google Adsense adalah berkaitan insufficient content.

Saya translate - kandungan tidak mencukupi.

Buat mereka yang mohon dan dapat email daripada Adsense mengatakan sebab penolakan permohonan adalah kerana insufficient content, ini bermakna ada sesuatu tidak kena pada paparan blog anda.


Ok.

Pihak Adsense akan buat review berdasarkan kepada URL yang anda berikan kepada mereka semasa pendaftaran. Contohnya - www.hasrulhassan.com

Apabila mereka masuk ke blog, mereka akan lihat paparan menerusi url tersebut. Mereka mahu lihat paparan tersebut dipenuhi dengan lebih banyak teks daripada imej.
Your pages need to have enough text on them for our specialists to review and for our crawler to be able to determine what your pages are about.

Kekurangan teks ini akan menyebabkan pihak Adsense terutama robot gelintaran tak dapat nak kenalpasti kata kunci yang sesuai untuk perletakkan iklan. Paparan utama mesti dan wajib perlu paparkan lebih banyak teks.

Jika anda mohon, dan blog anda ada banyak imej daripada teks, ia akan jadi penyebab utama permohonan Adsense ditolak.

Misalnya, blog anda ada letak widget Instagram, letak widget popular post dengan ada paparan gambar, letak gambar profile anda yang kacak atau jelita, letakkan widget follower .. semua ini menyumbang kepada paparan imej yang lebih banyak daripada teks.
Tips penting - banyakkan paparan teks!

Ok.

Lepas tu, jangan semata letakkan indeks atau hanya paparan tajuk post sahaja di paparan utama tu. Kalau boleh, letakkan deskripsi atau sinopsis berkaitan tajuk post. Wujudkan satu perenggan (paling minima).

Blog anda mesti berfungsi sepenuhnya ketika memohon Adsense ni. Lengkap semuanya. Struktur navigasi mesti ada. Menu lengkap. Macam label untuk setiap post kena letak.

[Dah Baca?] Raja Adsense Revive - Panduan Terbaik Jana Income USD Dengan Blog

Cara Paling Mudah Nak Lepasi 'Insufficient Content'

Kalau anda tanya saya, cara paling mudah untuk blog anda diluluskan permohonan Adsense ini ialah ....

Gunakan template blog yang disediakan oleh Blogger. Gunakan pada blog anda dengan tujuan mendapatkan kelulusan akaun Adsense penuh.

Takpe. Awal-awal ni blog anda mungkin nampak tak berapa cantik, atau anda tak berapa nak suka dengan paparannya ...rileks... biarkan dulu.

Bila dah dapat akaun Adsense nanti, anda gunalah apa-apa template blog ...

[Baca Juga] 7 Sebab Permohonan Adsense Blog Bahasa Melayu Ditolak

Adsense ni, masa nak memohon mungkin ada beberapa kekangan .. tapi tak ada masalah nak apply kalau kita tahu terma, syarat dan polisi yang diberikan. Ikut je polisi, in Sha Allah, senang nak mohon akaun Adsense penuh.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tips yg sangat membantu... TQ Bro HH

    BalasPadam
  2. Ye betul tu, Saya masih menunggu untuk lulus ni huhuhu..
    Tak tahulah apa yang dia nak review blog saya tu, sampai sekarang tak lulus-lulus, ke saya ada silap agaknya masa daftar.
    Tapi dah semak, semuanya betul... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhhh dah berapa lama mohon ni? Mesti terlepas pandang sesuatu tu. Tapi dulu pun saya on off gak dgn Adsense ni ..

      Padam
  3. nak try lagilah apply... kot2 kali ni approve...

    BalasPadam
  4. ms sy mohon dulu, mujur mudah. sekali mohon dah lulus. tp ms tu syarat blog x boleh bahasa melayu jd buat guna blog bahasa inggeris. sy ingat skang dh senang rupanya msih ada kekangan juga ya. apa pun good luck pada yg nak mohon adsense.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masa mula2 apply dulu guna blog bahasa rojak .. haha .. campur2 .. lepas pula tu. Alhamdulillah.

      Padam
  5. Saya pun tengah cuba juga, tapi tak lulus pun lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca panduan atau tips diberikan Adsense menerusi email tu. Kalau ikut satu persatu dan reapply balik, in Sha Allah boleh lulus.

      Padam
  6. Saya dah buat tapi tidak lulus bagaimana cara dia yee.. Sila lah dtg ke blog saya.. Https://akuman85.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Artikel yang sangat berguna sekali.

    Blog saya juga banyak membahas tips tentang Google AdSense.
    Boleh cuba kunjung blog saya, mungkin kita bisa sharing tips.
    Jika ingin republish, harap sematkan url.

    BalasPadam
  8. saya baru nak memohon tahun ini. terima kasih tips nya tuan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement