Nak tahu cara blocked iklan Adsense yang tak sesuai? Ok. Bukan semua iklan itu bagus untuk dipaparkan dalam blog kita. Ada sesetengah platform pengiklanan online ni main langgar je semua. Namun, ada juga platform yang sangat strict seperti Innity yang hanya benarkan iklan-iklan murni sahaja dipaparkan di dalam blog.

Adsense pun, kalau diikutkan hanya akan paparkan iklan yang elok sahaja. Namun begitu, sebagai blogger yang gunakan servis Adsense untuk papar iklan di blog, tak boleh tidak, kena akui yang robot Adsense bukannya bijak sangat.

Cara Nak Halang Iklan Adsense Yang Tak Sesuai Dipaparkan



Adsense menggunakan pengalaman pengunjung atau pengguna internet untuk paparkan iklan di blog. Ia juga menggunakan kata kunci terbanyak di dalam blog atau kandungan tertentu untuk paparkan iklan yang sesuai.

Targetnya adalah pembaca blog anda.

Bagaimana Iklan Adsense Dipaparkan di Blog Anda?

Cara kerja Adsense paparkan iklan macam ni ...

Individu A nak beli kereta Nissan Serena. Dia pun masuklah ke laman web rasmi Nissan. Tengok spesifikasi dan tengok harga. Dia tak puas hati, lalu Google nak tahu ciri menarik tentang Serena ni.

Nasib dia baik, dia nampak ada satu blog ni dok cerita pasal ciri-ciri Nissan Serena selepas pandu uji.

A tu masuk blog ini ....

Apa yang dia nampak?

Selain baca review pasal Nissan Serena tu, dia juga nampak beberapa iklan dari Adsense yang cuba 'memancing' si A untuk klik. Aha .. iklan pasal kereta.
Cara Iklan Adsense dipaparkan Dalam Sesebuah Blog
Ok. Itu antara cara Adsense bekerja.

Satu lagi ialah menerusi kata kunci atau keyword yang ada dalam sesebuah kandungan blog post. Macam kita tulis blog post pasal kerja kosong, jadi Adsense akan paparkan iklan-iklan berkaitan peluang jana pendapatan dan kerja kosong.

Secara amnya, kitalah yang akan kontrol iklan Adsense apa yang akan dipaparkan di blog kita dengan dua prinsip asas ini.

Namun begitu. Adsense bukanlah bijak sangat.

Seperti manusia, Adsense juga boleh ditipu.

Pengiklan kadangkala menggunakan kata kunci trik khusus untuk paparkan iklan mereka walaupun iklan tersebut tak ada sangkut-paut dengan kata-kunci carian atau isi kandungan sesebuah blog.

Ia juga cara mereka nak tempatkan iklan mereka dengan kos rendah (cpc rendah) di blog atau laman web yang ada trafik tinggi. Aha .. kalau nak belajar cara ni, boleh gunakan PANDUAN INI.

Sekarang, kita berbalik pada tajuk .. ada 3 cara yang saya nak tunjukkan kepada anda, tentang bagaimana nak block iklan Adsense yang tak berapa sesuai dipaparkan.

3 Cara Block Iklan Adsense di Blog Sendiri

Kadang tu, iklan yang keluar adalah iklan tak senonoh. Iklan Adsense yang tak sesuai dengan pembaca blog kita. Iklan Adsense yang tak sesuai dengan niche blog kita.

Kan saya kata, robot Adsense boleh ditipu. Lain kita cerita, iklan Adsense lucah pula yang keluar. Aiyakkk .... kan tak berapa syok?

Ada beberapa cara.

Tapi cara yang nak saya kongsikan ini lebih kepada pemilik akaun Adsense (pemilik blog/laman web). Kalau pembaca blog, ada caranya juga .. tu nanti saya cerita.

Sebelum tu, pertama sekali anda perlu login ke ruangan dashboard Adsense anda. Terus ke sini - https://www.adsense.com

Cara Pertama - Blocked URL Pengiklan

Anda kenalpasti URL iklan yang tak senonoh tu. Biasanya ia akan dipaparkan di bawah iklan Adsense tersebut. Jangan anda klik iklan tersebut untuk tahu URL iklan tu, karang tak pasal-pasal akaun Adsense kena banned.

Bila dah kenal-pasti URL iklan, masuk ke dashboard Adsense, pergi ke 'Allow & block ads' pastu pergi ke bahagian 'All my sites'. Anda juga boleh block certain iklan hanya untuk blog tertentu milik anda.
Masukkan URL iklan tersebut di bahagian tab 'Advertiser URLS'. Lepas tu klik 'Block URLs'. Jadi, semua iklan dari URL tersebut tidak akan muncul di blog anda selagi fungsi ini diaktifkan.

Saya ada ceritakan sebelum ini di sini - Cara Sekat Iklan Adsense Berunsur Lucah

Cara Kedua - Ad Review Centre

Pergi ke bahagian 'Ad review centre' di dashboard Adsense anda. Di situ akan senaraikan semua paparan iklan yang sedang dikhaskan untuk blog anda. Anda juga boleh tengok untuk keseluruhan atau hanya lihat untuk blog tertentu milik anda.
Anda lihat ada iklan yang seolah tidak berapa sesuai untuk dipaparkan di blog anda, contohnya macam iklan di bawah ini. Iklan ini saya rasakan tidak sesuai, lalu apa yang saya buat ialah .. klik bahagian 'FIND RELATED ADS'.
Bila klik sahaja bahagian tersebut, semua jenis iklan berkaitan dengan niche/kata kunci sama akan keluar. Lihat contoh di bawah ini, ada 37 iklan seumpamanya dipaparkan.

Lalu saya klik butang merah di atas semua paparan tu iaitu 'Block All'. Jadi, semua iklan tersebut tidak akan keluar lagi di blog saya.

Cara Ketiga - Gunakan Kata Kunci Tertentu

Masih lagi di bahagian 'Ad review centre'. Kali ini, anda masukkan kata kunci tertentu ... contohnya "kemaluan". Kata kunci ni dimasukkan di bahagian filter ads.

Ia kemudian akan paparkan semua iklan yang ada kaitan dengan kata kunci tersebut, dan anda boleh block semua iklan yang dirasakan tidak sesuai dipaparkan.

Jika kurang jelas, boleh ikuti tutorialnya oleh rakan blogger saya di sini - https://saidila.com/cara-blocked-iklan-lucah-di-google-adsense/

Orait.

Tu 3 cara yang biasa dibuat sebagai seorang publisher di Google Adsense. Ada lagi beberapa kaedah untuk anda block jenis-jenis iklan Adsense ini.

Video - Blocking Option for Adsense Publisher

Cuba tonton video di bawah disediakan oleh tim Google Adsense sendiri.


Jelas? Adakah video di atas membantu.

Jika tak jelas juga, nak lebih detail untuk pastikan hanya iklan yang sesuai dengan niche blog anda sahaja dipaparkan oleh Adsense, boleh terus rujuk di SINI.

Saya harap sedikit sebanyak post ini membantu rakan-rakan blogger yang kurang senang dengan beberapa paparan iklan Adsense. Ya, kadangkala iklan yang terpapar akan mengganggu ... terutama dari segi penggunaan ayatnya yang ntah apa-apa.

Maka, untuk jaga keharmonian dan untuk elakkan dari pengunjung lain melihat iklan-iklan yang kurang murni, baik ambil tindakan untuk block iklan yang tak sesuai.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tqq for sharing. lama dah geram dgn benda2 gini. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik. Kalau ada apa2 nak tanya pasal Adsense.. bolehlah PM saya di FB atau gunakan Looket.me/hasrulhassan tu ye

      Padam
  2. Baru buat juga... Tapi ada juga kadang iklan baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena usaha untuk pastikan blog bebas paparkan iklan yang baik untuk pengunjung blog kita.

      Padam
  3. good tips HH, bila kita menjana wang dari iklan di blog ni banyak perkara yang harus kita ambil berat juga kan..

    BalasPadam
  4. Good info... X rela tengok iklan ubat kuat bersepah kat blog... haha!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement