Alhamdulillah. Sebelum ini, agak sukar untuk mendaftarkan dan mendapatkan akaun Google Adsense disebabkan oleh kekangan bahasa. Namun, mulai 2 April 2015 pihak Google Adsense telah mengumumkan bahawa platform pengiklanan itu telah mula menerima kandungan di dalam bahasa Melayu (Malay).
Google Adsense Kini Menyokong Blog Bahasa Melayu
Ini bermakna, anda boleh memohon mendapatkan akaun platform pengiklanan ini menggunakan blog berbahasa Melayu.Sebelum ini, saya ada kongsikan cara-cara dan tips untuk mendapatkan akaun Google Adsense penuh menggunakan teknik tertentu. Tetapi, dengan adanya pengumuman dari Google ini, bermakna teknik itu sudah tidak boleh dipakai lagi. Sebagai blogger, anda kini boleh terus melakukan pendaftaran di laman web Google Adsense dan menggunakan blog berbahasa Melayu anda sebagai rujukan untuk pengaktifan.

Cara Daftar Akaun Adsense Untuk Blogger Blogspot
Tatacaranya sangat mudah.- Anda perlu ke laman web Google Adsense (klik)
- Buat pendaftaran dengan mengisi butiran yang diminta. Isikan URL blog anda di ruangan blog.
- Tunggu approve dari pihak Google Adsense, selalunya ia mengambil masa dalam 7 hari.
- Apabila dah approve, masuk ke akaun Google Adsense, dan pilih banner yang sesuai untuk diletakkan di dalam blog.
- Copy-paste kod HTML banner tersebut ke dalam blog anda.
- Iklan akan mula terpapar beberapa puluh minit atau beberapa jam selepas ia diletakkan.
Setelah mempunyai akaun Google Adsense, pastikan blog anda tidak menyalahi terma dan syarat pengiklanan daripada mereka.
Antaranya ialah:
- Kandungan dan entri blog mestilah original dan unik.
- Elakkan meletakkan iFrame di dalam entri blog.
- Elakkan menulis sesuatu bersifat perkauman, lucah.
- Pastikan anda menggunakan gambar milik anda di dalam entri.

dah lama nak cuba adsense kat blog tapi kena sekat selalu . boleh la cuba pasni
ReplyDeleteHarapnya dah dapat gunakan Adsense kat blog ...
Deletesinggah sini . nice tips :)
ReplyDeleteDapat emel dari Google Adsense unsupported language jugak, tapi menarik dari Tuan Muda Azuan kongsi di FB... boleh cuba yang ni kot :)
ReplyDelete"bro, kasi tunggu dulu, Google baru jer update polisi bab bahasa tu, mungkin bahagian TEAM REVIEW ni belum lagi tahu dengan info bahasa malay dah di support, so lebih baik kasi lama siikit atau sebulan lepas ni baru apply balik"
Ada yang apply terus dapat dalam masa 48 jam .. saya nyer blog ini reapply unbanned, 24 jam terus boleh gunakan.
DeletePernadaftarh daftar, tapi x approve..
ReplyDeletePernadaftarh daftar, tapi x approve..
ReplyDeleteBro HH, saya cuba daftar tapi domain x available ( This URL is not available for signing up for AdSense) kenapa yer?
ReplyDeletememang lma dah tunggu google adsense ni boleh guna blog bahasa melayu
ReplyDeletewah..best.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. berita baik buat bloggers Malaysia.. dengan ini dapat memartabatkan BM dan berblogging dalam bahasa Melayu denga lebih semangat
ReplyDeleteMacam mana pula kalau kita kongsi youtube video dalam entri blog. Skrg ni code baru video youtube menggunakan iFrame. Mohon pencerahan.
ReplyDeleteSetakat penggunaan yang saya buat dalam blog, tak ada masalah.
DeleteWow satu berita yang sangat baik :)
ReplyDeleteWow satu berita yang sangat baik :)
ReplyDeletemoga banyak blog niche yang akan muncul supaya senang sikit aku nak main Adwords..hehee
ReplyDeleteYeah, Retargeting ... :)
DeleteHH klu entry yg lama2 ade iframe sbb letak vid utube or google map dlm entry nk kene delete ke? or biarkan je entry baru br make sure x de iframe??? cmne erk tips nk letak vid or google map without iframe?? hope sgt HH sudi jwb
ReplyDeleteWah tahniah tuan, sememangnye sejak sekalian lama, tuan memang layak utk GA kerani trafik ke blog tuan adalah luar biasa..tahniah sekali lagi tuan HH.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki saya tahun ini ..
Deletepatutlah dah terpapar GA kat blog HH ni...thorbaikk...
ReplyDeleteTapi sayang, akaun google adsense saya dah lama kena banned tanpa alasan munasabah dari pihak google..
ReplyDeleteKena rajin bertanya dan masuk forum, nanti leh settle la tu ..
Deletemaaf.sy x fhm mksd iframe tu..?apakah
ReplyDeleteKalau ada kod dalam blog kita tulis iFrame .. jadi tak bolehlah, kecuali untuk ruangan komen sbb komen Google tak gelintar
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**