Tarikh gaji untuk bulan Julai 2018 bagi kakitangan awam diawalkan pada 18 Julai. Desas-desus pembayaran dan kemasukan gaji awal bulan Julai untuk kakitangan awam rupanya benar setelah pihak kerajaan, dari Jabatan Akauntan Negara mengeluarkan pekeliling rasminya pada hari ini 26 Jun 2018.

Saya sebenarnya dah dapat tahu bahawa kakitangan awam di Malaysia bakal mendapat gaji lebih awal untuk bulan Julai 2018 semasa Hari Raya baru-baru ini. Al maklumlah, saya ada kenalan yang bekerja menguruskan gaji ni .. hehe.

Tarikh Gaji Kakitangan Awam Bulan Julai 2018 Diawalkan Pada 18 Julai

Gaji Kakitangan Awam Bulan Julai 2018
Gaji untuk bulan Julai 2018, seperti terkandung dalam jadual rasmi pembayaran gaji kakitangan awam asalnya adalah pada 25 Julai. Namun, memandangkan gaji bulan Jun telah dibayar lebih awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, ada lompong jarak hari yang agak panjang sebelum pembayaran gaji seterusnya.

Ini membuatkan pihak kerajaan mengambil keputusan untuk mengawalkan pembayaran gaji untuk bulan Julai 2018 kepada semua kakitangan awam Malaysia.
Tarikh Gaji Julai 2018 Kakitangan Awam Diawalkan 18 Julai
Menerusi surat pekeliling yang telah diedarkan kepada semua jabatan kerajaan Persekutuan itu,
kerajaan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran gaji bulan Julai tahun 2018 dipinda daripada 25 Julai 2018 (Rabu) kepada 18 Julai 2018 (Rabu).

Pun begitu, pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2017 rujukan ANM(T)81/10/6/10(35) bertarikh 22 Disember 2017.

Pekeliling Gaji Bulan Julai 2018


Pekeliling Tarikh Gaji Kakitangan Awam Bulan Julai 2018 Baharu


Pekeliling rasmi berkaitan pembayaran awal gaji untuk bulan Julai 2018 kakitangan awam Persekutuan Malaysia boleh dimuat-turun di SINI.

Semoga rakan pembaca yang terdiri dari kakitangan awam tu bolehlah tersenyum lega, al maklumlah dah berbelanja besar dek kerana kadar sifar GST yang diumumkan kerajaan sebelum ini ... hehe.

Tempoh Jarak Pembayaran Gaji Agak Panjang

Jika dihitung, memang jarak gaji kakitangan awam antara bulan Jun dengan Julai 2018 agak panjang, melebihi 40 hari kalau tak silap saya. Lama tu. Siapa yang kerja kerajaan taulah bagaimana peritnya tu .. dah la duit gaji sebelum ni berhabis untuk persiapan hari raya.

Alhamdulillah. Prihatin juga Kerajaan Persekutuan yang baru ni ye.

Hmm ... tapi ada sesetengah penjawat awam tu agak bijak, bila tiba masa yang boleh dikatakan darurat kewangan ini, mereka masih boleh tersenyum tanpa rasa terbeban atau masalah. Mungkin kerana mereka amalkan perancangan kewangan yang baik, contohnya seperti menabung dan menyimpan.

[Dah Baca?] Cara Daftar myASNB Menerusi 10 Langkah - Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan

Ada tu yang ambil peluang untuk keluarkan keuntungan dari pelaburan saham ... untuk digunakan sebagai belanja hari raya, jadi bab gaji tu taklah dicekuh sangat. Bijak tak mereka?

Senyum-senyum dah. Ok, buat rakan pembaca .. saya nak minta untuk tolong LIKE FB Page blog ini di SINI. Satu liker dari anda sangat bermakna untuk blog ini terus hidup. Boleh tak? ... Terima kasih ya.

p.s: Gaji bulan Ogos 2018 juga awal, iaitu pada 14hb disebabkan Hari Raya AidilAdha yang disambut pada 22 Ogos 2018.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kan better kerajaan bayar 2 kali... 18 separuh, then 25 tu separuh... haaaaa... xdela kempunan pulak penjawat awam nak tunggu bulan ogos tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bamm ... Ogos bayar awal ... 14 Hb sempena hari raya haji

      Padam
  2. Elok la dipinda, SA bukan kakitangan awam, tapi adik SA yang bongsu dah mula mengeluh sebab baru je lepas beraya kan..dengan balik perlis lagi rumah mertua..kalau dipercepatkan dah kira bagus, membantu juga..jarak kalau x tukar tarikh agak lama...

    BalasPadam
  3. memang banyak guna duit sikit time raya ni. nasib gaji awal hehehe

    BalasPadam
  4. Lama tak Ziarah Blog. Salam ziarah tuan...

    15 CARA MENGENALI GEJALA KEMURUNGAN dan Atasi Kemurungan Melampau Dengan Bekam & B'Young Gold.

    Layari link

    http://www.imanbekam.com/2018/06/15-cara-mengenali-gejala-kemurungan.html

    BalasPadam
  5. lama juga nak tunggu gaji nie..

    pilihan terbaik dapatkan pelbagai income agar tak harap sangat gaji tetap..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement