Cara Daftar myASNB Menerusi 10 Langkah - Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan

Kongsi:

Cara Daftar myASNB. Ketahui 10 langkah untuk daftar portal myASNB - semak baki akaun, lihat penyata amanah saham terkini, dan buat pelaburan tambahan secara online.

Cara Daftar myASNB. Ramai kot yang dah tahu mengenai kemudahan yang disediakan menerusi poratl MyASB. Portal myASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Jika anda ada melabur dalam mana-mana pelaburan unit amanah dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), maka portal myASNB adalah laman web wajib yang perlu anda rujuk setiap kali mahu membuat transaksi berkaitan pemilikan saham amanah anda. Penggunaan buku pelaburan telah dimansuhkan sejak Jun 2017, dan sebarang transaksi berkaitan ASNB adalah samada secara online atau menerusi agen sah ASNB sahaja.

Cara Daftar myASNB

Cara Daftar myASNB Menerusi 10 Langkah - Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan
Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan ASNB Online
Untuk menggunakan servis yang ada di dalam myASNB ini, anda terlebih dahulu perlu membuat pendaftaran. Pendaftaran adalah mudah jika anda ikuti langkah-langkah yang akan saya sediakan secara ringkas untuk kemudahan anda.

Kegunaan Portal myASNB

Gunakan portal ini untuk kemudahan anda berurusan berkaitan amanah saham anda. Portal myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan para pemegang unit amanahnya. Antaranya termasuklah:
  • Pertanyaan butiran pegangan semasa
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
  • Membuat pelaburan tambahan
  • Kemaskini maklumat peribadi

10 Langkah Daftar myASNB

Orait, sekarang kepada langkah-langkah untuk anda mendaftar dan menggunakan portal ini.

Langkah 1 – Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB. Anda boleh rujuk di SINI untuk senarai dan alamat cawangan serta ejen ASNB seluruh Malaysia. Anda akan diberikan nombor ahli 12 digit setelah mengemaskini maklumat nombor telefon anda.

Langkah 2 – Buat pendaftaran (klik butang daftar sini) di portal myASNB
Langkah 3 – Setuju dengan terma syarat penggunaan portal
Langkah 4 – Masukkan nombor kad pengenalan, nombor ahli 12 digit dan nama produk ASNB dilanggani (hanya salah satu)

Langkah 5 – Pengesahan nombor telefon. TAC akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan nombor 6 digit yang dihantar ke telefon anda.

Langkah 6 – Pendaftaran akaun myASNB. Anda akan diminta untuk memasukkan butiran diri anda, selain memasukkan nama pengguna pilihan serta beberapa perkara lain untuk tujuan keselamatan.

Langkah 7 – Anda akan diberikan kata laluan sementara untuk digunakan. Nama pengguna dan juga kata laluan sementara turut dihantar menerusi email dan juga ke telefon anda.

Langkah 8 – Login ke myASNB kali pertama, gunakan nama pengguna anda serta masukkan kata laluan sementara yang telah diberikan. Pengesahan menerusi TAC menerusi SMS ke telefon bimbit akan dilakukan.

Langkah 9 – Tukar kata laluan yang baru
Langkah 10 – Mula melabur dalam unit amanah ASNB

Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara (langkah 7) akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama. Apabila anda telah log masuk untuk kali pertama, pastikan anda kemaskini butiran anda, dan juga tukar kata laluan anda dengan segera (langkah 9).

Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan (langkah 6). Masalah akan anda hadapi jika anda terlupa nama pengguna serta kata laluan memandangkan portal myASNB dicipta dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat.
[post_ads]

Kepentingan Kemaskini Nombor Telefon Terkini

Harus saya ingatkan kepada anda. Untuk menggunakan portal ini, langkah 1 adalah langkah paling penting sekali. Anda tidak boleh abaikannya walaupun anda masih menggunakan nombor telefon yang sama ketika anda membuka akaun pelaburan dengan ASNB.
[Dah Baca?] Bagaimana Nak Buka Akaun dan Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera
Wajib dan ya, anda perlu mengemaskini nombor telefon bimbit anda kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum anda boleh melengkapkan transaksi, termasuklah untuk pertama kali mendaftar myASNB dan berurusniaga menerusi portal tersebut.

Jika anda telah menukar nombor telefon sebelum ini, memang sangat wajar anda kemaskini dengan nombor telefon terbaharu anda.
[post_ads_2]
Mana-mana pelanggan produk myASNB di bawah ini boleh menggunakan sistem dan transaksi di portal myASNB ini:

  • Amanah Saham Bumiputera1
  • Amanah Saham Wawasan 2020
  • Amanah Saham Malaysia
  • Amanah Saham Didik
  • Amanah Saham 1Malaysia
  • Amanah Saham Bumiputera 22
  • Amanah Saham Nasional
  • Amanah Saham Nasional 2
  • Amanah Saham Nasional 3 Imbang
  • ASG - Pendidikan
  • ASG - Kesihatan
  • ASG - Persaraan

 
Menerusi myASNB ini, anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada peraturan berikut:
  1. Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7 pagi – 6.30 petang)
  2. Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) tidak termasuk cuti umum

COMMENTS

BLOGGER

Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,131,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,371,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,357,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,47,Kekeluargaan,149,Kempen,5,Kerja Dari Rumah,101,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,393,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,434,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,327,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: Cara Daftar myASNB Menerusi 10 Langkah - Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan
Cara Daftar myASNB Menerusi 10 Langkah - Semak, Penyata Akaun dan Pelaburan Tambahan
Cara Daftar myASNB. Ketahui 10 langkah untuk daftar portal myASNB - semak baki akaun, lihat penyata amanah saham terkini, dan buat pelaburan tambahan secara online.
https://2.bp.blogspot.com/-DjdD9990rNw/Wk-xFDmO-nI/AAAAAAAAp1Q/OwwcxPCTUQcF0SM1O0KtCN5PyXSBDgeHACLcBGAs/s1600/pendaftaran-myASNB.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-DjdD9990rNw/Wk-xFDmO-nI/AAAAAAAAp1Q/OwwcxPCTUQcF0SM1O0KtCN5PyXSBDgeHACLcBGAs/s72-c/pendaftaran-myASNB.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/cara-daftar-myasnb-menerusi-10-langkah.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2018/01/cara-daftar-myasnb-menerusi-10-langkah.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy