Tahun 2017 menampakkan produk-produk affiliate memberikan income sampingan yang cukup baik buat saya, yang bekerja dari rumah ni. Inilah antara cara jana income online yang tak perlu nak gunakan banyak modal, malah pendaftaran untuk program-program affiliate yang saya sertai semuanya adalah percuma.

Income mungkin tak cecah puluh ribu seperti kebanyakkan rakan online saya yang lain, tetapi memang berbaloilah dengan usaha. Saya cuma gunakan dua platform percuma untuk melakukan promosi iaiti blog dan juga facebook sahaja. Apa strategi yang saya gunakan untuk jana income online affiliate ini?

3 Strategi Jana Income Online Affiliate

Strategi Jana Income Online Affiliate
Menerusi affiliate, anda sebenarnya mewujudkan satu bisnes online milik anda sendiri. Program affiliate tidak memerlukan anda untuk membayar sebarang yuran keahlian, ia tidak memerlukan anda untuk beli produk, ia tidak perlukan anda untuk simpan produk, ia tidak memerlukan anda memiliki kedai online (seperti saya), malah anda tidak perlu nak uruskan pembelian dan penghantaran produk.

Strategi Jana Income Online Affiliate

Dalam melakukan bisnes online - bisnes affiliate ini, apa yang perlu anda lakukan ialah promosi. Teknik promosi yang betul akan menghasilkan jualan, dan akhirnya menjana income kepada anda menerusi komisen yang diterima.

Di bawah ini adalah laluan ringkas bagaimana anda boleh jana income menerusi program affiliate ini:
Strategi Jana Income Online Affiliate

Okay, secara umumnya ... saya buat tiga strategi ini:

Strategi 1: Bila promosi fokus 1 produk sahaja hingga dapat hasil
Strategi 2: Konsisten promosi dengan cara yang betul tanpa henti
Strategi 3: Beri value setiap kali promosi

Dalam strategi pertama, anda perlu pilih satu produk affiliate untuk anda promosikan. Dapatkan link affiliate anda, dan gunakan link affiliate anda itu untuk melakukan promosi. Seperti saya, saya gunakan blog dan juga laman facebook peribadi untuk bercerita mengenai produk affiliate tersebut.

Saya fokus promosi produk tersebut, sehingga ia berhasil memberikan komisen pertama.

Apa maksud fokus? Fokus di sini ialah anda mesti tahu dengan lebih terperinci apa manfaat yang produk tersebut berikan. Fokus akan kelebihan dan kebaikannya. Gunakan ia untuk mempromosi dengan cara santai.

Jika boleh tunjukkan bukti dalam bentuk visual yang menunjukkan produk affiliate tersebut betul-betul boleh berikan apa yang didakwa. Jangan campurkan dengan produk affiliate yang lain. Katakan anda nak promosi produk kerjaya berkaitan temuduga, maka fokus kepada info-info berkaitan temuduga sahaja samada di blog atau facebook.

Satu tips - buat fanpage atau group khas untuk fokus satu produk affiliate tersebut.

Strategi kedua ialah konsistensi dalam melakukan promosi. Contohnya, saya selalunya akan tetapkan satu tempoh untuk mempromosikan satu-satu produk affiliate itu secara konsisten. Konsisten ini mesti ada had, jangan secara berlebih-lebihan. Cuba anda tetapkan satu tempoh, katakan selama 3 minggu. Dalam tempoh 3 minggu tu, anda lakukan promosi secara konsisten. Apabila nak berakhir sahaja tempoh itu, anda baru tawarkan produk yang ingin anda jual.

Konsisten dengan mempromosikan manfaat daripada produk. Konsisten dengan menulis berkaitan produk affiliate itu secara tidak lansung. Bila konsisten dan berfokus, anda sebenarnya membina kredibiliti anda sebagai salah seorang affiliate untuk produk tersebut. Aha, sampai satu tahap, pelanggan akan ingat produk affiliate yang anda promosikan itu adalah milik anda ... :)

Strategi seterusnya iaitu yang ketiga ialah dengan memberikan nilai. Nilai ini boleh macam-macam, seperti awal saya sebutkan .. anda boleh sahaja ceritakan manfaat atau apa yang telah anda dapat jika menggunakan/mendapatkan produk affiliate tersebut.

Cara lain, ialah dengan menilaikannya dalam bentuk tawaran. Katakan harga produk affiliate itu adalah RM100, tetapi anda promosikannya dengan harga RM50. Nilai di sini adalah penjimatan dan harga murah. Pelanggan sangat sukakan penjimatan dan harga murah. Anda perlu buat kerjasama dengan pemilik produk affiliate yang sebenar, supaya boleh berikan nilai ini kepada pelanggan-pelangan atau bakal pembeli produk affiliate anda.

Satu tips - Anda buat group support anda sendiri, khas kepada mereka yang dapatkan produk affiliate dari anda.

In Sha Allah, 3 strategi asas ini boleh bantu anda untuk jana income online menerusi program dan produk affiliate, nak lebih lagi ilmu affiliate ini, boleh rujuk SINI.

Di bawah ini adalah beberapa hasil pendapatan iaitu komisen yang telah saya terima hasil mempromosikan produk affiliate tertentu dengan strategi dinyatakan:
Strategi Jana Income Online Affiliate
Strategi Jana Income Online Affiliate

Ada banyak program affiliate yang boleh anda sertai, salah satunya ialah Klikjer, dan Onpay. Malah, ada program affiliate yang bayar USD seperti Agoda, Lazada, Zalora, Trivago dan macam-macamlah.

Nak belajar pasal affiliate? Nak gunakan strategi yang boleh hasilkan income seperti ditunjukkan tu tak? Anda boleh cuba lihat di sini - http://bit.do/bisnesaffiliate

Semoga tips dan strategi asas yang saya kongsikan ini akan bantu sesiapa sahaja yang berminat nak jana income online menerusi affiliate - satu bisnes online yang secara amnya tidak perlukan modal besar. Anda perlu cuba!

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Peluang nak ceburi bidang affiliate sgt luas...kalau kena cara tambahan ada ilmu bidang ni...memang masyuk!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement