Cara jana income sampingan dengan affiliate. Masih ramai lagi yang tanya saya mengenai program affiliate. Jenuh saya explain. Nampaknya penerangan saya tak berapa nak jitu dan jelas. Al maklumlah, saya bukan seorang penulis yang baik.

Apapun, ini tidak membuatkan saya jemu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya tahu masih ramai lagi terutama di kalangan belia dan lepasan universiti yang mencari sumber income sampingan untuk tampung kehidupan dan membuat tabungan.

Bagaimana Cara Untuk Jana Income Sampingan Dengan Affiliate

Cara Jana Income Sampingan Dengan Affiliate
Ok. Pertama sekali anda kena faham apa yang dimaksudkan dengan program affiliate. Saya berikan dalam bentuk note di bawah, pegang nota-nota penting ini supaya anda tidak keliru dengan program lain yang menjana income sampingan.
  1. Daftar program affiliate adalah percuma. Anda tidak perlu bayar sesen pun untuk jana pendapatan menerusi program affiliate.
  2. Anda dapat income (duit) menerusi komisen penjualan produk. Sebagai contoh, harga jualan produk A ialah RM100, komisen ditetapkan adalah 50%; jadi anda dapat RM50 bagi setiap jualan.
  3. Anda tidak pegang produk yang dijual. Semua transaksi automatik secara online.
  4. Anda tidak menerima wang bayaran daripada pelanggan, semua pembelian diuruskan oleh pemilik produk affiliate.
  5. Komisen selalunya dibayar dalam tempoh tertentu, selalunya hujung bulan. Ada juga affiliate yang bayar mingguan.
  6. Komisen dibayar terus ke akaun bank. Anda perlu memasukkan butiran bank anda di panel akaun affiliate anda. Jika produk affiliate luar negara, kebanyakkan akan bayar menerusi PayPal.
  7. Program affiliate ada banyak platform. Jika di Malaysia, antara platform affiliate yang popular ialah KlikJer.com, Onpay.my, JVSecurePay. Untuk luar negara, JVZoo, Amazon dan beberapa yang lain.
  8. Produk affiliate kebanyakkannya adalah ebook (dalam bentuk pdf). Ada juga produk affiliate seperti barangan elektrik, barangan dapur, tiket bas dan sebagainya, tetapi komisennya kecil iaitu antara 2%-10% dari harga jualan. Platform affiliate yang jual produk fizikal seperti ini adalah seperti Lazada, Zalora, 11th Street, MakanDeal, Bonia dan banyak lagi.
  9. Ada juga program affiliate yang menjual program keahlian. Contohnya untuk seminar online, rakaman video atau perisian online tertentu.
  10. Kebanyakkan program affiliate tidak memerlukan anda untuk request pengeluaran income. Namun, ada juga program affiliate yang memerlukan anda capai had income tertentu sebelum boleh dikeluarkan atau dipindahkan ke akaun bank.
  11. Untuk mempromosikan produk affiliate yang anda sertai, anda akan diberikan tools untuk bantu jualan. Secara amnya, anda akan terima satu link atau pautan khas yang mempunyai id anda untuk anda promosikan. Anda perlu pastikan orang yang mahu dapatkan produk affiliate tersebut klik pada pautan tersebut dan beli produk menerusi link anda... barulah anda akan terima komisen.
  12. Selain link khas berbentuk teks, anda juga akan diberikan tools seperti banner iklan (imej) yang boleh anda gunakan untuk diletakan di laman web atau blog anda sendiri. Juga diberikan banner khas untuk digunakan di laman sosial, tetapi anda perlu letakkan link anda supaya komisen boleh dijana.
  13. Ada sesetengah pemilik produk yang akan bantu anda dari segi penyediaan artikel untuk anda gunakan sebagai bantuan promosi. Jadi, anda tidak keseorangan.

Itulah serba sedikit antara perkara penting yang perlu anda tahu tentang cara jana income sampingan dengan affiliate ini. Jika mahu sebuah panduan yang baik, boleh cuba muat turun panduan di bawah:


Berikut pula adalah beberapa tips simple dan mudah untuk anda promosikan produk affiliate ini.

Letak Banner Iklan Produk Affiliate

Jika anda ada blog, anda letakkan kod banner yang telah disediakan untuk anda. Lihat pada contoh di bawah. Salah satu program affiliate yang ada dalam platform OnPay. Anda hanya perlu salin kod diberikan tersebut dan letakkan dalam blog.
Cara Jana Income Sampingan Dengan Affiliate
Lihat pada saiz banner .. jika 300x250, maka sesuai diletakkan pada sidebar blog atau dalam blog post anda. Jika saiznya memanjang .. contohnya banner 728x90, maka letakkan banner tersebut di bahagian atas blog atau bawah header.

Letak Link/Teks Untuk Produk Affiliate

Anda tulis satu artikel yang ada kaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan. Anda boleh tulis artikel ini samada di dalam blog atau dalam bahagian Note di laman Facebook. Atau anda hanya share sahaja pengetahuan anda mengenai produk affiliate tersebut di wall Facebook anda seperti contoh seperti di bawah ini:
Cara Jana Income Sampingan Dengan Affiliate

Promosi Menggunakan Email

Cara paling kuno yang boleh anda buat ialah menerusi email. Kalau ikut tradisional, anda boleh letakkan link promosi produk affiliate di bahagian signature email anda. Maka, setiap kali anda hantar email atau balas email, link promosi ini akan ada. Bila penerima email ini klik pada pautan tersebut, kemungkinan besar anda akan dapat komisen.

Anda mungkin boleh gunakan yahoogroups untuk tujuan ini. Caranya ialah, anda kongsi apa-apa cerita viral dalam yahoogroups tersebut. Semua ahli akan terima email ini. Jika ia satu artikel yang menarik, in Sha Allah .. ia akan jadi viral hanya dalam group sahaja. Pastikan anda letak link produk affiliate anda dalam signature email anda.

Kalau nak advance, boleh gunakan teknik pemasaran email. Anda perlu gunakan sistem autoresponder untuk dapatkan email bakal pelanggan yang berminat dengan produk affiliate tertentu, kemudian lakukan promosi secara berkala. Teknik ini paling berkesan untuk kebanyakan produk affiliate.

Promosi Menggunakan SMS/WhatsApp

Salah satu lagi cara untuk anda promosikan produk affiliate anda. Jika anda ada group WhatsApp, boleh kongsikan link promosi affiliate di situ. Tetapi awas, kena hati-hati sedikit takut anda kena tendang dari group. Atau cara lebih tradisional yang tak perlukan internet, boleh gunakan cara lama iaitu menerusi SMS.


Ok. Macamana? Saya harap anda dapat sesuatu dari perkongsian ini. Ada macam-macam cara untuk jana income sampingan ini. Affiliate adalah antara paling popular sebab anda tidak mengeluarkan sebarang modal. Namun, untuk mempromosikannya .. anda perlu bijak menarik perhatian bakal pelanggan.

Ramai yang dah daftar program affiliate tetapi masih gagal untuk dapatkan komisen kerana kekurangan teknik untuk melakukan promosi. Walhal, hampir semua tools telah disediakan untuk bantu dapatkan komisen.

Mungkin ada sesuatu yang anda tidak tahu.

Jika anda fikir ilmu basic yang anda ada belum cukup lengkap, cuba anda muat turun Panduan Affiliate Sempoi Tetapi Power.

Semoga bermanfaat.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bukan mudah kalau buat duit dengan affiliate ni.. tapi kalau ada teknik dan strategi yang betul, pulangannya pun lumayan :)

    BalasPadam
  2. Affiliate ni seumpama menabur dan menuai..
    Lebih banyak ditabur, lebih banyaklah dituai..

    Cuma keadaan tanah je beza dia, pilih tanah yg bagus, siram pula dgn baja-bajaan..

    Harap adalah yg faham :>)

    BalasPadam
  3. sejak ramai blogger tau pasal affiliate ni rasa tak best plak..kikikiki..padahal dah 10 tahun lebih dah affiliate ni kt Malaysia..ohoho..mungkin sebab NN dan Adv tu dah melesu..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha .... sbb MYR dgn USD la .. tak berapa nak geng sgt ....

      Padam
    2. Jgnlah mcm tu Tn reeluv..kami ni baru kenal affiliate, baru nak rasa duit affiliate bulan2 kikikiki..

      Padam
  4. sgt berguna info ini cuma sy blom dpt apa2 duit hasil drp affiliate ini..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement