Langkau ke kandungan utama

Menu Best Sarapan Old Town White Coffee

Uhh .. bertahun juga tak bersarapan di Old Town White Coffee Parit Buntar. Ada sebab kenapa saya dan keluarga bersarapan di restoran berjenama ni ... dan rasanya anda boleh teka kenapa .. hoho. Hanya setelah yakin sepenuhnya, barulah saya dan keluarga ambil keputusan untuk merasai kembali menu best sarapan yang ada di Old Town White Coffee Parit Buntar.

Menu Best Sarapan Old Town White Coffee

Jika saya ke Old Town White Coffee, saya suka memilih Mee Kari (Curry Mee), Roti Bakar dengan telur separuh masak dan Nasi Lemak Old Town White Coffee. Ini memang menu sarapan favourite, dan saya fikir yang paling best dan sedap. Menu lain tu ... hmm agak kureng sedikit .. hoho.
Menu Best Sarapan Old Town White Coffee
Nasi Lemak Old Town White Coffee
Lain orang lain rasa, ye tak? Mungkin menu best sarapan pilihan saya di Old Town White Coffee tak sama dengan orang lain...hoho .. saya dah rasa Mee Hoon Kari .... uhh tak boleh nak masuk tekak seratus peratus la ... ada macam tak kena je terutama yang ada udang tu ... macam udangnya hidup lagi .. atau dengan kata lain tidak dimasak sepenuhnya.

Menu sarapan pilihan di Old Town White Coffee - Nasi Lemak, Mee Kari, set Roti Bakar

Anak saya, yang sulong masih lagi reject untuk bersarapan di Old Town White Coffee ni. Mungkin keyakinan tidak sekuat mak pak dia .... haha. Jadi, apabila saya berniat untuk bersarapan di sini, memang Along saya tak bawa sekali ..... kang jadi tunggul je dok tengok kami bersarapan.
Set Roti Bakar dengan Telur Separuh Masak
Menu Tidak Best Sarapan Old Town White Coffee
Ada banyak menu best sarapan di Old Town White Coffee sebenarnya, tapi itulah .. ikut tekak masing-masing. Bukan semua orang teringin nak makan Mee Kari pepagi untuk sarapan ni ... ye tak? Hanya orang-orang kacak seperti saya je yang berani ... hahahaha... :P

Dan, apabila bercakap soal restoran yang ada nama, dah established ni ... maka faham-fahamlah akan harga menu makanan sarapan yang ada. Sesekali nak merasa bolehlah .. tapi kena pastikan jangan dibazirkan makanan yang sudah dipesan. Tiga bulan sekali, enam bulan sekali bersarapan di restoran seperti Old Town White Coffee ni untuk satu kelainan bolehlah .. hari-hari kalu .... fuh ... tunggu jadi jutawan la jawabnya.
Menu Best Sarapan Old Town White Coffee
Lagipun, menu yang ada boleh dapat dengan harga lebih murah di gerai-gerai makcik tepi jalan sekitar Parit Buntar, malah ada je kedai makan yang hidang menu serupa yang berikan harga jauh lebih mampu makan buat semua. Usap perut ... tanya nafsu makan .. haha.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. saya kalau makan kat restoran ni, roti bakar je. Menu lain tak ngam kat tekak...tapi banyak2 cawangan old town, saya paling suka dekat Giant Nilai. Roti bakar die garing giler. Harga memang boleh buat poket tipis hehe

    BalasPadam
  2. pernah sarapan menu ni masa di Old Town KLIA.Tapi harga sangatlah mahal. Tak tahu memang standar harga macam tu or tu harga dekat KLCC je..

    BalasPadam
  3. Sesekalikan Bro HH..tapi PC tak pernah lagi makan atau bersarapan di OTWC ni...

    BalasPadam
  4. Nampak macam menarik. Saya tak pernah cuba lagi sarapan di restoren old town

    BalasPadam
  5. Halboiledegg dgn roti tu aku suka....mabeles n delicias!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…