Mitos Tentang Makanan. Rakyat Malaysia memang mewah dengan makanan. Ada macam-macam makanan - dan maksud macam-macam di sini adalah sangatlah pelbagai. Dari yang asli hinggalah yang dah dikacuk-kacuk. Itu masakan Malaysia .. blum lihat masakan yang diimport masuk.

Dan semua orang tahu, bahawa punca penyakit adalah dari makanan. Tapi penyebab sebenar bukan disebabkan wujudnya makanan ni tapi cara dan corak pemakanan kita. Bukan tak boleh makan benda berlemak dan berminyak, tapi berpadalah. Setiap makanan itu ada kebaikan untuk tubuh; cuma jangan terlebih makan dan jangan pula terkurang makan.

4 Mitos Tentang Makanan Yang Ramai Rakyat Malaysia Percaya

4 Mitos Tentang Makanan Yang Ramai Rakya Malaysia Percaya
Macam-macam petua diberikan soal makan ni; tapi saya nak kasik lain skit. Ianya mengenai mitos mengenai makanan, mitos maksudnya disaja adakan tentang kebaikan/keburukan makanan tersebut sedangkan ia mungkin sebaliknya. Jom kita lihat mitos-mitos ini.

Mitos 1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula. Benar atau Palsu?
Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah jerawat anda. Alah .. agak2 geram tu .. picit jer :P

Mitos 2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat. Benar atau Palsu?
Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk. Ia satu kepastian dari saya.

Mitos 3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat. Benar atau Palsu?
Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda. Tapi tak semua orang suka .... semua nak mudah.

Mitos 4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit boleh membantu kulit saya menjadi sihat. Benar atau Palsu?
Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya. Hmm.... apa pendapat anda?

Sumber: Mia Karmila dalam VF.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

5 Komen

tips yang baik
saya ada juga terbaca supplemen utk tingkatkan kesihatan
www.rashidahjuhari.blogspot.com

Reply

erm... bar tahu ia mitos... nice sharing...

Reply

nutrisi daripada makanan kita sekarang semakin rendah, kualiti pun semakin rendah. memang kena ambil juga suplemen, tp suplemen pun kena pilih yang selamat dan semulajadi. bila nutrisi badan cukup, memang akan jadikan kulit kita lebih sihat.

Reply

Bersenam, meminum air bersih yang banyak, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan zat pasti dapat membantu mengurangkan masalah jerawat. :)

Reply

Betul tu .. tapi buah buahan dan sayuran kena basuh betul2 biar bersih.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.