Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak muncul produk-produk kosmetik dan kecantikan jenama tempatan. Macam-macam nama ada yang tak perlu saya nak sebutkan. Kang kalau sebut jenama-jenama kosmetik tempatan ni, ada kata saya nak buat fitnah dan tutup periuk nasi jiran dapur sebelah rumah mak sedara mereka. So, biarlah rahsia.

Saya nak highlight mengenai keghairahan sesetengah kelompok dalam industri ini yang buat jalan pintas untuk capai keuntungan. Kerana mahu buktikan produk kosmetik dan kecantikan mereka sangat berkesan, ada yang tutup mata berkaitan dua racun berbahaya iaitu Hydroquinone dan Tretinoin.

Fakta Harus Tahu Kandungan Kosmetik Mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin

Fakta Harus Tahu Kandungan Kosmetik Mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin
Akhbar-akhbar utama telah banyak menerbitkan berita dan artikel berkaitan dua jenis racun yang popular untuk produk kosmetik dan kecantikan ini. Namun, masih ada ramaiiiii daripada kita yang seolah tidak ambil peduli dan tidak ambil kisah mengenai bahayanya.

Kata mereka, asalkan cantik dan tak terkena pada diri mereka akan kesan buruknya, maka produk kecantikan yang disahkan ada dua bahan beracun ini, selamat untuk dipakai.

Mereka lebih percayakan testimoni daripada ujian klinikal daripada mereka yang pakar, walhal tanpa sedar, pakar-pakar itu kemungkinan anak mereka sendiri yang susah payah belajar sampai ke luar negara cari ilmu berkaitan racun dan bahan terlarang.

Oppss ... 

Kalau anda rajin membaca akhbar, dan sering merujuk laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, tentu sedar akan bahaya racun berjadual hydroquinone dan tretinoin yang sering ditemui dalam kebanyakan produk-produk kosmetik dan kecantikan - setelah ujian dibuat dan disahkan.
Produk Kosmetik Ada Bahan Beracun
Malah, dalam siaran akhbar dan laporan tersebut ada disebutkan nama-nama jenama produk yang terlibat. Siap ada larangan untuk menjual ... apatah lagi memakainya. Pun begitu, ramai yang tidak ambil endah.

Ok. Saya tak mahu nak bermain emosi, sendiri ada akal .. ada pengetahuan, ada rujukan .. boleh fikir sendiri. Jadi, elok saya kongsikan beberapa fakta penting mengenai dua bahan ini - hydroquinone dan tretinoin supaya sama-sama tahu akan bahayanya.

Produk yang mengandungi hydroquinone dan/atau tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Fakta Penting Mengenai Hydroquinone

Hydroquinone biasanya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat (acne vulgaris). Penggunaan hydroquinone dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan berikut:
  • mencerahkan kulit
  • merawat masalah jeragat
  • tona kulit tidak sekata

Kalau pakai produk kosmetik yang ada hydroquinone, apa kesannya? Berikut adalah kesan bahaya bahan ini yang terdapat dalam produk kosmetik:
  • boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu
  • ketidakselesaan
  • perubahan warna kulit yang tidak diingini
  • kulit menjadi hipersensitif. 
  • boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya
  • boleh meningkatkan risiko kanser kulit
Tapi kenapa ada sesetengah klinik perawatan kulit gunakan hydroquinone ni? Sebab, bukan semua orang sesuai menggunakan bahan ini. Nama pun bahan racun berjadual. Ia perlu digunakan dengan rujukan dan nasihat pakar.
Bahan Berbahaya Dalam Krim Pencerahan Kulit
Hydroquinone ni boleh bertindak-balas dengan pelbagai bahan lain yang boleh memudaratkan diri. Dan umumnya, bahan ini sangat-sangat dilarang oleh pakar untuk digunakan sekitar mata. Ia boleh menyebabkan kecacatan kekal jika terkena apa jua kosmetik yang mengandungi bahan ini.

Untuk pengetahuan anda semua yang mungkin tidak tahu, produk-produk kosmetik yang mengandungi bahan hydroquinone di Amerika Syarikat tidak termasuk 'bahan beracun terlarang'. Ia masih meluas digunakan namun dengan pemantauan ketat pihak FDA Amerika Syarikat. Jika nak guna, andai ada beri kesan negatif ... kena tanggung akibatnya sendiri ...
Hydroquinone timbang kilo
Itu sebab bahan ini agak mudah didapati secara timbang kilo di sesetengah negara untuk dijadikan bahan aktif dalam produk kosmetik tanpa menyedari bahawa bukan semua negara membenarkan penggunaannya. Dan jangan terkejut bahawa bahan ini juga ada dijual di laman web seperti AliBaba dan TaoBao ....

Fakta Penting Mengenai Tretinoin

Tretinoin untuk perawatan kulit wajah
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan berikut:
  • merawat masalah jerawat
  • membantu mengurangkan kedutan
Bahaya tretinoin pula adalan seperti di bawah:
  • boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan
  • kulit tidak selesa
  • kulit akan terasa pedih
  • kulit akan mengelupas 
  • menjadi hipersensitif kepada cahaya matahari
Bahan ini juga ada digunakan oleh pakar kesihatan untuk merawat pesakit Leukimia. Ia juga dikenali sebagai Retin-A, Atralin, Renova. Seperti juga bahan hydroquinone, bahan ini yang diklasifikasikan sebagai racun berjadual oleh pihak KKM yang perlukan preskripsi pakar dan tidak boleh digunakan secara am seperti di dalam produk kosmetik dan kecantikan wajah.

Tretinoin bahaya andai digunakan dengan terlalu kerap atau tidak mengikut nasihat yang diberikan pakar. Memandangkan bahan aktif ini meresap ke dalam kulit, maka ibu mengandung dan mahu mengandung dalam masa terdekat tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya, kerana boleh merosakkan janin.

Agak mudah didapati dalam bentuk krim dan gel, menjadikan ia bahan yang agak popular dicampur di dalam produk kosmetik dan kecantikan wajah. Seandainya nisbah atau peratus campuran tretinoin ini tinggi, ia bakal mendatangkan mudarat kepada penggunanya.

Selain ibu mengandung, mereka yang ada penyakit ekzema dan terkena sun-burn tidak boleh menggunakan apa jua krim atau gel yang ada tretinoin ini.

Jadi Dah Tahu Kan Bahayanya Bahan Ni?

Ok. Secara ringkas anda sudah tahu kesan dan bahaya dua bahan terlarang ini yang banyak digunakan dalam industri kosmetik dan kecantikan (profesional). Ia bahan yang dikawal, dan tidak boleh digunakan sesuka-hati. Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat pakar, bukan nasihat daripada pengasas produk, stokis atau agen produk.

Kepada anda yang berniaga produk-produk yang telah disahkan berbahaya, maka saya ingin ingatkan bahawa pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Manakala, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Katakanlah anda yang membaca ini pernah atau sedang alami masalah atau kesan sampingan akibat penggunaan kosmetik dan produk kecantikan apa jua jenama - samada tempatan atau antarabangsa, saya nasihatkan anda untuk menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM:
NPRA

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA - http://npra.moh.gov.my/

Jangan biarkan orang lain jadi mangsa. Buat laporan pada saluran yang betul, serta elakkan daripada menulis status di media sosial. Ini kerana anda mungkin boleh menjadi mangsa keadaan golongan mereka ini yang dah jadi kaya-raya jual produk kosmetik yang disahkan ada racun bejadual dengan menggunakan Saman Sivil untuk menganiaya anda.

Rujukan: Bah. Perkhidmatan Farmasi (sudut berita), SkinWhiteningForeverSecrets, WebMD dan Future Derm

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ramai yang mengambil kesempatan terhadap masalah orang lain. Salah satunye 'masalah' kecantikan.

    Malah ada yang memulakan bisnes kosmetik hanya dengan beli krim 'kilo' dari China yang tidak diketahui keselamatannye dan direpack untuk dijual di Malaysia dengan taktik marketing yang hebat..

    Sekadar pendapat..

    BalasPadam
  2. Ramai yang nak cantik, tp nak short cut..mana ada istilah short cut dlm hidup ni..
    Kalau nak cantik kena amalkan hidup yg sihat n guna produk kecantikan yg semulajadi dan selamat =)

    BalasPadam
  3. Seeloknya gunalah produk berasaskan bahan organic insya Allah xde kesan sampingan

    BalasPadam
  4. Ramai yg dah tahu tp still beli n pakai jgak prduk tu.

    BalasPadam
  5. Info yang sangat lengkap.

    Demi kecantikan..

    Ada yang sanggup mengorbankan kesihatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demi kecantikan satu hal. Demi keuntungan tu yang satu hal. Diammmm je walau dah tahu produk dijual tu bahaya, asalkan masyukk

      Padam
  6. Bahan hydroquinone dan tretinoin memang dikawal ketat oleh FDA. Namun masih ramai yang ambil kesempatan atas angin untuk dapat hasil lumayan dengan cara membahayakan kesihatan pengguna.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Terima kasih. Harapnya mesej ini sampai pada kumpulan terbabit. Janganlah taksub dgn produk sampai abaikan kesihatan dan fakta seperti ni.

      Padam
  8. Byk sgt produk yg ada bhn2 terlarang ni lagi2 dari siam. Nak kena tgk produk dr korea ni ada x bhn terlarang ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement