Tapi, timbul masalah terutama buat si suami macam saya. Masalah apa? Masalah - apa nak dijamu pada tetamu, bagaimana nak layan tetamu yang datang? Takkan nak harap pada isteri yang dalam pantang bersalin pula, ye tak?
Tips Layan Tetamu Bila Isteri Pantang Bersalin
Ini cara saya layan tetamu yang datang ketika isteri saya pantang bersalin anak saya Hasif Najmi yang sekarang sudah berusia 6 bulan (lahir bulan Jan 2017). Idea ni muncul bila saya hadapi masalah nak sediakan makan minum untuk tetamu yang bertalu-talu datang ziarah.Jadi, apa yang saya buat?
Buat Persediaan Sebelum Isteri Bersalin
Sebelum isteri saya bersalin, saya dah beli berkarton-karton air kotak, serta berbungkus-bungkus makanan segera seperti kerepek pedas, kerepek pisang, kerepek ubi, gula-gula (untuk kanak-kanak), makanan dalam tin, serta biskut.Bila tetamu datang je, terus keluarkan air kotak dari peti ais dan kerepek-kerepek yang tersimpan rapi dalam bekas jenama Tupperware. Terus je hidang. Simple dan mudah bagi saya.
Mungkin sesekali, saya akan sediakan air macam teh atau kopi. Tapi, kalau dah ramai yang datang ziarah, susah juga tu .. Susah kenapa? Susah nak cari cawan cantik-cantik, pinggan mangkuk dan yang berkaitan.
Jika datang selang-selang masa ... ok lagi, tapi kalau yang datang tu bertalu-talu .. uhh kalut gak tu. Jadi, cara simple .. saya sediakan air kotak dan kerepek.
[Dah Baca?] Bahaya Mandi Air Panas Pada Ibu HamilTapi, kenalah beritahu supaya tetamu sedar akan situasi anda sebagai suami yang mungkin tak mahir selok-belok dalam dapur .. apatah lagi nak memasak, menyediakan hidangan dijamah.
"Minta maaf semua, saya mampu sediakan air kotak dengan kerepek je .. nak masak bihun .. mee goreng .. karang tak luak pula .. " sambil berikan senyuman paling manis.
Selalunya tetamu akan ok, sebab anda sebagai suami yang sediakan dan hidang. Nampak anda sebagai seorang suami yang caring, dan hormat tetamu yang datang walaupun ada kekurangan. Inisiatif tu yang orang akan nampak.
[Dah Baca?] Bahaya Ikan Haruan Pada Isteri Pantang BersalinJangan sampai tetamu datang, anda sebagai suami buat tak tahu je ... atau tak hidang apa-apa. Buat donno je walhal yang datang tu ada rasa kehausan dan dahaga. Paling tidak, sediakan atau hidangkan air .. in Sha Allah, mereka yang hadir akan faham situasi.
Lepas tu, jangan sesekali anda benarkan isteri anda yang baru bersalin baby baru untuk buat kerja-kerja ni ketika tetamu hadir... uhhh .. tak kesian ke apa?
Dua benda baik anda telah lakukan, iaitu hormati tetamu dan bantu isteri.
[Dah Baca?] Cuti Bergaji 4 Bulan Untuk Suami Jaga Isteri Lepas BersalinDan katakan anda, sebagai suami tak ada di rumah, cara ini juga mudah untuk anak-anak lain nak bantu isteri anda melayan tetamu. Isteri juga tak perlu nak kerja keras. Hanya ambil air kotak dari peti ais, kerepek dari almari dapur .. setel.
Semoga perkongsian simple ini ada manfaat buat anda.
Perkongsian penting untuk panduan bakal bapa. Ada sedikit juadah pun dah ok, rasanya tetamu pun memahami.
BalasPadamAlhamdulillah, tetamu yang datang semua ok. Tapi rambut sama hitam, dalam hati tiada siapa yang tahu.
PadamOk la ne HH, tetamu yang datang faham bukan semua suami mahir selok belok dapur Puan Isteri
BalasPadamHehehe .. ok .. terima kasih. Errr puji saya ke ni? ekekeke
Padamsebab tu penting kerjasama antara suami isteri
BalasPadamcool. salute la tuan HH kreatif gitu. betul lah tu.madam kalau boleh nak jamu guest dengan air kotak jugalah sekali sekala. erk!
BalasPadamelok lah ada panduan ni, harapnya ramailah suami atau bakal suami yang baca entri nih
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.