Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi. Biasa dengar penyakit Ekzema tak? Buat para ibu, tentu biasa dengan penyakit ini yang kerap dan sering berlaku pada bayi. Ekzema adalah sejenis penyakit kulit dan dikatakan paling kerap berlaku terutama kepada bayi. Malah ada laporan mengatakan satu daripada lima orang akan terkena penyakit kulit Ekzema ini seawal usia 3 bulan.

Sebagai seorang bapa yang bakal menimang cahaya mata, saya terkesan untuk tahu lebih lanjut mengenai penyakit Ekzema ini .. terutama kesannya pada bayi. Oh ya, dalam masyarakat kita .. penyakit Ekzema pada bayi lebih dikenali sebagai ruam. Ada banyak versi seperti ruam panas, ruam lampin dan sebagainya.

Info Keibubapaan - Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi
Ekzema merupakan penyakit kulit yang akan menyebabkan kerengsaan, kegatalan serta rasa kurang selesa pada kulit. Kulit akan kelihatan kering dan kemerah-merahan serta bersisik. Penyakit ini boleh berlaku samada pada bayi mahupun orang dewasa. Jika orang dewasa, mungkin Ekzema nampak tidak terlalu serius jika nak dibandingkan seandainya Ekzema berlaku pada bayi.

Uhh bayangkan bayi yang masih kecil perlu berhadapan dengan rasa gatal yang amat sangat pada kulit. Nak mengaru-garu .. tak pandai lagi tu .. jadi, bayi akan kerap menangis dan sukar nak tidur. Bila bayi sukar nak tidur, secara tak langsung ia turut memberikan kesan tekanan kepada ibu bapa.

Bukan Penyakit Berjangkit ...

Walaupun penyakit ini bukan jenis penyakit berjangkit dan akan datang dan pergi begitu sahaja, namun jika ianya berlaku pada bayi .. ia mungkin nampak serius andai tidak diberikan rawatan yang betul. Walaupun tidak seserius Psiorisis, penyakit kulit Ekzema ini boleh menyebabkan kulit berair, berdarah serta bernanah. Bayangkan bila penyakit Ekzema berlaku pada bayi .. uhhh kesian weihh tengok bayi.

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Dari segi klinikal; penyakit Ekzema tiada penawar khusus .. malah ia tidak boleh disembuhkan. Apa yang boleh dilakukan adalah mengawal penyakit Ekzema ini supaya tidak memberikan kesan yang serius.

Ekzema pada bayi sering berlaku pada usia kurang 2 tahun dan boleh dikesan seawal usia bayi 3 bulan.

Ekzema Pada Bayi Terbahagi Dua Kategori

Ekzema terbahagi kepada dua iaitu atopik dan dermatitis sentuhan. Atopik biasanya berlaku pada bayi yang berusia bawah dua tahun dan akan hilang menjelang remaja. Dermatitis sentuhan pula biasanya disebabkan oleh alahan bahan kimia yang disentuh seperti bahan pencuci, sabun, syampu, pelembut fakbrik dan sebagainya. Ada juga berlaku disebabkan alahan pada susu formula, makanan laut, air berklorin tinggi dan juga telur.
[Baca] Susu Terbaik Khas Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan Anak
Walaupun penyakit ini terbahagi kepada dua, kesan ekzema atopik dan dermatitis sentuhan adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah, merekah dan kadangkala mengeluarkan cecair serta berdarah.
Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Ekzema pada bayi kebiasaanya berlaku pada bahagian kulit pipi, tangan, muka, leher, siku, belakang lutut dan belakang siku. Bahagian-bahagian ini paling mudah diserang ekzema kerana penghalang kulit tidak berfungsi sebaik mungkin. Dalam hal ini, kulit bayi lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Punca Ekzema Pada Bayi

Punca sebenar penyakit Ekzema pada bayi tidak diketahui secara khusus; namun faktor-faktor di bawah boleh menyumbang berlakunya Ekzema ini.
  • Keturunan. Jika ibu bapa ada penyakit ekzema, kemungkinan bayi dan anak juga akan ada penyakit ini.
  • Alahan kepada bahan-bahan kimia seperti yang saya nyatakan di awal post ini.
  • Alahan kepada makanan seperti susu formula, makanan laut, telur.
  • Jangkitan virus dan kuman.
  • Habuk, suhu terlalu panas dan juga kain berbulu yang menyebabkan alahan.
Bagaimana dengan rawatan untuk penyakit kulit ini?

Rawatan Untuk Bayi Terkena Ekzema

Tiada rawatan yang khusus untuk penyakit ini, kerana punca sebenar tak dapat dikenalpasti. Namun begitu, Kementerian Kesihatan ada mengesyorkan agar para ibu untuk menyusukan anak secara eksklusif dengan susu ibu selama 6 bulan. Susu ibu adalah perlindungan terbaik untuk kesihatan si anak, termasuklah antibodi untuk mengelakkan berlaku kes Ekzema lebih teruk.

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Apatah lagi apabila dipercayai Ekzema boleh berlaku akibat alahan kerana susu formula atau susu lembu. Jika didapati bayi mula ada tanda ruam dan alahan jika minum susu formula, maka cepat-cepatlah berhenti dan gantikan dengan susu formula yang lain (jika perlu).
[Baca] Milk Booster Untuk Ibu Bermasalah Susu Badan (Susu Ibu) Untuk Bayi
Jika anda ke hospital, selalunya doktor akan memberikan ubat losyen atau krim untuk disapu pada kulit bayi. Ubat losyen ini bertujuan untuk melembapkan kulit bayi supaya kesan Ekzema tidak terlalu serius. Ada juga ubat pencegah kegatalan seperti antihistamin diberikan, namun agak tidak sesuai pada bayi yang masih kecil dan menyusu.

Apa Perlu Ibu Bapa Buat Untuk Bayi Ekzema?

Rawatan lain yang boleh ibu bapa lakukan untuk bayi yang terkena Ekzema ialah memastikan bahawa pakaian bayi adalah nipis, bebas habuk, dan diperbuat daripada material kain yang lembut. Elakkan menempatkan bayi di dalam bilik yang panas serta pastikan kuku bayi sentiasa pendek supaya dapat elakkan iritasi seandainya bayi menggaru bahagian kulit terkena Ekzema.

Ada juga perubatan dari segi petua tradisional. In Sha Allah, saya akan kongsikan cara pengubatan tradisional untuk Ekzema pada bayi di lain masa.

Harapnya apa yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya terutama kepada ibubapa yang baru mahu menimang cahayamata.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. erm... penyusuan ibu terbaik. anak sulung sy ada juga ekzema ni, bila 5 tahun baru dia ok... anak kedua xde kena ekzema, mungkin jg anak kedua full bf hingga 2 thn lebih...

    BalasPadam
  2. hai. saya ada jual gel yang boleh merawat ekzema. Follow instagram saya RALOVASHOP . bukan setakat ekzema je, macam macam lagi kelebihan gel yang saya jual ni ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement