Tahukah anda cara nak import barang dari China secara online? Sekarang dah mudah, tak perlu lagi nak tempah tiket murah Air Asia untuk ke negara China, anda dah boleh dapatkan banyak barangan dan produk dari China, hanya beli secara online. Kalau buat orang biasa, tak ada apa yang menarik pun mengenai nak import barang dari China ni, tetapi jika anda ada minda usahawan, anda pasti akan tertarik nak tahu bagaimanan nak import barang dari China ini, apatah lagi dilakukan secara online.

Salah satu tempat untuk beli barang import dari China ialah menerusi laman web yang semakin terkenal di dunia iaitu TaoBao.com.

Bagaimana Cara Untuk Import Barang Dari China Secara Online?

Bagaimana Nak Beli Barang dari China Secara Online
Bagaimana Cara Untuk Import Barang Dari China Secara Online?
TaoBao.com ialah merupakan 'anak syarikat' milik AliBaba.com. Bezanya ialah laman web ini lebih menumpukan kepada mereka yang ada bajet sederhana untuk mulakan bisnes. Menerusi TaoBao.com, anda boleh buat duit berkali-kali ganda hanya bermodalkan RM500 sahaja.

Namun, bukan mudah sebenarnya nak beli dan mendapakan barang import secara online dari China menerusi TaoBao.com ini. Ada ramai usahawan yang telah tersilap langkah membeli barangan secara pukal dari laman web ini lalu mendapat kerugian. Niat asal nak jual barangan dari China ini dengan margin untung besar, tetapi apa yang berlaku, dapat rugi. Naya je. Sebabnya ialah salah cara dan kaedah semasa membeli secara borong di TaoBao.com.

Panduan Khas Dalam Bahasa Melayu Untuk Import Barang dari China

Kini sudah ada panduan khas untuk usahawan yang mahu dapatkan barangan import dari China. Seperti saya katakan tadi, anda hanya melakukannya secara online. Tak perlu lagi pergi ke negara China untuk dapatkan produk-produk yang boleh dijual dengan harga tinggi dan dapat untung berlipat kali ganda.

Panduan ini dinamakan Rahsia Taobao dan ditulis di dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia. Ia satu panduan seumpamanya di Malaysia dan telah membantu ramai orang khususnya usahawan bumiputera berniaga secara kecil-kecilan.

Malah, saya dapati ramai peniaga pasar malam yang borong barang dari China secara online menerusi laman web TaoBao, dan jual dengan harga yang boleh memberikan mereka keuntungan besar walaupun harga dijual di pasar malam pada pandangan mata kita memang dah murah!

Komen Pembaca Ebook Rahsia TaoBao

Lihat komen antara pembaca panduan ini yang nampaknya gembira dengan Rahsia Taobao.
TaoBao.com ialah lubuk online beli barangan dan produk import dari China. Jika anda mahu tahu teknik, cara dan kaedah yang betul memilih produk, membelinya dan akhirnya tiba ke tangan anda, maka anda perlu dapatkan Rahsia TaoBao.com (klik) yang ditulis oleh seorang rakyat Malaysia bernama Nigel Ong.

Nak buat duit menerusi barang import dari China tak boleh terburu-buru, jangan nampak untung besar semata, jangan jadi anjing yang tamak kerana bayang-bayang sendiri. Nak buat duit perlu ada ilmu, gunakan panduan yang telah disediakan ini supaya anda tahu cara nak beli dan import barang dari China menerusi TaoBao.com - secara online.
[Dah Baca?] Rahsia Dapat Untung RM25K Menerusi Jual Produk China
Fuh .. memang ada macam-macam cara nak jana pendapatan sampingan, khususnya untuk yang mahu bekerja dari rumah. Ebook ini cuma salah satu daripada banyak panduan yang tunjukkan bagaimana untuk bantu anda dapatkan sumber pendapatan sampingan ... ada banyak lagi sebenarnya.

Cuma, anda nak belajar atau tidak .. itu sahaja.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

6 Komen

Kini beli barang dari china kini di hujung jari anda sahaja!

Cuma risau barang tue takut sangkut kat kastam jek... :)

Reply

Terima kasih atas perkongsian. Dapat lagi satu ilmu.

Reply

memang best, tambah plak kalau buat dropship..jual plak kat ebay..masyukk

Reply

Website taobao memang platform yang tak asing lagi untuk borong barang dari china.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.