Tawaran menarik ni. Dah tahu ke tentang promosi Huggies Drypant di Lazada? Mulai 26 Julai, anda boleh beli secara online Huggies Drypant (pack of 3) hanya RM79.90 sahaja! Uhhh cukup murah tu untuk jenama Huggies. Apatah lagi jenis Drypant ni ... berbaloi kalau beli sekarang ...

Promosi Huggies Drypant ini adalah sempena kempen Big Baby Fair yang sedang berlansung dari 26 Julai hingga 30 Julai 2017 di Lazada Malaysia. Saya boleh kata, ia adalah masa paling terbaik untuk shopping online barangan dan keperluan bayi terutama buat pasangan suami isteri yang ada anak kecil.

Huggies Drypant (Pack of 3) Hanya RM79.90!

Huggies Drypant (Pack of 3) Hanya RM79.90!
Menerusi kempen Big Baby Fair ini, selain boleh dapatkan promosi hebat Huggies Drypant dengan harga cukup murah. Come on .. mana nak dapat Huggies Drypant serendah RM79.90 ni ... bukan satu ye, ada 3 pack yang akan anda dapat.

Pastu, setiap pack pula akan diberikan 4 lagi percuma ... uhh tambah-tambah berbaloi la, dengan harga yang ditawarkan tu.

Lampin Huggies memang jenama yang popular. Orang yang tak kahwin dan tak ada anak pun tahu mengenai jenama lamping Huggies ni. Saya dan isteri pun ada belikan untuk anak-anak lampin jenama ini. Jujur cakaplah ... jenama ni kalau kat pasaraya .. agak mahal sedikit, dan menjadi pilihan terakhir saya kalau nak beli lampin.
Big Baby Fair July 2017
Tapi, dah ada kempen Big Baby Fair yang tawarkan lampin jenama Huggies dengan harga promosi macam ni, pastilah ringan jari saya ni nak beli. Nak buat stok untuk baby Najmi. Dah memang tiba masanya pun Najmi kena pakai lampin jenis Drypant ni.

Lagipun mudah kalau nak pergi berjalan, macam pergi bercuti kat hotel ke, makan angin mana-mana ke .. leh salin je lampin dalam kereta ... huhu.
Huggies Drypant (Pack of 3) Murah
Lampin Huggies Drypant ini menjadi antara pilihan sebab ianya mudah nak dipakai pada bayi, terutama bayi yang sedang membesar. Kebanyakan bayi dalam peringkat ini akan banyak bergerak. Mereka nak explore dan belajar benda baru.

Selain ia mudah dipakaikan, lampin ini tahan lasak dan tidak mudah bocor. Ada dua lapisan untuk elakkan kebocoran pada bayi. Bahagian pinggang pula elastik dan selesa untuk bayi. Tak semacam beberapa jenis lampin drypant lain yang agak mencengkam dan membuatkan bayi terasa rimas dan kurang selesa dipakai.

Lapisan luar pula jenis breathable dan lapisan dalam cepat menyerap lembapan.

Kalau anda nak beli lampin secara online ni, kena pastikan saiznya sesuai ehhh ... paling penting ialah, jangan sampai saiz kecil. Saiz besar tak mengapa sebab boleh simpan. Jika nak dapatkan Huggies Drypant, ikut panduan saiz lampin yang saya sertakan di atas tu ... (nampak kan?).

Tak pun, ikuti panduan diberikan di sini - Huggies Drypant

Selain Huggies Drypant yang anda boleh dapat dengan harga RM79.90 (3 pek jumbo) ... ada juga beberapa promosi barangan bayi yang lain.

Diskaun Sehingga 80% Big Baby Fair

Big Baby Fair di Lazada Malaysia
Dalam tempoh kempen berlansung, ada promosi diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan bayi yang lain termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi. Semuanya barangan dan produk jenama terkenal untuk bayi. Kalau anda kaki shopping, dan memang tengah cari produk bayi, elok anda jenguk-jenguk apa yang ditawarkan dalam kempen Big Baby Fair Lazada ini ...


Selain Huggies, antara jenama terkemuka yang boleh anda dapatkan dengan harga menarik sepanjang kempen “Big Baby Fair” ini termasuklah Mamypoko, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku, Fisher Price dan banyak lagi. Semua jenama terkenal ini ada berikan diskaun hebat selain jualan segera.

Jualan segera - anda beli hari ini, esok in Sha Allah, barang dibeli boleh sampai di pintu depan rumah anda (bergantung pada lokasi)!

Malah, kos penghantaran percuma juga disediakan apabila anda beli barangan dan produk terpilih. Berbaloi tu ye tak? Dah la shopping guna smartphone je, tak perlu keluar rumah .. klik klik .. order .. bayar dan tunggu je barang dibeli sampai ke rumah.

Saya dah banyak kali beli barang dan produk bayi ni di Lazada. Kalau anda ikuti blog saya, tentu dah maklum yang saya 100% beli lampin pakai buang secara online di Lazada... bukan satu pek dua pek .. malah dah berkotak-kotak saya beli ... huhu .. tak pernah mengecewakan, semua barang sampai sepertimana diiklankan.

Dan bukan produk tiruan, in Sha Allah .. ia produk yang sama dijual di pasaraya dan kedai peralatan bayi. Bezanya dari segi harga sahaja di mana Lazada Malaysia menawarkan harga jauh lebih murah, berbaloi dan jimat untuk sebuah keluarga macam saya.

Oh ya, sepanjang kempen Big Baby Fair ini juga, anda boleh sertai peraduan yang disediakan di Lazada. Saya difahamkan ada banyak hadiah hebat dan menarik disediakan, terutama untuk penyertaan peraduan di media sosial Lazada. Cubalah jenguk di LINE Lazada Malaysia ye ..

Errr .. okay ye .. saya nak pi shopping online ni .. haha ... jom sekali .. pada yang nak dapatkan harga RM79.90 untuk Huggies Drypant (3 pek jumbo) boleh terus ke sini - https://www.lazada.com.my/huggies-dry-pants-l504-x-3-super-jumbo-pack-16553686.html

Ingat ehh... untuk promosi Huggies Drypant ni, ia akan tamat 30hb Julai ... so cepat .. :)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alamak... Tak perasan lak promo yang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best beli time ni .. semua barang baby dapat diskaun best2 ... rugi aaaa .. :P

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement