Mungkin ramai dah tahu bahawa blog HasrulHassan.com ini telah berjaya mencapai pageviews sebanyak 2,864,581 terkumpul sepanjang tahun 2016. Ia kekal mencapai target sebanyak 2 juta hits. Alhamdulillah, syukur kerana blog ini masih kekal menerima trafik yang agak baik buat sebuah blog personal di Malaysia.

Menerusi Google Analytics, saya dapati sebanyak 53.1% daripada jumlah trafik blog datangnya dari enjin carian, manakala 22.1% datangnya dari link direct contohnya menerusi bloglist, dan 17.1 % dari media sosial.

10 Paling Popular Blog HasrulHassan 2016

10 Terpopular Blog HasrulHassan 2016
Anda tentu nak tahu entri atau artikel manakah yang telah menjadi penyumbang trafik tertinggi untuk blog ini pada tahun 2016.

Top 10 Senarai Entri Paling Popular 

Berikut adalah 10 entri atau artikel yang telah menjadi penyumbang besar trafik blog sepanjang tahun 2016:
  1. 25 Petua Anak Pandai Berbahasa Inggeris
  2. Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
  3. Kenapa Tarikh Keputeran Sultan Nazrin Berubah Setiap Tahun?
  4. Telinga Berdesing Bawa Petanda 
  5. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Kakitangan Awam 
  6. Cara Padam Akaun Facebook 
  7. Borang Permohonan RMR1M Sabah dan Sarawak  
  8. Cara Tukar Password Streamyx dan Wifi Secara Online
  9. Borang Permohonan Membeli Rumah Kos Rendah Negeri Perak
  10. Mudahnya Tukar Kad Debit CIMB Pin & Pay 

Untuk info anda juga, kebanyakkan trafik ini datangnya dari peranti mudah alih seperti smartphone dan tablet. Ini menunjukkan bahawa blog HasrulHassan.com adalah mesra mobile, dan digemari para pengunjung yang memiliki gajet canggih.

10 Top Carian Blog HasrulHassan

Mari lihat pula apa carian terpopular atau keyword yang menyumbang trafik ke blog ini ... adakah ianya sama dengan blog anda?
  1. Tukar kad CIMB online
  2. Telinga berdesing
  3. Mat Dan
  4. Tukar kad ATM CIMB online
  5. Rumah peranginan persekutuan
  6. Cara tukar password Streamyx
  7. Mat Dan kahwin
  8. Sukaneka hari keluarga
  9. Cara tukar kad CIMB online
  10. Rumah mesra rakyat

Nampaknya jauh berbeza dengan Top Trending Google Malaysia 2016. Mungkin selepas ini, saya perlu lebih peka mengenai apa yang paling trending dan paling dicari dalam carian supaya boleh optimasikan lagi trafik ke blog ini. Dan kalau boleh, ia mestilah keyword yang boleh menjana income ....

10 Blog Top Penyumbang Trafik

Walaupun blog ini menerima lebih 50% trafik daripada enjin carian seperti Google dan Bing (Yahoo), saya tetap mengakui bahawa tanpa rakan blogger pasti angka 2 juta hits pada tahun 2016 agak sukar dicapai. Berikut adalah antara blog yang telah menyumbang trafik tertinggi untuk blog HasrulHassan sepanjang tahun 2016:
  1. www.tiffinbiru.com
  2. nameeroslan.blogspot.my
  3. www.addindeen.com
  4. bloggerlelaki.com
  5. nurziahyahya.blogspot.my
  6. azzahairi.com
  7. dawaihati.com
  8. ejamothman.com
  9. cikmatahariku.blogspot.my
  10. daliulian.net (laman web berbahasa Cina)
Terima kasih kepada semua blogger dan blog (walaupun tidak disenarai) kerana sudi memberikan trafik ke blog ini menerusi blog list. Terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang sudi klik share pada setiap entri, post atau artikel di blog ini.

Semoga jasa baik anda semua dapat memberikan manfaat pada orang lain. Tugas saya menyampaikan apa yang perlu, daripada pengetahuan dan pengalaman saya menerusi penulisan di blog ini.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah, itu yang saya harapkan .. kalau boleh ikut jejak langkah ini adalah lebih baik.

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih, harapnya momentum macam ni akan kekal terbaik untuk tahun 2017

      Padam
  3. Hmm.. top 10 tuan kebanyakkan artikel "How To.." menarik..

    BalasPadam
  4. fuh. bukan mudah nak capai trafik 2juta tu. hanya blog hebat sahaja boleh capai. tahniah bang..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh ceritaejoy pun apa kurangnya .. masyuk nampaknya sejak akhir2 ni kan?

      Padam
  5. terbaiklah hh...saya doakan terus success.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement