Kenapa Tarikh Keputeraan Sultan Nazrin Berubah Setiap Tahun?

Kenapa tarikh keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak sama dan berubah setiap tahun? Kalau anda bukan warga Perak, mungkin tak berapa nak ambil tahu sangat tentang fakta ini. Tetapi, bagi saya; seorang warga negeri Perak yang prihatin ... ia tentulah menjadi satu tanda tanya. Lebih-lebih lagi buat warga Perak yang bekerja terutamanya kakitangan awam di negeri Perak. Ia merupakan hari cuti am bagi seluruh rakyat negeri.

Buat yang tidak menyedarinya, tarikh Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk tahun 2016 jatuh pada 4hb November 2016, dan untuk tahun 2017 ia jatuh pada 3hb November 2017. Kenapa berbeza? Kenapa berlainan tarikh?

Kenapa Tarikh Ulangtahun Keputeraan Sultan Nazrin Berubah Setiap Tahun?

Kenapa Tarikh Keputeraan Sultan Nazrin Berubah Setiap Tahun?
Saya mula menyedari sebab musabab ini apabila Khatib pada Sholat Jumaat minggu akhir Oktober 2016 ada berpesan pada sidang jemaah Jumaat mengenai Hari Keputeraan Sultan Nazrin ini. Ada majlis bacaan Yassin dan juga tahlil akan dilakukan di seluruh masjid di negeri Perak. Dan saya difahamkan, ia akan menjadi acara tahunan apabila tiba tarikh hari keputeraan ke bawah duli Sultan.
[Baca] Kalendar 2017 - Jadual Cuti AM dan Cuti Negeri Serta Takwim Persekolahan
Kenapa tarikh tersebut tidak seragam setiap tahun? Ini adalah kerana Hari Keputeraan atau Hari Ulang Tahun Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan disambut pada setiap Jumaat pertama dalam bulan November bermula dari tahun 2016. Ini adalah benar seperti dinyatakan di dalam siaran media yang dibuat oleh pihak istana di bawah:


Harap jangan pula terasa pelik bila tahun 2017 dapat tarikh lain ... dan tetiba cuti Perak jatuh pada tarikh yang tak sama ..

Majlis Bacaan Yassin dan  Doa Selamat Setiap Tahun

Dan saya juga nak pesan dan warkan, pada setiap Jumaat pertama dalam November akan ada majlis bacaan Yassin dan juga doa selamat untuk Ulangtahun Sultan Nazrin iaitu sebelum Sholat Jumaat .... yang diadakan di setiap masjid di negeri Perak.
[Baca] Buat Kerja Sambilan Secara Online Sebagai Freelance. Data Entri. Word. Powerpoint. USD20-USD100 Satu Kerja.
Maka, semua rakyat negeri beragama Islam digalakkan untuk hadir awal pada hari Jumaat tersebut, sebelum bermulanya Sholat Jumaat untuk imarahkan dan meraikan majlis berkenaan. Cuti kot ... jadi .. paling tidak, anda tidak akan terlepas untuk baca Yassin setiap bulan, setiap hari Jumaat, penghulu segala hari.

Bagus tak? Kongsikan dengan orang lain supaya majlis ini dapat sesempurna mungkin.

p.s: Setengah masjid mungkin ada jamuan kecil.


{ 7 comments.. read them below or add one }

SNM Mohamed SNM Mohamed November 03, 2016
Bagusnyaaa...Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa merahmati Sultan Perak.

Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed
PeRdU cINta PeRdU cINta November 03, 2016
Alhamdulillah..Jumaat pertama di bulan November setiap tahun..moga Allah sentiasa merahmati Tuanku Sultan Nazrin.amin...suka tengok keluarga diraja ini terutama anakanda2 baginda..
Sheila Adziz Sheila Adziz November 03, 2016
Allhamdulillah... semoga tuanku panjang umur dan sentiasa diberkati Allah...
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah November 03, 2016
Terima kasih info ini bro HH. Perak cuti esok.
Usry Norie Usry Norie November 03, 2016
Alhamdulillah. Semoga Sultan nazrin diberkati dan dapat menjaga negeri Perak dengan aman damai.
Yeop Maz Yeop Maz November 04, 2016
baguslah.

selalunya tarikh 27 November tiap2 tahun.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 06, 2016
Daulat tuanku. Bangga jadi rakyat Perak walaupun duk Penang.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.