Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

UPDATE: Mulai tahun 2018, anda dah tak boleh tukar password Streamyx dan TM Wifi secara online. Apa yang boleh anda buat, ialah tukar password Wifi di rumah.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdamping dengan gajet tanpa hiraukan benda-benda lain.

Cara Tukar Password Streamyx atau TM Wifi Secara Online

Cara Tukar Password Streamyx Secara Online
Jadi, apabila tiba musim cuti sekolah, nak pergi berjalan-jalan makan angin, saya akan tukar kata laluan TM Wifi saya. Anda mungkin boleh gunakan tips ini...:)

Untuk tukarkan password Streamyx secara online, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Login ke akaun TM (https://mytm.tm.com.my/new/login.jsp) seperti ditunjukkan di bawah ini. Masukkan id (email anda) yang anda daftarkan dengan Telekom Malaysia serta kata laluan anda. Id ini bukan id dan kata laluan Streamyx anda ye ... ini merupakan id dan kata laluan untuk akses akaun bil dan servis Telekom Malaysia. Jika anda tidak ingat kata laluan, gunakan butang forgot password yang disediakan. Jika anda sendiri tidak ingat email yang digunakan untuk login ke akaun TM, saya syor anda wujudkan akaun baru dengan klik butang register yang disediakan.
  2. Cara Tukar Password Streamyx Secara Online
  3. Untuk mereka yang telah berjaya akses ke akaun TM, ikuti langkah seterusnya ini. Setelah anda login, anda akan dibawa ke bahagian Services. Anda akan lihat jenis perkhidmatan yang telah anda langgan dengan TM - samada telefon rumah, Streamyx mahupun Unifi. Ia juga akan paparkan servis-servis lain yang disediakan oleh pihak TM. Untuk tukarkan kata laluan (password) Streamyx, cuba klik Service yang menunjukkan akaun Streamyx - contoh: Stx Blockbuster Combo 4.0M (Bundle) yang ditunjukkan di bawah ini. Klik view details yang disediakan.
  4. Cara Tukar Password Streamyx Secara Online
  5. Anda akan lihat butiran servis atau pakej Streamyx yang telah anda langgan. Di bahagian ini, ada dua menu utama dipaparkan, iaitu upgrade package dan buy new package. Abaikan kedua-duanya kecuali jika anda mahu dapatkan servis dan promosi Streamyx terkini daripada TM. 
  6. Di bawah dua menu tersebut, anda akan nampak pautan - To change your Streamyx Password. Klik pautan yang disediakan itu.
  7. Cara Tukar Password Streamyx Secara Online
  8. Apabila anda klik pautan tersebut, paparan di bawah akan muncul, anda akan nampak dua servis berkaitan akses internet menggunakan Streamyx dipaparkan, iaitu TM Wifi dan juga Streamyx. Ia juga paparkan id login untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut. Tick mana servis yang anda mahu ubah kata laluan dengan yang baru.
    Cara Tukar Password Streamyx Secara Online
    Sekarang, anda hanya perlu masukkan kata laluan baru yang anda pilih. Dan kemudian confirm pemilihan password anda itu. Tekan butang Submit yang disediakan.
Tatacara untuk tukar password TM Wifi dan Streamyx

Selesai. Sekarang, anda sudah miliki password Streamyx atau TM Wifi yang baru. Anda boleh uji login id dengan kata laluan yang baru ini menggunakan modem atau direct-wifi anda, atau seandainya anda menggunakan Streamyx Wifi, cuba akses ke ruangan configurasi modem TM anda.

Ubah Konfigurasi Modem Streamyx D-Link DSL 2640B

Untuk akses konfigurasi modem - Jika anda menggunakan modem TM Streamyx model D-Link dsl-2640B, sila akses menerusi pautan ini - http://192.168.1.1/login.html
[post_ads]
Peringatan penting - Jika anda mengubah kata laluan baru untuk Streamyx, dan anda menggunakan servis internet TM Streamyx Internet dengan modem Wifi/Wireless, maka anda perlu masukkan kata laluan akses baru ini dalam konfigurasi modem wifi anda. Jika tidak, anda akan tidak boleh akses ke internet.

Semoga bermanfaat.

p.s: Untuk mereka yang masih bermasalah untuk ubah kata laluan TM Streamyx, boleh download panduan percuma di sini - Change Streamyx Password

UPDATE: Mulai tahun 2018, anda dah tak boleh tukar password Streamyx dan TM Wifi secara online. Apa yang boleh anda buat, ialah tukar password Wifi di rumah.
[post_ads_2]

47 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas kongsian. Sangat berguna.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat... Sy guna hundle yes 4g je utk wifi di rumah..sbb dok tetap lagi kan..

    BalasPadam
  3. Tumpang tanya. Saya dah cari merata website berkenaan masalah wifi saya ni. Saya baru je tukar password wifi. Selepas tu reboot, on balik. Satu rumah tak dapat cari nama wifi tu. Saya cucuk dengan cable ethernet, dia tulis Limited Access Internet. Saya nak pergi ke website 198.168.0.1 nak setting balik tapi dah tak boleh sebab internet tak ada. Modem saya semua okay works properly dan menyala. Macam mana ? Memang kena call technician la kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pergi ke website login tu tak perlu internet akses aktif. Anda boleh login spt biasa cuma kena refresh banyak kali. Cuba sekali lagi.

      Masalah anda tak jumpa nama wifi tu sbb mungkin dalam setting anda telah terklik bahagian HIDE wifi ...

      Padam
    2. Untuk akses login page dlink .. hanya perlu pastikan lampu LAN, dan DSL menyala sahaja.

      Padam
  4. Mcm mna nk cari id TM sy hahaha..kt bil ada ka..yg mna 1..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer ada .... ada ditunjukkan dalam bil, ia bukan nombor.

      Padam
  5. kena selalu tukar juga bila duduk kawasan ramai-ramai macam perumahan gitu. Takut ada yang 'tumpang' sekaki.

    BalasPadam
  6. tidak boleh tukar

    BalasPadam
  7. tidak boleh tukar..masih pakai password yg lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tgk jenis modem apa yang anda gunakan untuk tukarkan password wifi

      Padam
  8. Terima kasih diatas perkongsian nya

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas perkongsia.. Tutorial yang cepat dan senang..

    BalasPadam
  10. salam..nk tny.utk service verification tu cmne ye..
    dh bnyk kali ltak no phone msih x jd.

    BalasPadam
  11. nk tny..service verification tu cmne..dh bnyk kli msukkn no phone tp x bleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. no telefon yang didaftarkan semasa permohonan - nombor telefon servis, bukan nombor telefon handphone ... bermula dengan 05.... no telefon rumah.

      Padam
  12. Tuan,

    apa beza TM wifi dan Streamyx? takut tersalah klik nanti. adakah TM wifi tu untuk akses wifi dan streamyx tu sambungan talian kita ke ibu sawat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. TM Wifi ni nama lama dia Hotspot TM. Nampak lambang TM Wifi kat mana-mana tempat, bolehlah login dengan id dan password yang kita dah setkan tu

      Padam
  13. Kalau lampu tm wifi kelip2 tu mmg sedang digunakan ke...kalau lampu x kelip tu maksud xde org guna wifi???

    BalasPadam
  14. terima kasih atas info saudara

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas perkongsian ini bro HH. Terbaik.

    BalasPadam
  16. id yg mana satu kat bil ni.jenuh cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. id untuk login Streamyx ke atau id untuk login ke akaun bil??

      Padam
  17. sy tukar passwd dah berjaya..lepastu kne pergi page yg 192.168.1.1 tu kn..tp lepas dah buat semua tu internet sy still jgak x blh access..ke sbb sy tukar password tm wifi dan streamyx..sy tick dua2...mcm mne nk bg ada internet balik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah tukar password di TM ... kena juga masukkan password yang baru dalam modem akses (192.168.1.1) tu... kalau tak memang tak leh akses internet

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Password ni kena selalu tukar dan tengok juga. Jika ada IP hantu yang menumpang. Sama ada kita block atau tukar passwrd baru. Mudah dan selamat.

    BalasPadam
  20. dekat service verification kena masukkan phone number/service ID..dh masukkan no telefon pn xblh jgk..yg mana satu ye, ada x dkt bil?

    BalasPadam
  21. Terima kasih atas perkongsian ini. Sudah dua kali modem saya ditukar. Modem baru wifi amat perlahan.

    BalasPadam
  22. hurmmm kat servive verification bila letak no fon or TM id tetap tak boleh ;((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak no telefon telekom yg dftar tu tau, bkn no telefon kita.
      Dan mesti bermula kod kawasan.. cth 057161122

      Padam
  23. "SERVICE VERIFICATION" - ID TYPE , ID NUMBER DAN PHONE NUMBER tak boleh nak update/sumbit. still error.. please healp me~

    BalasPadam
  24. Balasan
    1. No telefonn rumah - utk streamyx dengan unifi kan ada no telefon rumah .. masukkan ikut panduan dia berikan tu .. ada baca tak bawah type tu ada tulis gini:

      7 digits phone no. (add prefix 0): 00708823158
      8 digits phone no.: 00344112321

      macam saya ... nombor 053665476 (tujuh digit nombor rumah tidak termasuk kod kawasan)
      jadi, id = 00503665479

      Faham ye.

      Padam
  25. saya da tukar password tp lps tukar xdpt login plak . trus msuk kt tm captive portal . dea bgtu password yg saya login salah . knp erk ?

    BalasPadam
  26. saya dah cuba masuk service. tapi asyik minta update profile berlaki-kali. setiap kali klik service ada arahan update profile.

    BalasPadam
  27. dh pergi kat ADSL Router tu, login nak letak which id?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ke laman ADSL tu, kena masukkan id dan password ADSL - boleh tengok samada di bawah atau belakang alat ADSL tu.

      Biasanya id - admin, password - admin

      Padam
  28. Assalamualaikum..Macam mana nak tahu jika ada orang luar tumpang guna internet
    kita. terima kasih.

    BalasPadam
  29. Skrg sy baru tau ade cara ni terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement