Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.

Cara-Cara Padam Akaun Facebook

Cara Padam Akaun Facebook

  • Langkah ketiga, klik pada kekotak Delete My Account; dan anda akan dibawa untuk pengesahan. Anda akan diminta untuk masukkan password akaun Facebook anda.
Cara Padam Akaun Facebook

  • Kemudian, anda akan diberitahu bahawa anda mempunyai 14 hari tempoh bertenang selepas anda bersetuju untuk padam akaun Facebook anda. Anda dilarang untuk login kembali ke akaun yang telah anda mahu padam.
  • Sekiranya anda login ke akaun yang ingin anda padam, satu notifikasi akan keluar yang mengingatkan anda bahawa akaun Facebook anda dalam proses untuk dipadam dalam tempoh yang telah diberikan. Anda akan lihat tarikh sebenar akaun Facebook anda akan dipadamkan. Dalam notifikasi itu, anda akan nampak dua butang pilihat tersendiri - iaitu meneruskan padam (confirm deletion) dan batal (cancel deletion).

Semoga entri ini akan dapat selesaikan masalah mereka yang mahu padam akaun Facebook peribadi. Apabila anda padam, semua gambar, notifikasi berkaitan akaun Facebook anda itu juga turut terpadam.

Semoga bermanfaat.

24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kebetulan la pula..saya br je selesai memadamkan akaun FB untuk selama lamanya... :))

    BalasPadam
  2. Ada tempoh bertenang 14 hari sebelum keputusan terakhir, dalam masa tu mungkin ubah fikiran ke...

    BalasPadam
  3. belum nak delete lagi rasanya...:D

    BalasPadam
  4. Macam artis pula kepada yang terasa nak padam akaun facebook ni hehe

    BalasPadam
  5. Oh begitu cara nak delete atau padam akaun Facebook, maklum sajalah kalau si isteri tak mahu laki dia bercatting di Facebook...bolehlah padam nanti.

    BalasPadam
  6. kalau nk buat facebook baru tu kene tunggu 14 hari jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh ... tak lah, dah boleh buat hampir immediately.

      Padam
  7. macam mana nak bunuh diri
    murai-batu@waumail.com

    hidup segan mati tak mau
    kerja malas
    duduk bawah jambatan jadi ktak surhana

    kawan-kawan asyik kata aku gila saja
    yang si soleha dengan suzy pulak senang senang dapat MAS KAWIN

    duit ada tapi \malas nak belanja

    BalasPadam
  8. Camne plak nga gmbar2 kt dlm fb tu..kna delete jgk ke?

    BalasPadam
  9. Camne plak nga gmbar2 kt dlm fb tu..kna delete jgk ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika dah delete akaun FB, semua isi kandungan akan delete sekali.

      Padam
  10. Alhamdulillah..trma ksh ya.ilmu yg bermanafaat!tq.

    BalasPadam
  11. Tq. Maksudnya org lain dah tak boleh fb kita lg ker?

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Kalau dah padam fb, dah tak ingat le plak nak buat blik..sebab dah lama tinggal cara buat acc dulu...em alahai..

    BalasPadam
  14. tq.baru lepas delete.tp amik masa lama sgt smpi 14 ari..terus delete je da ler..dulu saya takder fb aty tenang je.

    BalasPadam
  15. terima kasih share cara padam akaun fb ni, setakat tak rasa nak padamlagi kot akan datang

    BalasPadam
  16. Adakah jikalau dipadam akaun
    facebook,akaun yang terpaut seperti instagram akan terpadam sekali.?

    BalasPadam
  17. kalau tak ingat password tu mcm mane?email thu

    BalasPadam
  18. kalau xthu password mcm mne nak dlete?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement