Rasanya semua dah tahu mengenai kisah saya anak beranak terkena penyakit Chickenpox. Apabila saya kongsikan mengenai pengalaman saya terkena Chickenpox, ramai juga yang kongsikan petua, tips serta panduan cara untuk merawat.

Terima kasih pada semua rakan yang sudi kongsikan pengalaman masing-masing untuk merawat Chickenpox ini, terutama untuk hilangkan kesan parut yang terdapat di badan, selepas demam Chickenpox ini hilang.

Sabun Daun Semambu Untuk Merawat Chickenpox atau Campak

Dalam banyak-banyak tips dan petua yang diberikan, paling popular ialah keajaiban dan kemujaraban daun Semambu untuk rawatan penyakit demam Chickenpox atau Campak.
Sabun Daun Semambu Untuk Merawat Chickenpox atau Campak
Alhamdulillah, saya dan anak-anak gunakan cara ini untuk merawat demam Chickenpox. Nasib baiklah isteri saya tak terkena jangkitan, pasti ia sangat merbahaya dan menyulitkan buat seorang ibu yang sedang hamil.

Bila nak gunakan daun Semambu, maka pastilah perlu mencari pokoknya.

Untung Kawasan Rumah Ada Pokok Daun Semambu

Saya beruntung kerana di kawasan rumah sudah ada sepohon pokok daun Semambu yang agak besar. Ketika saya terkena demam Chickenpox ini, isteri dan anak-anak sayalah yang merawat:

Zikri, tolong panjat pokok untuk ambil daun Semambu.
Isteri, sediakan mandian daun Semambu, dan juga katil istimewa daun Semambu ...
Amri. Sapukan krim.
Maira. Mandur dan tukang penasihat.

Hampir hari-hari dok ambil daun Semambu, sampaikan tinggal daun yang tinggi-tinggi sahaja.

Cuti 14 Hari Untuk Chickenpox dan Penyakit Berjangkit

Bila saya dah semakin pulih, anak-anak saya pula terkena Chickenpox ni. Jumpa doktor, dapatlah mereka extend cuti sekolah selama seminggu selepas diberikan cuti sakit selama 14 hari.

Siapa yang terkena demam Chickenpox atau Campak, perlu diberikan cuti sakit selama 14 hari, kerana ia merupakan tempoh atau jangkamasa yang am untuk pemulihan pesakit demam ini. Jika anda terkena demam Chickenpox atau Campak, boleh mohon cuti sebanyak 14 hari.

Dan untuk kakitangan kerajaan, anda sudah boleh dapat cuti khas untuk menjaga anak-anak yang terkena demam seperti ini, kerana demam Chickenpox atau Campak adalah penyakit yang mudah berjangkit. Ini merupakan polisi baru yang diperkenalkan dalam Bajet 2017.

Disebabkan saya pun baru nak pulih, dan masih berpantang demam Chickenpox ini .. maka saya tak dapatlah nak bantu ambilkan daun Semambu yang dah makin meninggi. Errr takkan isteri saya yang mengandung tu pulak nak memanjat? Huhuhu...
[Baca] Wajah Berparut Selepas Pulih Chickenpox atau Campak
Dijadikan cerita pula, minggu anak-anak ni dok alami demam ni .. asyik hujan pula. Pantang besar untuk pesakit Chickenpox atau Campak - tak boleh kena air hujan, kalau tak sukar nak sembuh dan parut akan jadi hitam dan kekal di badan. Kalau dah berparut di muka, janganlah dok suka-suka nak terkena hujan .. mau kekal wajah dengan parut-parut yang hitam.

Penyelesaiannya ialah ...

Saya telah dapatkan sabun yang ada kandungan atau ekstrak daun Semambu.
Sabun Daun Bambu Untuk Merawat Chickenpox atau Campak
Sabun Daun Bambu Untuk Merawat Chickenpox atau Campak
Sabun Daun Bambu Untuk Merawat Chickenpox atau Campak
Sabun Daun Bambu Untuk Merawat Chickenpox atau Campak
Alhamdulillah, sabun banda yang ada ekstrak daun Semambu ni memang membantu. Selain sabun, ada juga yang berbentuk losyen mandian.

Saya gunakan jenama Himalaya yang boleh didapati dengan mudah di kedai ubat dan Farmasi. In Sha Allah, gunakan sabun daun Semambu ni boleh dijadikan alternatif untuk rawatan pesakit demam Chicken atau Campak, terutama untuk redakan demam, kurangkan bintik dan elakkan parut demam jadi semakin teruk.

Sabun ini juga sangat selesa digunakan oleh anak-anak, jika nak dibandingkan dengan mandian daun Semambu. Yelah, mereka rasa tak selesa bila daun-daun melekat di badan .. hahaha .. so, dengan sabun ni .. mudahlah. Dan ia tak pedih dan berbau wangi.
[Baca] Bagaimana Nak Jana Income USD Dengan Blog?
Alhamdulillah, anak-anak saya tidak berparut terlalu nyata jika nak dibandingkan dengan saya. Muka saya masih lagi kekal berparut walaupun sudah lebih sebulan bebas dari Chickenpox. Mungkin sebab saya agak lewat buat rawatan untuk pencegahan parut kot ...

Jadi, jika di kawasan anda sukar dan susah nak cari daun Semambu .. maka anda bolehlah gunakan sabun daun Semambu ini. Gunakan sabun ini sekerap yang mungkin, terutama ketika bintik Chickenpox sudah mula semakin banyak, agar ia cepat kecut dan mengering.

Sila share jika rasa panduan dan tips sihat ini bermanfaat ye.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup..sampai sekarang aku masih pakai sabun ni walaupun dah takde demam ciken pox ni..best plak pakai..:P

    BalasPadam
  2. Alahai kenapalah takda sabun ni dulu masa saya kena chicken pork? huhu ;((

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Saya gunakan jenama Himalaya yang boleh didapati dengan mudah di kedai ubat dan Farmasi. Kat Shopee pun ada jual rasanya

      Padam
    2. Mana lagi berkesan ya? Yang sabun bar atau jenis cecair? Baby saya umur nak masuk 8 bulan boleh guna ke

      Padam
  4. Pencuci muka untuk daun semambu ada tak ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement