Katil istimewa untuk pesakit Chickenpox. Siapa yang pernah kena demam campak atau demam cacar air (chickenpox) tentu dah pernah merasa tidur dan baring atas katil istimewa ini. Saya baru sahaja terkena demam campak untuk kali kedua, dan kali ini .. isteri saya sediakan sebuah katil istimewa sebagai rawatan untuk campak.

Katil untuk pesakit demam campak dipenuhi oleh daun Semambu, yang merupakan rawatan tradisional paling banyak digunapakai untuk mereka yang terkena demam chickenpox. Apabila seseorang terkena demam chickepox ini contohnya campak atau cacar air, maka cepat-cepatlah cari daun Semambu ini.

Katil Istimewa Pesakit Chickenpox atau Demam Campak

Tubuh Dijangkiti Demam Campak atau Chickenpox
Depan rumah saya memang ada sebatang pokok daun Semambu. Ia ditanam oleh jiran keturunan India yang tinggal bersebelahan. Sejak pokok daun Semambu itu wujud, ia telah banyak bantu ramai orang. Nak nak lagi pokok sebatang itu ditanam di tepi simpang, maka semua orang di kejiranan saya tahu wujudnya pokok daun Semambu ini.

Pokok daun Semambu depan rumah saya agak besar, maka daunnya memang banyak. Setiap kali ada ahli kejiranan yang terkena demam, mereka pasti akan ambil daun Semambu ini untuk rawatan.

Cara Menyediakan Katil Daun Semambu

Disebabkan adanya pokok daun Semambu di depan rumah, maka isteri saya telah menyediakan satu tempat tidur istimewa untuk saya ketika terkena demam campak. Saya diasingkan bilik tidur daripada orang lain, dan isteri saya menjadikan bilik tidur itu sebagai kawasan kuarantin bagi mengelakkan demam chickenpox yang saya hidapi merebak dan berjangkit kepada orang lain.
Katil Istimewa Pesakit Chickenpox
Nak siapkan katil istimewa untuk pesakit Chickenpox tak susah. Hanya taburkan sahaja daun Semambu yang telah dibersihkan di hamparan tilam. Adalah sebaiknya tilam dilapik terlebih dahulu untuk memudahkan kerja mengemas dan membuang daun Semambu yang telah layu dan kering. Kemudian lapik sekali lagi untuk membuatkan ia selesa untuk pembaringan.
[Baca] Petua Jika Anak Terkena Demam Kuning (Jaundice)
Jika anda rajin, boleh sisihkan daun daripada ranting .. kalau tidak, tidur mungkin tak berapa selesa. Juga disarankan anda letak daun Semambu pada sarung bantal, terutama apabila bahagian muka pesakit demam Chickenpox sudah penuh dengan bintik (blister) Chickenpox.

9 Kebaikan dan Kelebihan Daun Semambu

Adalah menjadi kepercayaan ramai bahawa daun Semambu mempunyai khasiat tersendiri. Berikut saya notakan beberapa kelebihan daun Semambu sebagai pengetahuan tambahan:
  1. Agen antikulat dan antifungal
  2. Ubat alternatif untuk rawatan kencing manis
  3. Agen antivirus atau antiviral
  4. Boleh juga dijadikan ubat tahan sakit - sedatif
  5. Sangat berkesan untuk rawatan sakit kulit atau kulit bermasalah
  6. Agen penyembuhan jerawat
  7. Menurunkan suhu badan
  8. Digunakan untuk rawatan scabies - sakit kulit seperti ruam disebabkan oleh hama, kutu
  9. Juga untuk menutup luka dan kurangkan parut

Dan banyak lagi .. mengikut cara daun Semambu ini digunakan. Ada yang dijadikan air rebusan (minum), air mandian, losyen dan krim, atau digunakan secara terus seperti katil istimewa untuk pesakit Chickenpox.

Demam chickenpox ada banyak variasi. Ada measles, ada cacar, campak, pelentung dan banyak nama serta jenis. Namun, simptomnya lebih kurang sama sahaja. Paling nyata, terdapatnya bintik-bintik merah, bintik-bintik gelembung sekitar tubuh termasuklah muka.
[Baca] 10 Langlah Pencegahan Demam Kepialu
Nanti saya akan ceritakan lagi pengalaman saya hadapi penyakit ini. In Sha Allah .. jadi, pastikan anda follow blog ini samada menerusi Facebook Page atau Google Profile saya sendiri. Boleh juga melanggan dengan memasukkan alamat email anda di ruangan disediakan di bawah ini.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Komen anda:

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.