Dah tengok ke kereta Perodua Axia dengan facelift serba baru untuk 2017? Saya belum lagi, tapi nasib baiklah ada rakan blogger yang sudi kongsikan gambar-gambar Perodua Axia 2017 serba baru ini, uhhh bolehlah layan dan bandingkan dengan kereta Axia Advanced yang dipunyai oleh isteri.

Sekali pandang menerusi gambar-gambar Perodua Axia Advanced 2017 ... tak nampaklah ada beza ketara sangat. Cuma bila diteliti, baru akan perasan.

17 Gambar Perodua Axia Advance 2017 Dengan Facelift Baru

Isteri saya antara pengguna dan pemilik Perodua Axia. Sudah 2 tahun menggunakan kereta kompak ini. Walaupun pada awalnya ia bermasalah pada kami, namun alhamdulillah .. kereta Perodua Axia Advance 1.0 milik isteri saya telah banyak berjasa, terutama ketika isteri saya sambung belajar bidang kesihatan awam di Universiti Malaya.

Nak baca pasal problem Axia Advance masa kami baru beli dulu tak? Boleh baca post ini:
[Baca] Masalah Perodua Axia Advance Ketika Baru Beli 2015
Diservis mengikut jadual di Pusat Servis Perodua di Nibong Tebal, Axia Advanced tiada masalah utama sehingga kini, cuma baru-baru ini terdapat beberapa problem kecil seperti sensor depan yang terlalu peka sehingga berbunyi ketika pemanduan, bonet belakang yang hanya boleh dibuka mengggunakan kunci, dan masalah tali pinggang sebelah pemandu yang tidak boleh digunakan.

Semua masalah ini boleh diatasi di Pusat Servis Perodua tanpa sebarang caj. Jika ada masalah, terus je walk-in ke Pusat Servis Perodua berhampiran, in Sha Allah akan selesai.

Naik Taraf Perodua Axia 2017

Untuk tahun 2017, Perodua telah menaik-taraf kereta Axia ini dengan beberapa pembaikan dan penambahan. Antara yang paling ketara ialah enjinnya yang didakwa lebih berkuasa, seperti diperkenalkan kepada Perodua Bezza.
Perodua Axia versi 2017 menggunakan enjin 1KR-VE tiga silinder 1.0 liter yang mempunyai teknologi pemasaan injap boleh ubah VVT-i. Selain dikatakan lebih berkuasa, ia juga lebih penjimatan bahan api berbanding pada versi sebelum ini.

Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017

Untuk lain-lain, anda boleh layan gambar-gambar Perodua Axia Advance di bawah ini.
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Amacam? Nampak menarik? Perasan apa yang berbeza tak pada Perodua Axia Advance ini? Jika anda perasan, ada banyak juga perubahan baru pada bahagian luar kereta Axia Advance 2017 ini. Tapi .. kena lihat betul-betul ... dan perlu ada Axia Advance versi lama untuk nampak kelainan tersebut.

Gambar Bahagian Dalaman Perodua Axia Advance Baru 2017

Sekarang kita lihat pula beberapa gambar Perodua Axia Advance bahagian dalaman pula.
Gambar dan Foto Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar Bahagian Dalaman Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar Bahagian Dalaman Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar Bahagian Dalaman Perodua Axia Advance Baru 2017
Gambar Bahagian Dalaman Perodua Axia Advance Baru 2017
Perodua Axia 2017 Lebih Jimat dan Berkuasa

Harga Perodua Axia 2017 Baru

Harga kereta Perodua Axia Advance 2017 serba baru juga sudah berubah. Biasalah .. benda dah tambah, jadi harga pun bertambah jugalah. Untuk harga, Axia boleh dimiliki bermula dari RM24,900 hingga RM42,900 mengikut varian. Anda boleh lihat harga kereta Perodua Axia seperti ditunjukkan di bawah ini.
Harga Perodua Axia 2017 Baru
Harga Perodua Axia 2017 Baru
Untuk info lanjut mengenai kereta baru Perodua Axia, anda bolehlah ke laman web Perodua atau berkunjung ke showroom berhampiran.

Kredit Gambar - Paultan.org

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement